CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rihanna Saman Bapa Sendiri Kerana Curi Jenama Fenty

18-1-2019 12:32 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4540| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Menurut dokumen mahkamah, penyanyi Rihanna, 30, bakal menyaman bapanya kerana mencuri jenama 'Fenty' dan menggunakan untuk kepentingan perniagaannya sendiri.
Menurut dokumen mahkamah, penyanyi Rihanna, 30, bakal menyaman bapanya kerana mencuri jenama 'Fenty' dan menggunakan untuk kepentingan perniagaannya sendiri.


Kredit foto: RadarOnline

Dalam salinan saman yang diperolehi TMZ, Rihanna mendakwa bapanya, Ronald Fenty telah membuka sebuah syarikat mencari bakat dinamakan Fenty Entertainment pada tahun 2017. 


Kredit foto: Fenty Beauty


Masalahnya trademark 'Fenty' telah lebih dahulu didaftarkan atas nama Rihanna dalam beberapa perniagaannya termasuk produk kecantikan, Fenty Beauty Line. 

Pihak Rihanna mengatakan bapanya cuba mengaut keuntungan berdasarkan reputasi anaknya. Dalam dokumen mahkamah tersebut, Rihanna mendakwa Ronald dan beberapa rakan perniagaannya telah mengaut berjuta dolar secara haram, termasuk mengiklankan kononnya Rihanna akan muncul dalam 15 konsert di Amerika Latin, tanpa pengetahuannya.


Kredit foto: Carian Google

Rihanna juga mahu rakan perniagaan bapanya membatalkan permohonan untuk menggunakan nama Fenty bagi rangkaian hotel yang akan dimulakan sedikit masa lagi. Difahamkan, peguam Rihanna telah menghantar beberapa notis amaran kepada Ronald, tetapi tidak dilayan.


Kredit foto: TMZ

Rihanna kini memohon hakim untuk melarang bapanya daripada menggunakan trademark 'Fenty' dan membayar sejumlah ganti rugi. Sehingga kini, Ronald belum membuat sebarang kenyataan berkaitan saman anaknya itu.

Masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan 'diam-diam' bersama keluarga, tetapi melarat ke mahkamah. Mungkinkah ayah Rihanna hanya dipergunakan oleh rakan-rakan kongsinya? - CARI
13

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 18-1-2019 12:46 PM
Confuse macam ni,

Fenty tu kan nama bapa dia, boleh ke trademark semula, atau kena saman curi trademark?
Quote meiya_loya 18-1-2019 04:34 PM
Boleh trademark kan as business name, Lgpun ayah dia bukak company after Rihanna marketkan jenama Fenty.
Quote armin 18-1-2019 05:11 PM
Masalahnya kenapa bapaknya scam org. Dorg ni mmg gaduh ke?
Quote Sang_Pencinta 18-1-2019 05:19 PM
armin replied at 18-1-2019 05:11 PM
Masalahnya kenapa bapaknya scam org. Dorg ni mmg gaduh ke?

Tak dengar pun diorang bergaduh


Rasanya bapak dia ni lugu sampai kena tipu dengan investor yang mempergunakan nama Rihanna

Dia dah sign kontrak tak boleh buat apa2 lagik kot

Maybe Rihanna nak selamatkan keadaan
Quote armin 18-1-2019 09:37 PM
Sang_Pencinta replied at 18-1-2019 05:19 PM
Tak dengar pun diorang bergaduh



Buat bisnes dgn anak je patutnya tak pyah investor2 lain ni. Tak pasal2 je scam org, kena saman bykjgk 75juta
Quote borrow 18-1-2019 10:23 PM
Mak pak mmg akan guna nama anak la. Anak saya anak saya   But mengaku jd wakil anak n buat deal dendiam  , melampau .


Quote Orix 19-1-2019 04:29 PM
Sang_Pencinta replied at 18-1-2019 12:46 PM
Confuse macam ni,

Fenty tu kan nama bapa dia, boleh ke trademark semula, atau kena saman curi tra ...

spe daftar trademark dlu, dia punya hak la utk guna nama tu sbg nama produk/syarikat/dll ............ wlupun fenty tu asalnya nama apak dia
Quote Orix 19-1-2019 04:29 PM
sheols ni ad problem ke dgan ayah dia sendiri ala2 kelly clarkson n adele???
Quote babydoll 4-2-2019 08:33 PM
Orix replied at 19-1-2019 04:29 PM
sheols ni ad problem ke dgan ayah dia sendiri ala2 kelly clarkson n adele???

katanya mmg ada masalah dari dulu lagi. ayah dia selalu mintak duit dari dia, lps tu pi mabuk & berjudi.

yg buat Rihanna saman apak sheol sbb apak sheol guna nama Rihanna utk tipu org dgn kata company yg dia bukak tu sister's company Fenty Beauty. tu yg Rihanna bengang. langsung sheol bukak file saman.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056907 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top