CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Depan Rumah Pun Kena Serang Dengan Parang! - Lelaki Nyaris Ditetak

22-2-2019 10:41 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3897| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza

Description: Belum lagi reda dengan kisah tumbuk terajang di MRT Cheras, berlaku satu lagi tragedi sekumpulan pemuda menyerang lelaki dewasa di dalam kawasan rumahnya sendiri. Kisah itu diceritakan oleh seorang ne ...



Belum lagi reda dengan kisah tumbuk terajang di MRT Cheras, berlaku satu lagi tragedi sekumpulan pemuda menyerang lelaki dewasa di dalam kawasan rumahnya sendiri. Kisah itu diceritakan oleh seorang netizen yang ayahnya mengalaminya sendiri dengan dikejar oleh beberapa orang pemuda di kawasan rumahnya sendiri di Puchong, Selangor.

Terdapat tiga video yang dirakamkan menerusi CCTV yang dipasang di luar dan di dalam rumah membuktikan bahawa penyerang adalah remaja Melayu.



Manakala video kedua pula menunjukkan suasana di hadapan rumah. Lebih menakutkan ialah pemuda tersebut menggunakan parang untuk mengejar ayahnya. Nasib baiklah ayahnya sempat lari ke dalam rumah, jika tidak pasti parang itu hinggap ditengkuknya. 


Dan rakaman dari CCTV yang ketiga pula jelas menunjukkan situasi yang berlaku dalam rumah dengan suasana kelam kelibut menangani masalah tersebut. Mujur jugalah penjenayah tersebut tidak bermati-matian untuk memasuki rumah tersebut.


Status tersebut mendapat perhatian netizen lain yang sangat cemas menyaksikan rakaman itu. Malahan menurut pengadu, penjenayah itu seakan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa yang dimahukannya menyebabkan keretanya dicucuk dan tingkapnya dipecahkan. Apatah lagi melihat ramai mat motor berada di hadapan rumah menjelaskan yang penjenayah bukanlah keseorangan sebaliknya berkumpulan. Sedihnya!


Malahan menurut pengadu, ayahnya sempat melihat wajah seorang pemuda tersebut dan menyimpulkan mereka masih muda. Semakin bertambah pula kes-kes sebegini walaupun kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah sahaja. Ia berlaku kerana pintu pagarnya tidak ditutup dan mungkin rumah tersebut telah ditarget sekian lama.

Twitter


Mujurlah juga dalam keadaan ini, tiada siapa pun yang tercedera. Bagaimana pula jika mangsa tidak mempunyai keupayaan untuk lari? Adakah kita akan terus-terusan menghadapi masalah penjenayah ini? - CARI
7

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milanhawkin 22-2-2019 11:02 AM
scary nya lahai malaysia skang ni... eh ke ni kat zimbabwe?

tuntutan hidup ke atau mmg sejenis makhluk berupa manusia?

sad.
Quote intan_smsb 22-2-2019 11:04 AM
skrg pun aku da takut nak keluar malam
Quote mizruncing 22-2-2019 11:15 AM
Ya Allah scary nya. knp la teruk sgt anak muda skrg. ramai plak tu buat kje
Quote Artemesiaa 22-2-2019 11:19 AM
Zaman sekarang pagar dan grill pintu tak boleh leka dibiarkan tak bertutup.  Leka sekejap takut ada yang cuba ambil peluang.  
Quote sehirkedi 22-2-2019 11:27 AM
Uishhh ganasnya.. Nasib baik uncle sempat lari dan rumah dilengkapi cctv. Harap penjenayah ni semua diberkas tak lama lagi.
Quote haryatie 22-2-2019 11:29 AM
makaihhhh..menakutkan
mintak dijauhkan laaa

Quote Skuau 22-2-2019 11:40 AM
@dolgemok..ko jaga stesen mrt...depa mai rmh hang pulok ...dah.....
Quote mehmet 22-2-2019 12:45 PM
Mamat Melayu ini bawa parang Kacukan tak menjadi. Baghal. Kan betul lah Ustaz itu kata Melayu Malas. Ini salah satu sejenis Malas. Melayu malas.

Alhamdulillah, Pakcik dilindungi Allah. Dapat Penyamun Tak Menjadi ini, mohon Pakcik Saman habis family mereka. Lahanat lah tarah nya tayar kereta.
Quote ninjago 22-2-2019 01:48 PM
scarynya.. i rasa kawasan perumahan klu takde security guard mmg bahaya la. pakai la auto gate ke manual gate ke.. dedua ada jangka masa yg allow penjahat tuk dtg meragut dsb. lagi2 kalau kena keluar kete tuk bukak gate, pastu ada anak dalam kereta. nauzubillah
Quote LostStar 22-2-2019 02:44 PM
seramnya...
Quote missDollie 22-2-2019 02:55 PM
Seram wehhhh..mujur umur panjang..
Quote armin 22-2-2019 04:45 PM
Dulu kawasan rumah iols pun ada kes ragut. Sejak letak security tambah pondok guard n gate dah xde kes dah
Quote tengkujuh01 22-2-2019 05:32 PM
mehmet replied at 22-2-2019 12:45 PM
Mamat Melayu ini bawa parang Kacukan tak menjadi. Baghal. Kan betul lah Ustaz itu kata Melayu Malas. ...

sekarang ni kes samun semakin menjadi-jadi

tak kira siang atau malam....moga polis segera ambil tindakan yg sewajarnya

kalau camni...bahaya nk keluar g mana2
Quote aderaderker 22-2-2019 08:57 PM
Benci baca komen netizen kata jenayah sebab tuntutan hidup la,  kos meningkat la..

Budak 2 tu sihat tubuh badan kut.Merompak menyamun sbb malas keja dan nak duit cepat.
Yg some of them gi dok bela penjenayah kenapa?
Quote monolog 23-2-2019 08:28 AM
Nasib baik pintu tu terus dapat buka...bukan berkunci
Quote lee_sakura 23-2-2019 11:24 AM
nasib baik selamat semuanya
Quote hasniey 23-2-2019 11:52 AM
Eiii takutnye.smpai mcmtu sekali dia kejar.xkisah dh ada org lain ke x...kalau dpt masuk rumah tu mati la diorg ank beranak.yg serang ramai
Quote hasniey 23-2-2019 11:54 AM
aderaderker replied at 22-2-2019 08:57 PM
Benci baca komen netizen kata jenayah sebab tuntutan hidup la,  kos meningkat la..

Budak 2 tu si ...

Kan..jijik baca komen2 mcmni.untunglah jd perompak skrg.yg salah kerajaan jgk.
Pdhal OKU pon gigih kerja. ni yg sihat2 g merompak hujung2 salahkan kerajaan.
Quote giyomi 23-2-2019 01:18 PM
mmg zizik uols, mereka yg selalu kata ni sebab kerajaan baru kekonon macam semasa kerajaan dahulu, semuanya aman2 belaka. begitu jugak yg selalu mainkan isu perkauman, bila kaum sendiri wat, terdiam seribu bahasa. Kesimpulan bukan kerajaan atau kaum yg jadi isu, tp sikap empunya diri sendiri yg malas dan kaki stone full stop. pada sibengap2 ni yg terlebiih makan dedak tu, insaf2 lar sementara masih bole

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.379124 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top