CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tawan K-Pop, Yuna Bakal Kolaborasi Dengan Kumpulan Epik High

1-3-2019 10:46 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10119| Komen: 69|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Penyanyi Malaysia yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna dikatakan bakal muncul sebagai artis undangan dalam album baru kumpulan K-Pop terkenal, Epik High.
Penyanyi Malaysia yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna dikatakan bakal muncul sebagai artis undangan dalam album baru kumpulan K-Pop terkenal, Epik High.



Kredit foto: Twitter

Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai pertama kali bertemu dengan kumpulan hip-hop popular dari Korea Selatan itu tiga tahun lalu di Festival Muzik Coachella.  

Keserasian mereka dalam pertemuan itu menghasilkan idea untuk bekerjasama dalam sebuah album.


Kredit foto: NST

Hari ini, Epik High mengumumkan album terbaru mereka akan berada di pasaran bulan depan dan dalam teaser yang dikeluarkan, mereka berkata album ini bakal memuatkan beberapa lagu kolaborasi dengan artis-artis antarabangsa.


Kredit foto: Twitter

Anggota kumpulan Epik High, Tablo memuat naik sebuah gambar mengumumkan tajuk album mereka 'Sleepless In...'  dan barisan artis yang terlibat termasuk Yuna. 

Peminat Epik High menyambut pengumuman itu dengan penuh kegembiraan. Ramai yang tertarik dan tidak sabar mendengar gabungan mereka.


Kredit Foto: Twitter
Kredit Foto: Twitter
Kredit Foto: Twitter

Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana hasilnya nanti gabungan muzik antara Yuna dan kumpulan hip-hop tersebut kerana mereka popular dalam dua genre muzik berbeza. 

Semua persoalan ini akan terjawab apabila album mereka mula berada di pasaran pada 11 Mac ini.


Tahniah kepada Yuna. Semoga ini satu lagi peluang untuk beliau melebarkan sayap ke negara Korea Selatan. - CARI
7

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote komotthecat 1-3-2019 11:31 AM
Wow xsabar. Tablo
Quote azimodin 1-3-2019 11:36 AM
Pergh... kerlass Yuna bergandingan dengan Yuna.tapi meouls mengharap ummah anti-kpop jangan mencerca Epik High sebab   Epik high tu dah level2 legend dah kat korea sinun.
Quote siputsedut 1-3-2019 11:42 AM
Uuu wowwww..dgn tablo gittewwww..moga maju jaya yuna..kpopper ni kalau hijab2 pastu south east asian ni dorang tak brp sgt. Tp persetankan persepsi racist diorang tu...org2 mentaliti low class mmg gitu...
Quote siputsedut 1-3-2019 11:44 AM
azimodin replied at 1-3-2019 11:36 AM
Pergh... kerlass Yuna bergandingan dengan Yuna.tapi meouls mengharap ummah anti-kpop jangan mencerca ...

Epik high bkn idol yg foundation tiga inci kt muka lipstick merah jambu walaupon jantina lelaki dlm ic diorang pon singer song writer kan bukan retis berjoget semata ..eh tetiba rasa nk dgr lagu 1 bun 1cho...meols suka lagu tu...
Quote azimodin 1-3-2019 11:47 AM
siputsedut replied at 1-3-2019 11:44 AM
Epik high bkn idol yg foundation tiga inci kt muka lipstick merah jambu walaupon jantina lelaki dl ...

yang anti kpop kat malaysia ni bukan kira idol menari lentik ke idok, asal nampak retis korea je mula nak mencerca. ntah2 diam2 terkekek ketawa layan ICSYV/running man.
Quote sonatalady 1-3-2019 01:45 PM
Wahhh..untung yuna.
Good luck.jgn x tahan kena cerca tau.
netz korea lebih sikit aje dr malaysia punya membawang.
Quote pitera 1-3-2019 01:50 PM
siputsedut replied at 1-3-2019 11:42 AM
Uuu wowwww..dgn tablo gittewwww..moga maju jaya yuna..kpopper ni kalau hijab2 pastu south east asian ...

tablo tablo! knetz mmg kalau bukan orang dorang mmg susah dorang nak terima kan. pape pun, go yuna go!
Quote melinda_kerr 1-3-2019 01:50 PM
Lagu epik high mmg berkualiti. Nk juga tunggu hasil lagu tu.
Quote nadie90 1-3-2019 02:15 PM
Edited by nadie90 at 1-3-2019 06:17 AM

Yeay...bca kt twitter 2 thn lps xsilap masing2 bg hint brsetuju utk kolaborasi...thn ni bru jd kenyataan...congrats YUNA....antr berita baik yg sedap utk dibc
Quote azie999 1-3-2019 02:36 PM
ho yeah, tak sabor nak tunggu 11 march nie
Quote nuryakmal 1-3-2019 02:42 PM
i tau tablo sebab the return of superman je.... tablo and haru
Quote JDT 1-3-2019 02:54 PM
Epik High tahap legend Hip hop ni .. Tak sabar tunggu kolaborasi dengan Yuna..
Quote inspektoremos21 1-3-2019 03:18 PM
Walaupun Epik High tu legend tapi I lebih berminat dgn Dynamic Duo. Mungkin lagu2 Dynamic Duo lebih kpd citarasa i. Tibah . Lagu Epik High yg i suka cuma Fly je.
Quote JDT 1-3-2019 03:23 PM
inspektoremos21 replied at 1-3-2019 03:18 PM
Walaupun Epik High tu legend tapi I lebih berminat dgn Dynamic Duo. Mungkin lagu2 Dynamic Duo lebih  ...

Lagu Fly memang best,  mv pun best juga untuk masa tu (13tahun lepas).
Quote annehuda 1-3-2019 03:52 PM
siputsedut replied at 1-3-2019 11:42 AM
Uuu wowwww..dgn tablo gittewwww..moga maju jaya yuna..kpopper ni kalau hijab2 pastu south east asian ...

tablo pun mangsa cercaan ummah kpop jugak.
tablo nih ada ada degree and master dr stanford university, tp ummah kpop dengki kt heols, terus fitnah heols ni palsukan degree. mmg busuk gakla nama tablo, smpi haters gile gi harrass family and kawan2 tablo.
Quote rosannazmia 1-3-2019 04:06 PM
annehuda replied at 1-3-2019 03:52 PM
tablo pun mangsa cercaan ummah kpop jugak.
tablo nih ada ada degree and master dr stanford unive ...

Turn out lelaki korea 50s plus yg ddk kat US punca tuduhan. Hampir nak melingkup gak lah hidup tablo sbb kena tuduhan yg maha dasyat tu.. Utk tak OT yeayyyy Yuna, suga n epik high bergabung!! X tau track apa lg
Quote Sang_Pencinta 1-3-2019 05:47 PM
Banyaknya pulak haters Epik High ya

Bersedialah Yuna kena tempias
Quote inspektoremos21 1-3-2019 06:01 PM
JDT replied at 1-3-2019 03:23 PM
Lagu Fly memang best,  mv pun best juga untuk masa tu (13tahun lepas).

Wow tak sangka chuols masih ingat lagu fly tu 13 tahun lepas ya. Mv fly tu yg ada tembak2 pastu tablo mati tu kan
Quote annadonna 1-3-2019 06:06 PM
Tak follow epik high sangat.  I follow leessang aje.  Kalau yuna dapat collab dgn leessang alangkah indahnya

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057022 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top