CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apakah Itu Pentadbir Harta Pusaka? Ketahui Peranannya..

21-12-2018 03:51 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 2813| Komen: 3|Original author: Oleh: monolog

Description: Pernahkah anda mendengar mengenai Pentadbir Pusaka atau Pentadbir Harta Pusaka. Penulis mendapat maklumat di halalmoney.my dan rupanya Pentadbir Harta adalah berbeza dengan pemegang amanah atau wakil ...

Pernahkah anda mendengar mengenai Pentadbir Pusaka atau Pentadbir Harta Pusaka. Penulis mendapat maklumat di halalmoney.my dan rupanya Pentadbir Harta adalah berbeza dengan  pemegang amanah atau wakil kuasa. Nampak macam sama tetapi perlaksanaan dan haknya tidak serupa.


Namun ulasan penulis disini berkaitan dengan Pentadbir Pusaka atau Pentadbir Harta Pusaka kerana ia lebih dekat dengan pengalaman penulis.


Kredit foto: google


Apa itu Pentadbir Pusaka atau Pentadbir Harta Pusaka ?

Ia merupakan peraturan yang diputuskan oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah sehinggalah harta tersebut boleh diserah hakmilik kepada waris-waris atau pihak tertentu mengikut undang-undang .


Lantikan individu sebagai Pentadbir Harta Pusaka ini boleh terjadi seperti berikut :

1. Sekiranya tuan tanah telah meninggal dunia dan terdapat waris-warisnya yang masih dibawah umur atau hilang upaya dari segi undang-undang untuk memiliki harta.

2. Harta tersebut mempunyai apa-apa sekatan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum boleh diserahkan kepada waris-waris atau pihak-pihak tertentu.

 

Kedudukan Pentadbir Harta Pusaka

Individu yang dilantik sebagai Pentadbir Harta Pusaka hanyalah bertindak sebagai pengurus, pentadbir dan pemegang amanah bagi pihak si mati yang telah meninggal dunia. Harta tersebut boleh diserahkan kepada waris yang sepatutnya sehinggalah pembahagian harta tersebut selesai diputuskan oleh Pejabat Pusaka Kecil atau mahkamah.Bagi orang islam, pembahagian harta ini akan mengikut pembahagian secara faraid.


Berdasarkan pengalaman penulis, sekiranya individu yang dilantik menggunakan kuasa sebagai Pentadbir Harta Pusaka tidak boleh membangunkan apa-apa aset di atas tanah yang diamanahkan, ini kerana boleh berlaku pertikaian di masa akan datang kerana dia adalah individu yang hanya menjaga harta tersebut dan tidak akan mendapat apa-apa dari aset yang dibangunkan. Sekiranya ada apa-apa yang dibangunkan akan menjadi harta kepada waris yang berhak.

 

Apa Hak Pentadbir Harta Pusaka ?

Individu yang dilantik sebagai Pentadbir ini tidak mempunyai hak pemilikan atau kepentingan melainkan dia adalah salah seorang waris yang mempunyai hak ke atas harta si mati.


Ini bermakna individu ini tidak mempunyai  kuasa pemilikan secara automatik dan tidak boleh menjual atau memindahmilik harta tersebut kepada sesiapa selain kepada waris-waris yang berhak. Melainkan melalui satu perintah daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah.


Siapakah yang boleh dilantik menjadi Pentadbir Harta Pusaka?

Pejabat Pusaka boleh melantik Pentadbir Harta Pusaka kepada waris-waris si mati  atau pihak lain seperti  Amanah Raya .


Berapa ramaikah individu yang boleh dilantik sebagai Pentabir Harta Pusaka?

Pentadbir Harta Pusaka boleh dilantikan lebih dari seorang. Mengikut pengalaman penulis tidak lebih daripada empat orang. Sekiranya amanah dan tanggungjawab ini tidak dapat dipikul oleh Pentadbir Harta Pusaka yang dilantik, individu lain boleh dilantik menggantikannya melalui pejabat pusaka kecil atau mahkamah mengikut syarat dan undang-undang yang diputuskan.


Kesimpulannya lantikan Pentadbir Harta Pusaka dibuat setelah  pemilik tanah telah meninggal dunia manakala pemegang amanah dibuat semasa pemilik tanah masih hidup. 

Kredit foto:sinar.com.my


Berdasarkan pengalaman penulis lantikan sebagai Pentadbir Harta Pusaka sangat menjerihkan sebelum semua waris-waris boleh mendapatkan hak pemilikan. Oleh itu nasihat penulis sekiranya tuan tanah telah berusia  mempunyai  aset tak alih seperti tanah, wajarlah disegerakan untuk diturunkan kepada waris atau diturunkan secara hibah.


Bagaimana pula anda? Pernah mengalami kesukaran menuntut hak harta pusaka? Sama-sama kita kongsikan pengalaman buat pedoman orang lain di masa akan datang. - CARI 

21

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 21-12-2018 06:21 PM
Saya berkerja dlm bidang ini.
Tp lebih kepada sivil dan buka syariah
Quote monolog 21-12-2018 07:01 PM
noraidil_06 replied at 21-12-2018 06:21 PM
Saya berkerja dlm bidang ini.
Tp lebih kepada sivil dan buka syariah

Artikel di atas lebih kepada orang islam...kalau bukan islam mungkin berbeza kan?
Quote noraidil_06 21-12-2018 07:05 PM
monolog replied at 21-12-2018 07:01 PM
Artikel di atas lebih kepada orang islam...kalau bukan islam mungkin berbeza kan?

Kalau pergi ke pej pusaka more or less sama je.
Sbb some muslim forego faraid dan memilih utk bahagi harta ikut persetujuan bersama.
Sllnya perlantikan pentadbir diakibatkan dari sebab2 teknikal cthnya x semua waris bersetuju atau waris x dpt dikesan.
Bila berlaku pentadbir, sy lbh suke memilih utk pergj ke high court utk next step

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.328299 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top