CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Dekat Dengan Bola Sebelum Tenggelam, Pemain Bola Sepak Lemas Dalam Tasik

9-1-2019 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4213| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Pemain bola sepak amatur ditemui mati lemas selepas mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik di Eco Ardence, Setia Alam.
Pemain bola sepak amatur ditemui mati lemas selepas mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik di Eco Ardence, Setia Alam.

Mayat Khairul Anuar Hashim, 26, yang juga pemain kelab Sarban FC dijumpai anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada 2.35 pagi.


Harian Metro melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa dikatakan secara sukarela ingin turun ke dalam tasik untuk mengambil bola yang berada pada jarak hampir 20 meter dari tebing.

Menurut rakannya yang enggan namanya dikenali, “Arwah dipercayai terus terjun ke dalam tasik berkenaan dan berada sangat hampir dengan bola itu sebelum dia secara tiba-tiba tenggelam.

Foto: Kosmo Online

“Pada waktu itu, dia yang memakai jersi merah terjun bersama but bolanya.

“Saya melihat dia seperti tiada masalah dan berenang dengan baik pada awalnya, namun tidak sempat memegang bola itu lalu hilang daripada pandangan."

Pengunjung dan rakan-rakan mangsa yang panik cuba menjerit dan memberikan pertolongan namun keadaan tasik yang gelap menyukarkannya.

Sementara itu, menurut abang mangsa, Mohd Hakimi, 30, yang menerima panggilan kira-kira jam 11 malam berkata,

“Pada waktu itu, saya berada di Kem Paya Jaras (Markas Angkatan Tentera Malaysia) dan terkejut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Adik saya yang masih bujang menuntut secara separuh masa dalam jurusan pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kami berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan."

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Selangor, Alimaddia Bukri berkata, 

“Anggota PPDA kemudian menemui mangsa di dasar tasik pada kedalaman kira-kira tiga meter, dan jarak mangsa dari tebing hampir 15 meter.

“Kesukaran misi menyelamat adalah cuaca agak gelap dan dasar tasik itu berselut, namun mangsa berjaya juga ditemui."

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -CARI
8

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 9-1-2019 11:45 AM
al fatehah.....









Quote rospinki 9-1-2019 11:58 AM
berani dia terjun...entah apa makhluk dalam tasik tu dah tarik

dah nak ajal kan..tapi sebaiknya jgn terburu2

tu psal tiapkli keluar rumah..baca ayat keluar rumah..insyaallah perkara2 tak baik Allah hindari.
Quote mdhelmi 9-1-2019 12:32 PM
tasik buatan ni kita xtau tanahnya rata ke x
dan selalunya berselut
Quote Artemesiaa 9-1-2019 12:32 PM
Takziah buat keluarga beliau
Quote lkick2113 9-1-2019 12:36 PM
Sarban FC pun ada???

@Maideen.
Quote nuralisa 9-1-2019 12:39 PM
katanya mula2 pergi ngn kawan2..tpi dorg patah balik gi padang..
pastu di boleh pulak patah balik sorng2 gi tasik nak amik bola..

kalau ikutkan kawasan eco ardence ni mmg x leh buat suka2 ati..  nak buat photoshoot pun kena mintak permission..  apa tah lagi terjun tasik
tpi pasal malam x de org jaga la kot..
Quote moonbug 9-1-2019 01:30 PM
Salam takziah. But dia tersangkut dalam selut kot
Quote kroit92 9-1-2019 03:03 PM
lepas main bola ke? mungkin cramp tiba2 kut, wallahualam
Quote whadda 9-1-2019 03:27 PM
boleh ke tenggelam disebabkan selut sedangkan kedalaman pon dah 3 meter.. boleh sampai ke kaki kat selut tu


ape pon salam takziah tuk kluarga arwah
Quote stingerlove 9-1-2019 03:37 PM
rospinki replied at 9-1-2019 11:58 AM
berani dia terjun...entah apa makhluk dalam tasik tu dah tarik

dah nak ajal kan..tapi sebaiknya  ...

[youtube]wW7lhkeBULU[/youtube]

Bukan Tak baca doa sebelum keluar rumah tapi lupa....

Kahkahkahkahkah


Quote prizadane 9-1-2019 03:53 PM
Masalahnya yang pergi berenang kenapa? Kat situ ada bot..banyak kali dah kes barang terjatuh, report kat security. They will fetch the items using that boat. Takpelah, dah nak ajal kan..

Innalillah. Semoga family Allahyarham tabah
Quote stroberi_80 9-1-2019 04:22 PM
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun.
Semoga arwah mendpt keredhaan Allah.

Tp bola tu mcmana?  Nk jd sbb ajalnya kan. Tumpang berduka.
Quote grouper 9-1-2019 04:30 PM
Kasut but punya pasal la ni sbb mmg susah nak berenang pakai kasut kecuali dah training cam askar..tapi pelik gak biasanya org yg men bola padang ni kasut but mmg mahal2 rege ratus2 wlaupun amatur je sbb tu sayang gila tapi dia ni rilek aje p masuk tasik ngan but bola tu.. ke pkai but cap ayam..apa pun takziah utk keluarga mangsa..al fatihah
Quote 234126 9-1-2019 04:31 PM
Nampak air tenang. Maybe arwah pun tak fikir apa2 sebab air tenang and dia pun seems mcm pandai berenang confident terus terjun dgn but bola dia. Dah ajal. Innalillah.
Quote xtahumenahu 9-1-2019 04:44 PM
katanyaaa...tasik tu jauhhh jugak dr padang bola
entah kenapa leh sampai kesitu
sarban tu shah alam punya group kan?(shah alam residen)
hopefully time game kami kat situ nanti xde apa2 laa
Quote prizadane 9-1-2019 04:50 PM
xtahumenahu replied at 9-1-2019 04:44 PM
katanyaaa...tasik tu jauhhh jugak dr padang bola
entah kenapa leh sampai kesitu
sarban tu shah ala ...

Takde la jauh pun. Sebelah je.. jarak dalam 20-30m je. Tasik ni tempat iols jogging petang petang kalau weekdays. Kalau weekend, iols avoid tempat ni sebab ramai sangat orang datang untuk selfie n photoshoot.
Quote mieymiey 9-1-2019 05:07 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Salam takziah.
Quote minguk 9-1-2019 05:11 PM
cramp kot kakinya tu yang tak boleh nak berenang tu.. apapun takziah. innalillahwainnailaihirojiun.
Quote spankee_fili 9-1-2019 05:26 PM
innalillah... camne boleh hati kering gi terjun tasik malam buta semata2 untuk ambik bola ni?
tak terfikir dek akal..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053533 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top