CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Sekawan Lakukan Amang Seksual Berdepan Penjara Dan Sebat

25-1-2019 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13718| Komen: 39

Description: Tiga pelajar Tunas Bakti di Melaka berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh melakukan perbuatan amang seksual fizikal serta mencederakan penghuni lain pada minggu lalu, lapor KOsmo! Online.
Tiga pelajar Tunas Bakti di Melaka berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh melakukan perbuatan amang seksual fizikal serta mencederakan penghuni lain pada minggu lalu, lapor KOsmo! Online.


Dua daripada tertuduh berusia 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 16 tahun dan dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh di Mahkamah Majistret Melaka.


Kredit foto: Kosmo!

Mengikut pertuduhan pertama, seorang tertuduh berusia 17 tahun didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang penghuni Tunas Bakti berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam di Asrama Mutiara, pada 19 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.


Manakala, pertuduhan kedua mendakwa tertuduh dan dua lagi rakannya juga berusia 17 dan 16 tahun didapati menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sama dengan menendang serta menampar muka pelajar terbabit pada waktu, tempat dan tarikh sama. 

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan sebelum ini yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari memohon tertuduh tidak diberi sebarang jaminan kerana bimbang akan keselamatan mangsa.

Mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 25 April depan sebagai sebutan semula kes serta keputusan hukuman bagi menunggu laporan akhlak terhadap ketiga-tiga tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Difahamkan, kesemua tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Sungai Udang. - CARI
14

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 25-1-2019 03:11 PM
Apa amang seksual?
Quote cap_ayam 25-1-2019 03:15 PM
Pelajar perempuan eh kalau kat lereh ni?
Quote cap_ayam 25-1-2019 03:16 PM
Upgrade dari sekolah terus ke penjara gitu.
Quote shida81 25-1-2019 03:17 PM
amende amang nie?
Quote syadq 25-1-2019 03:23 PM
maksud istilah amang:


Merujuk Kamus Dewan,amang membawa maksud mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti (dgn meng-acu-kan senjata), mengancam, menggugat. Bagi frasa amang seksual yang tuan berikan, belum ada lagi dalam data DBP. Namun begitu boleh dicadangkan sebagai  ancaman seksual.
Quote buapakperut 25-1-2019 03:43 PM
amang umang
Quote shernazz 25-1-2019 03:47 PM
Iols igt dedolu amang ni salah taip oleh org ganu
Rupanya mmg ada..hahahaha

Choi btol..masuk tunas bakti x cukup savage kot
Masukpenjara baru savage
Quote batmana 25-1-2019 03:49 PM

Kamus Bahasa Melayu

amang I
amang II


Definisi : tahi bijih timah, kotoran pd bijih timah dll: kurang elok karangnya kerana banyak ~ di dalamnya; ~ bijih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)   
Quote AnBulisia 25-1-2019 03:54 PM
amang - mengancam
ameng - penyanyi
Quote matkpop 25-1-2019 04:15 PM
AnBulisia: amang - mengancamameng - penyanyi


siamang - monyet
Quote buragazz 25-1-2019 04:24 PM

Vongok la ko ni... terbarai aku gelak....
Quote DollahRepek 25-1-2019 04:29 PM
Amang - Adlin Amang Ramli?
Quote Kurex 25-1-2019 04:30 PM
Tetiba tak boleh jamin.. Kaum dia boleh jamin pulakkkk
Quote whadda 25-1-2019 04:30 PM
amang lebih menarik tuk dibincangkan
Quote puteribaya 25-1-2019 04:38 PM

keadaan yg aman di Terengganu..contoh ayat: Seronok balik Ganu..amang disana sini
Quote shida81 25-1-2019 04:44 PM
puteribaya replied at 25-1-2019 04:38 PM
keadaan yg aman di Terengganu..contoh ayat: Seronok balik Ganu..amang disana sini

hahahahaha  hidup amang dan damai
Quote AyaqMeloSuam 25-1-2019 06:37 PM
Ni dh dikira SIAMANG2.. iskhhh2.. x kan x blajar dr kesilapan lalu ank2 oii..
Quote kroit92 25-1-2019 07:24 PM
amang seksual = sexual asault eh?

so, budak bertiga ni, senior, serang junior kat asrama?
asrama? maksudnya semua sama jantina la kan?
homo eh? ini ke yang selalu budak asrama cerita ni? jadi mangsa makanan senior?
Quote aaz 25-1-2019 07:28 PM
Sexual assault ke amang seksual nih?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.070144 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top