CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perokok dan Tidak Cukup Tidur Sama Tinggi Risiko Terdedah Penyakit Kronik

26-2-2019 05:42 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 2855| Komen: 12|Original author: Oleh: Archaiv

Description: Sumber imej: The Health SiteApa Persamaan Tidak Cukup Tidur dan Perokok? Sama Terdedah Risiko Kronik!Tidur kurang daripada 5 jam akan menyebabkan risiko anda terkena serangan jantung dan strok yang sa ...

Sumber imej: The Health Site

Tidur kurang daripada 5 jam akan menyebabkan risiko anda terkena serangan jantung dan strok yang sama besarnya dengan perokok, dalam kajian terbaharu yang dilakukan kepada lelaki berusia. Seperti yang kita sedia maklum, kurang tidur memang suatu aktiviti yang tidak sihat untuk tubuh badan kita. Kajian di eropah mendapati aktiviti kurang tidur atau terlebih tidur boleh mendatangkan masalah kardiovaskular yang menyebabkan saluran arteri mengeras, serangan jantung, strok, jantung gagal berfungsi dengan baik dan sebagainya.

"Kita tidur satu pertiga semasa hidup tapi masih kurang mengetahui impak keperluan biologi dalam sistem kardiovaskular." Kata Dr. Epameinondas Fountas, salah satu penulis meta-analisis tentang jumlah waktu tidur yang baik untuk jantung dalam laporan EurekaAlert!.


Lebih sejuta orang melibatkan diri dalam kajian tidur ini di eropah tersebut. Kajian ini cuma mengukuhkan sahaja bahawa aktiviti kurang tidur memberi impak kesihatan yang teruk untuk tubuh badan manusia. National Sleep Foundation di Amerika pernah mengeluarkan jadual statistik mengenai jumlah tidur yang sihat dan tidak sihat melalui laman sesawang mereka. Berikut adalah jadual tersebut.

Sumber Imej : National Sleep Foundation 

Setelah melihat statistik kajian di Eropah, mereka mendapati kurang tidur akan meningkatkan risiko penyakit kronik sebanyak 33%. Dalam satu kajian berasingan, 27% mereka yang kurang tidur atau sering berjaga juga berisiko dengan strok, kegagalan jantung, aneurisme(radang otak) yang berpunca daripada saluran arteri yang mengeras dan tersumbat.

"Kajian yang lebih banyak perlu untuk memberi kejelasan tentang mengapa, tapi kita tahu bahawa pengaruh tidur terhadap pemprosesan biologi seperti metabolisme glukosa, tekanan darah dan keradangan - semua memberi impak terhadap penyakit kardiovaskular." Kata Dr. Epameinondas Fountas lagi.

Secara keseluruhannya, kajian-kajian ini memberikan kita sebab-sebab untuk menjaga jumlah masa tidur kita. Namun kajiannya ini juga membuktikan terlebih tidur juga sama bahayanya dengan kurang tidur. Oleh itu, kita haruslah menjaga tidur kita dengan sebaiknya. - CARI 

Sumber Rujukan: Business Insider, National Sleep Foundation 
12

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 26-2-2019 06:51 PM
akak baka panda kena tidur 12  jam sehari
Quote Archaiv 26-2-2019 09:55 PM
CiliPadiSedap replied at 26-2-2019 06:51 PM
akak baka panda kena tidur 12  jam sehari

Terima kasih baca. Hahaha... Kadang-kadang bolehlah,  jangan selalu.
Quote gigahertz 27-2-2019 07:04 AM
zaman sst mana boleh tido awal
Quote saviour_09 27-2-2019 08:27 AM
paling lama pun tido 6 jam je dapat

huntung la dapat lebih 8 jam
Quote NurAlia14 27-2-2019 09:43 AM
Tdo kuat+heavy smoker = ?
Quote chinta89 27-2-2019 09:50 AM
maka, tidurlah secukupnya
Quote Artemesiaa 27-2-2019 12:16 PM
Rehat dan tidur yang cukup penting untuk kesihatan
Quote Archaiv 27-2-2019 10:45 PM
gigahertz replied at 27-2-2019 07:04 AM
zaman sst mana boleh tido awal

Terima kasih baca.
Quote Archaiv 27-2-2019 10:46 PM
NurAlia14 replied at 27-2-2019 09:43 AM
Tdo kuat+heavy smoker = ?

Terima kasih baca.  Hah,  yang ini akan menghasilkan kombinasi...yang... Hehehe...  Jaga kesihatan ya
Quote Archaiv 27-2-2019 10:47 PM
Artemesiaa replied at 27-2-2019 12:16 PM
Rehat dan tidur yang cukup penting untuk kesihatan

Terima kasih baca.  Ya,  setuju sangat.
Quote keds 11-6-2019 02:03 PM
zaman skrg kesihatan kena jaga baik tua mahupun muda....

health is wealth

Quote shanakber 25-3-2021 04:45 PM
Insufficient sleep has been linked to the development and management of a number of chronic diseases and conditions, including type 2 diabetes, cardiovascular disease, obesity, and depression.
For more details please visit this website
https://pillowocean.com/best-wedge-pillows-for-vertigo/

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065061 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top