CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Kumpulan Pornografi Kanak-kanak, Mati Dibelasah Dalam Penjara..

18-1-2019 12:49 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 9779| Komen: 54|Original author: Oleh: CSuy

Description: Seorang banduan jenayah seksual kanak-kanak telah dipukul sehingga mati sewaktu baru sebulan menjalani hukuman penjara.

Kredit Foto: Oakland County Sheriff's Office

Ketua sebuah kumpulan pornografi kanak-kanak, Christian Maire, 40 tahun yang baru sebulan menjalani hukuman penjara di Milan, Michigan sejak Disember 2018 telah meninggal dunia akibat dipukul sampai mati, menurut beberapa laporan media. Maire merupakan dalang di sebalik sebuah sindiket jenayah yang mengumpan kanak-kanak dan remaja perempuan melalui laman sosial sehingga mangsa-mangsanya terjebak di dalam gejala seksual secara atas talian. 

Memetik New York Post, Maire yang sudah berkahwin dan memiliki dua anak baru sahaja dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun. Beliau telah mengaku bersalah di atas kesalahan mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual.


Jurucakap Penjara Milan, Dan Clore berkata, Maire bersama seorang lagi tertuduh, Michal Figura, 36 tahun dipercayai telah diserang oleh beberapa banduan lain. Maire meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian. Menurutnya lagi, serangan itu melibatkan 7 orang banduan dan menyebabkan 4 individu lain tercedera, termasuk 2 pegawai penjara. Sekurang-kurangnya seorang suspek memiliki sebilah pisau buatan sendiri.

Kredit Foto: Dwight Burdette (Wikimedia Commons)

Detroit News melaporkan, laporan awal autopsi dari Pejabat Pemeriksaan Perubatan Washtenaw County menyatakan kematian beliau berpunca dari luka tikaman berganda dan trauma tumpul di kepala. Analisis lanjut masih dijalankan dan ia dijangka selesai dalam masa 60 hari.

Apa yang berlaku adalah satu tragedi dan sepatutnya boleh dielakkan,” ujar peguam beliau, Mark Kriger menerusi satu kenyataan rasmi. Manakala peguam Figura telah menolak untuk mengeluarkan sebarang komen.

Clore memaklumkan bahawa pihak FBI mengklasifikasikan insiden ini sebagai kes pembunuhan dan akan menjalankan penyiasatan yang teliti. Berdasarkan perkembangan terkini, Detroit News melaporkan bahawa suspek-suspek yang terlibat telahpun dikenal pasti namun setakat ini tiada dakwaan dilakukan.

Terdahulu, Maire merupakan seorang pengasas bersama sebuah syarikat grafik komputer manakala Figura merupakan seorang pakar Teknologi Maklumat (IT) yang bekerja di University of Pennsylvania.

Kredit Foto: LinkedIn

Menurut Detroit News lagi, menerusi sebuah kumpulan Internet yang digelar "The Bored Group", beliau bersama ahli-ahli kumpulan yang dipilih oleh beliau secara peribadi telah menyamar sebagai remaja lelaki menggunakan akaun laman sosial dan mengumpan mangsa bawah umurnya ke ruangan "chat" peribadi.

Lebih dari 100 orang mangsa kemudiannya telah dimanipulasi untuk melakukan aksi-aksi seksual. Pihak pendakwaraya mendedahkan bahawa ahli-ahli kumpulan tersebut dikatakan memiliki kecenderungan seksual yang turut merangkumi bayi, kanak-kanak dan remaja perempuan.

Kredit Foto: Pixabay

Saya telah menghancurkan kehidupan ramai orang,” ujar Maire yang menangis di hadapan Hakim Daerah, Stephen Murphy sewaktu hukuman dijatuhkan.

Saya tak menyangka saya boleh terlanjur sebegini jauh. Saya memohon maaf kepada kesemua mangsa. Saya telah mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan usia mereka dan meletakkan kepentingan diri sendiri melebihi dari kehormatan mereka,” ujarnya lagi.

Selain Maire, terdapat 5 lagi ahli kumpulan sama yang sedang menjalani hukuman penjara. Serangan ini telah meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli kumpulan yang lain yang turut berada di penjara yang sama. Terkini, laman sesawang rasmi Penjara Milan memaklumkan bahawa kemudahan lawatan telah dibekukan buat sementara waktu. - CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 18-1-2019 01:10 PM
YES! RASA LA NGKAU NURAKA DONIA DAN NURAKA AKHIRAT SEKALIGUS!
Quote tumpanglalu74 18-1-2019 01:19 PM
Is king!

Quote Syd 18-1-2019 01:19 PM
tahniah!!
Quote moonbug 18-1-2019 01:21 PM
Jimat duit taxpayers
Quote aHoi83 18-1-2019 01:21 PM
Selayaknya utk dia. RIH ...
Quote saviour_09 18-1-2019 03:51 PM
so long & goodbye paedo
Quote fushimi 18-1-2019 03:53 PM
CASH

selayaknya
Quote leylapple 18-1-2019 04:05 PM
good news so far..

iols rasa yang 'bunuh' dia pun jenis yang trauma psikologi yang menyebabkan cenderung nak bersikap ganas
Quote chicozinn 18-1-2019 04:37 PM
cash la untuk ko sebab merosakkan masa depan org2 lain
Quote namieamuro 18-1-2019 04:39 PM
syukur Alhamdulillah..hrp yg bunoh die ni x ditmbh hukuman..pedo selayakknye mati saje
Quote walava 18-1-2019 04:46 PM
kesian, kat dlm kubur kena belasah lagi, masuk neraka kena belasah lagi

Quote lipans 18-1-2019 04:50 PM
Rabak tak kat belakang?
Quote batu kikir 18-1-2019 04:53 PM
Harap banduan Malaysia bolih buat cam tu kepada perogol, atuk dan ayah yg incest dengan cucu dan anak. Biar kojol semua cilanat tu
Quote abangadek 18-1-2019 04:58 PM
bagus, mati awal
Quote Acikgomen 18-1-2019 05:12 PM
Teringat pulak kat poremer @armin
Disebabkan heshe lah acik tgk drama orange is a new black sampai abis. Agaknye setan ni kena bunuh mcm pengawal yg nak bunuh alex tu tak
Quote armin 18-1-2019 05:14 PM
Cash lah. Bazir je nak bela kau 40 tahun dlm penjara
Quote rainbowrainz 18-1-2019 05:28 PM
Muka pedo ni so innocent...iols like watttt...so jgn terpudaya ye
Quote Artemesiaa 18-1-2019 05:59 PM
Mendapat sudah, addio
Quote armin 18-1-2019 06:05 PM
Acikgomen replied at 18-1-2019 05:12 PM
Teringat pulak kat poremer @armin
Disebabkan heshe lah acik tgk drama orange is a new black sampai  ...

Hahahaa dah habis tgk dah? Puas hati kan. Baca kes ni teringat cite Shawshank Redemption jgk. Pasni boleh tgk series How to Get away with Murder chuols hehe

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.081343 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top