CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Dia Ni Tahu Pakai IG Ke Tak?" - Abby Abadi Tuduh Caprice Sekat IGnya, Rupanya...

26-2-2019 10:31 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17139| Komen: 80|Original author: Oleh: Azza

Description: Kisah Abby Abadi dan Blackpink masih belum habis. Ini kerana Caprice turut mengulas isu kumpulan K-Pop terkenal itu dengan mengaitkan cerita Abby yang pernah berada di dalam kumpulan Elite. Biarpun Ca ...




Kisah Abby Abadi dan Blackpink masih belum habis. Ini kerana Caprice turut mengulas isu kumpulan K-Pop terkenal itu dengan mengaitkan cerita Abby yang pernah berada di dalam kumpulan Elite.

Biarpun Caprice tidak mengatakan yang buruk mengenai Abby, namun tiba-tiba Abby mengatakan yang Caprice tiada hak memberi komen yang tidak difahaminya. Abby juga mendakwa Caprice telah menyekat akses Instagramnya, lalu menulis kapsyen "Kemana menghilang? Jumpa depan Allah k." membuatkan Caprice memuat naik post terbarunya menjelaskan situasi sebenar.


IG

Dengan menggunakan akaun Instagram rakannya, Caprice menunjukkan IG Story Abby bahawa Abby mendakwa akaun Caprice tidak dijumpai, dalam erti kata lain Caprice telah menyekat Abby dari melihat akaunnya. Bagaimanapun Caprice memperlihatkan bukti bahawa setelah menekan nama Abby Abadi sendiri, terpampang paparan putih (bermakna Abby yang menyekat Caprice, jadi tidak hairanlah apabila Abby mencari nama Caprice, tiada sebarang gambar).

IG

"Why do you block me then go around tell people that i block you? mess prety lane? If you need attentio, i give you rite now. Malaysia give this woman more attention. She's has more than 958k follower but she's still need more attention."

Wah! Dah kenapa jadi begitu? Adakah Abby memahami bagaimana Instagram berfungsi setelah menyekat akses orang lain? Abby juga telah menetapkan akaun Instagramnya sebagai 'private'.

Bagi yang tidak mengikuti perkembangan cerita ini, ianya bermula apabila Abby mengkritik pihak-pihak tertentu yang tidak menghalang Blackpink dari mengadakan konsert, walaupun pemakaiannya seksi. Ia berlainan ketika Selena Gomez mahu mengadakan konsert di Malaysia tetapi dihuru-harakan dengan demonstrasi pembatalan. Sedangkan kedua-duanya sama seksi.

Isu bermula apabila Abby mengkritik persembahan Blackpink yang dibenarkan tanpa sebarang bantahan-IG

IG

Justeru itu, ramai yang memberi pelbagai perspektif sama ada menyokong atau membantah pendapat Abby tersebut. Namun, hal menjadi semakin panas apabila Caprice turut mengulas isu tersebut serta menyatakan setiap orang mempunyai fasa tertentu untuk berubah, serta Abby juga pernah berada di fasa tersebut. Ia memuncak hinggalah isu menyekat akaun media sosial ini.



Dasyat juga penangan Blackpink. Selain daripada membuatkan peminat K-Pop tidak tidur malam, mereka juga mampu membuatkan artis tempatan bertelagah. Apa pendapat anda? Menyebelahi Abby Abadi atau Caprice? - CARI 
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 26-2-2019 10:38 AM
Kah kah kah.. ko dah knp
Ko block ko bising yek
Quote Orgkgdukobesi 26-2-2019 10:40 AM
Eeeuwww  terserlah ke'pprt'ian abby.
Quote laksmanabentan 26-2-2019 10:42 AM
senyap sudah ler abby weeeiii....
Quote gebugebas 26-2-2019 10:45 AM
Propa nye abby..ko block org..ko nak acah2 suci pulekk
Quote Ferr_Remy 26-2-2019 10:46 AM
Dua2 kaki mencapub hot issues., dua2 bajet bagus, dua2 pantang kena tegor.. Lol.
Quote Khawla 26-2-2019 10:53 AM
Huhuhuhu{:smile
Quote edoraixora 26-2-2019 12:05 PM
abby punya ayat macam kalis dosa jer....sikit2 jumpa depan Allah
Quote Orix 26-2-2019 12:09 PM
toksah la percaya sgat dgan retis yg konon2 dh berhijrah n now gunakan agama utk stay relevant dlm industri............ semua propa jah!
Quote tokyojuliet 26-2-2019 12:14 PM
nak tny abby ni xde ke meroyan2 psl pondan2 yg makin berleluasa kt mesia skang ni? tny je sbb x polo acik abby
Quote cicicumel 26-2-2019 12:22 PM
bila pakcik bawang bersuara
Quote edoraixora 26-2-2019 12:24 PM
abby dah bagi jawapan balas belum pasal dia yg block caprice tu
Quote September14 26-2-2019 12:29 PM
Abby2 ko yg blok org ko yg lupa ingtan
Quote EvieWanKenobi 26-2-2019 12:42 PM
asik nak cari salah orang je.. last2..
Quote inusya 26-2-2019 12:46 PM
Bkn arbaiyah dah jwb ke psl ni. Mcm topinasi yg block dia jgk.

Quote batrishia 26-2-2019 12:46 PM
Dua2 pun mcam
Xda keje... abby tu aku paham la
Kalau dia paten2 makcik bawang.. si kapris yg bajet2 urban ni pun sama gak.. x abis2 nk kupas itu ini... dua2 kaki mencApup
Quote hanimdanish 26-2-2019 12:46 PM
nk tanya..kan dia blakon gerak khas pakai uniform pastu tudung tak labuh xpe ke ye?

sebab dia kan menutup aurat mengikut syariah...kalu blakon gerak khas pakai mcm tu xpe ke?
Quote abadi84 26-2-2019 12:49 PM
Dahlah kak abby senyap2 sudah. Memalukn sungguhlah. Aku #teamcaprice hahhahaha
Quote cupu 26-2-2019 12:50 PM
edoraixora replied at 26-2-2019 12:05 PM
abby punya ayat macam kalis dosa jer....sikit2 jumpa depan Allah

Pergi la puji dia...nant dia bls ngan icon gelak gelak gedik.aku mmg xsuka style abby ni..ms nk pru dia tunjuk video pas amik duit 90juta tu pun aku istigfar...benda xsahih xpayah kongsi..politik bkn maksum..lps tu aku mmg xfollow dia dh..mohon ida anak light.km tu jgn accept la abby ni jd menantu..spoil mood nanti
Quote kiah_mai_pulak 26-2-2019 01:49 PM
Menyampah gila si topinasi ni.. kerja nk bergaduh je., lagi x malu bergaduh pulak dgn pompuan

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.087428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top