CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beriya Bagi Tips Kahwin Bajet 3k, Rupanya Sponsor - Netizen Bengang Sharing Entah Apa-Apa

31-1-2019 02:21 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16221| Komen: 65|Original author: Oleh: Azza

Description: Kecoh media sosial apabila ada netizen yang memberi tip bagaimana untuk berkahwin dengan bajet serendah RM3,000 sahaja. Tweet tersebut mendapat banyak persoalan hingga ramai yang tidak percaya dengan ...
Kecoh media sosial apabila ada netizen yang memberi tip bagaimana untuk berkahwin dengan bajet serendah RM3,000 sahaja. Tweet tersebut mendapat banyak persoalan hingga ramai yang tidak percaya dengan post itu.

Mana mungkin kenduri perkahwinan yang biasanya memakan kos berpuluh ribu ringgit tiba-tiba hanya itu yang dibelanjakan, tetamu makan apa?

Lantaran itu, netizen menyelongkar kisah pasangan tersebut lalu mendapat tahu bahawa kos perkahwinan itu sebenarnya lebih dari itu walaupun pengantin beriya-iya menafikannya. 


Ini kerana keluarga pengantin mengeluarkan sebahagian kos menaja menyebabkan pengantin cuma mrngeluarkan bajet 3k sahaja.

Jadi, tak teluslah sharing tersebut, sekadar mahukan perhatian?








Kredit foto: Twitter

"Nak kahwin cara orang Melayu ni takyah citerlah, memang paling sikit 10K, tetamu 150 orang? Katering apa yang RM6.50 boleh support tu? Lainlah kalau 1,000 orang. Aku yang 300 tetamu pun 1 kepala RM11."


Begitulah antara rentetan sindiran kepada individu kahwin yang cuma 3K sahaja. Banyak yang tidak logik dari situ.

Malahan, menurut netizen ia lagi pelik apabila memberikan tip jimat kahwin dan berbangga dengannya, lalu meminta orang lain turut berjimat. Sedangkan pengantin sebenarnya ditaja oleh saudara mara.






Hal ini menyebabkan netizen yang waras menyampah dengan 'sharing' yang sekadar mengejar populariti.

Ini kerana setiap kali 'sharing' ia akan mendapat perhatian dan remaja misalnya akan mempercayai seolah-olah itu adalah bajet sebenar.






Jadi, ia mungkin majlis doa selamat tetapi pembuka thread menulisnya sebagai tip jimat kahwin.

Mungkin penulis di Twitter perlu menukar tajuk supaya tidak disalah faham hingga menimbulkan pergaduhan di alam maya. - CARI 
9

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 31-1-2019 02:25 PM
Biasalah BBNU
Quote awanearisu 31-1-2019 02:27 PM
Hakikatnya kawan-kawan sendiri juga menyumbang kepada belanja majlis perkahwinan yang tinggi. Lebih-lebih lagi yang banyak masuk kumpulan WhatsApp dari tahap sekolah rendah sampailah universiti.

Pengantin ingat nak jimat kos cetak kad kahwin, hantar undangan melalui WhatsApp. Sudahnya jangkaan tetamu yang bakal datang jadi berkali-kali ganda.

Itu belum kumpulan Whatsapp sedara sebelah bapa, sebelah ibu, tak lupa juga sahabat-handai mereka lagi. Kesudahannya tak jimat mana pun kos cetak kad kahwin.

#sekadarpemerhatian
Quote haryatie 31-1-2019 02:28 PM
aku dulu pun kawin guna duit seciput jerk
aku cuma bgtau dn kenalkan dgn abg aku calon adik ipar dia org
agaknya dlm 1000 atau lbih sikit jerk kut duit aku sendiri
semua abg n akak sediakn dr kenduri kendara smpai le pelamin n baju sanding
itu la kelebihannya ank bungsu
lg pun masa kawin aku xde parents...tu psal abg n akak aku kesian kut..
tp masa tu blum ada lg sgala bagai socmedia ni..
xde la nak viral2..atau up citer konon nya dgn duit 1000 pun bleh kawin  
Quote Artemesiaa 31-1-2019 02:28 PM
Gila perhatian je suka upkan benda2 cam ni
Quote fushimi 31-1-2019 02:47 PM
batak viral ujung ujung kena keji

Quote duri_durians 31-1-2019 03:31 PM
haryatie replied at 31-1-2019 02:28 PM
aku dulu pun kawin guna duit seciput jerk
aku cuma bgtau dn kenalkan dgn abg aku calon adik ipar di ...

bagus aabg kakak bertanggungjawab dan tak berkira.
Quote mieymiey 31-1-2019 03:33 PM
Sejibik dengan makhluk yang kongsi tips menabung RM1000 sebulan padahal dia duduk dengan mak, tak bayar bil apa pun, kereta pakai ayah punya. Sembang!
Quote pearl.silver 31-1-2019 03:47 PM
I kawen dulu pun byk sponsor gak..
Jadi bila org tanye bajet kawen, xde la i kata bajet rm1k je..i kira habis la kos2 lain yg disponsor tu
Total semua dekat rm20k juga
Dah yg paling i nyesal pada kos pelamin..
I kabo nk pelamin simple je sbb guna utk nikah kt umh, sekali dia dtg bawak pelamin grand gila (at least kt kg i) tetamu datang ptg tu semua terpaku kt pelamin itu.. so i xberani tanye kt tukang sponsor, wedding planner tu claim berapo kt dia..huhu
Quote kucingitam 31-1-2019 03:57 PM
tetamu 100 org je?
Quote buapakperut 31-1-2019 04:12 PM
hmmm ape2 jela dekkk...
Quote leylapple 31-1-2019 04:17 PM
blh...kalau ko nak kawin bajet...

ko salam pak kadi/mertua kat pejabat agama jer... saksi kawan2 sendiri...

balik dari akad nikah tu, bawak pegi kedai kopi...jamu kuih singgit 3 keping
Quote AbukRokok 31-1-2019 04:26 PM
budak2 twitter mmg sial... lg teruk dri budak wechat
Quote RamonaFlower 31-1-2019 04:59 PM
Tp aku kahwin mmg tak ajak org dlm 250 org je. Ken2 ajak dlm 30 org je. Mmg buat kecil2 even mak aku marah sgt.
Quote renko 31-1-2019 05:32 PM
AbukRokok replied at 31-1-2019 04:26 PM
budak2 twitter mmg sial... lg teruk dri budak wechat

budak twiter mmg sial sepanjang zaman
Quote kaklong32 31-1-2019 05:45 PM
fushimi replied at 31-1-2019 02:47 PM
batak viral ujung ujung kena keji

tu la padan mukooo
Quote natrahn 31-1-2019 05:46 PM
hampeh n hare punya cadangan..sabo je lah
Quote gummygummy 31-1-2019 06:03 PM
kalo orang tanya bajet sebut je skli jumlah yang disponsor tu. the end of the ayat cakap la

"aku keluarkan 3k je, yang lain orang sponsor. alhamdulillah"

gitewwww
Quote hasniey 31-1-2019 06:30 PM
Majlis akk ai 5k je.tapi yg mak abah sponsor dkt 20k
Quote orkid_amani 31-1-2019 06:31 PM
Kn..abis jimat pun burn 10k walaupun Di sponsor kiri Kanan atas bawah depan belakang

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061227 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top