CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sah! PRK Dun Rantau 13 April Ini

6-3-2019 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7097| Komen: 46

Description: Teka-teki tentang tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 DUN Rantau terjawab apabila pihak SPR menetapkan 13 April depan sebagai tarikhnya.Astro Awani melaporkan penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac, ma ...
Teka-teki tentang tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 DUN Rantau terjawab apabila pihak SPR menetapkan 13 April depan sebagai tarikhnya.

Astro Awani melaporkan penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac, manakala tarikh mengundi awal pada 9 April.


“Tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas penamaan calon dan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 12 April 2019.

"Anggaran kos bagi menjalankan PRK ini adalah RM1.8 juta," kata Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun. 

Kredit foto: Carian internet

Sebelumnya, pada PRU14 Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas pencabarnya Dr S Streram daripada PKR dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR. - CARI 

3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 4-3-2019 07:20 PM
Abah KJ ni tak pandai berlakon la.
Quote Malaysia.Doom 4-3-2019 08:17 PM
Syd replied at 4-3-2019 07:20 PM
Abah KJ ni tak pandai berlakon la.

Mcm kerja bendang muka.
Quote Syd 4-3-2019 08:30 PM
Malaysia.Doom replied at 4-3-2019 08:17 PM
Mcm kerja bendang muka.

Org merendah diri gitu la
Quote Malaysia.Doom 4-3-2019 08:31 PM
Syd replied at 4-3-2019 08:30 PM
Org merendah diri gitu la

Muka Tak nampak tokoh Nye celah Mana.
Quote alesandra 4-3-2019 10:02 PM
boleh la bosskurr bayar janji kat semenyih.tayang kak mah.teringin dengar kak mah  tolong kempen ckp minang
Quote Syd 4-3-2019 10:09 PM
alesandra replied at 4-3-2019 10:02 PM
boleh la bosskurr bayar janji kat semenyih.tayang kak mah.teringin dengar kak mah  tolong kempen ckp ...

Ayam den lapeh oi oi

Ayam den lapehhhh
Quote GalileO 4-3-2019 11:29 PM
Kalo bab kurangkan hutang..tok mat terbaik di negeri sembilan...bagus kalo jadi mentri kew banding nobita
Quote None68 5-3-2019 02:59 AM
Syd replied at 4-3-2019 07:20 PM
Abah KJ ni tak pandai berlakon la.

Potong stim plak nengok gambar ni pepagi..
Quote Syd 5-3-2019 06:37 PM
Kerusi PRK Rantau untuk PKR - Muhyiddin

Oleh Suhaila Shahrul Annuar
suhaila.shahrul@nstp.com.my


PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana kawasan itu sudah diperuntukkan kepada PKR.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata justeru tiada sebarang perubahan akan dibuat kerana mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) adalah kekal pada ketika ini.

“Kawasan itu (kerusi DUN Rantau) diperuntukkan kepada PKR, jadi kita tak nak buat apa-apa perubahan kerana setakat hari ini, mana-mana parti diperuntukkan kerusi adalah kekal macam yang lepas.

“Hal ini kerana semuanya sudah dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jika kerusi itu PKR, jadi parti itulah yang putuskan siapa calon paling sesuai di situ,” katanya pada sidang media, selepas menyempurnakan Majlis Pelantikan Ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan BERSATU lebih sesuai bertanding di kerusi DUN Rantau berbanding PKR kerana Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang menggalas tugas Presiden UMNO bertanding di kawasan itu.

Ditanya mengenai persiapan bagi PRK DUN Rantau, Muhyiddin berkata, setakat ini persiapan khusus belum dibuat memandangkan baru selesai PRK DUN Semenyih baru-baru ini.

“Pastinya jawatankuasa pilihan raya akan bersidang dan persiapan lain sudah dimulakan di peringkat negeri dan kawasan,” katanya.

PRK DUN Rantau perlu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.

Mengenai isu membabitkan MCA dan MIC sama ada ia akan menguatkan lagi PH, beliau berkata, perkara itu sukar dijangka.

“Itu keputusan mereka buat, kita di sebelah sini terima saja apa keputusan dan keadaan dari sudut politik dan lain-lain. Sama ada impak besar atau tidak, perkara ini sukar dijangka,” katanya.

Semalam, MCA dan MIC memutuskan tidak mempunyai pilihan lain selain keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi meneroka satu pakatan baharu yang mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan parti berkenaan.

Namun, keputusan itu hanya akan dibuat selepas Majlis Tertinggi BN mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masa depan parti itu, sama ada komponen tiga parti itu perlu diteruskan atau dibubarkan berdasarkan perkembangan semasa politik membabitkan parti berkenaan.

Mengenai permohonan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mahu menyertai BERSATU, Muhyiddin berkata, keputusan sama ada ia diterima atau sebaliknya belum dibuat oleh pucuk pimpinan.

“Saya diberitahu beliau sudah mengemukakan permohonan beberapa bulan lepas tetapi keputusan penerimaan belum dibuat oleh pucuk pimpinan.

“Orang nak mohon, boleh mohonlah tetapi keputusan itu tertakluk persetujuan kita untuk memutuskan,” katanya.
Quote Syd 6-3-2019 12:43 PM
Berita Harian Online
11 mins ·

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan akan diadakan pada 13 April depan, manakala hari penamaan calon pada 30 Mac ini. - Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.
Quote Syd 6-3-2019 12:45 PM
Quote creep_bite 6-3-2019 12:59 PM
Klu undi Melayu solid ke BN ada peluang menang...klu pecah... PH laaa...mng.
Quote Syd 6-3-2019 01:11 PM
PRK DUN Rantau 13 April ini

MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
06 Mac 2019 12:49 PM


Azhar (kanan) menyampaikan watikah pilihanraya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Rantau, Mohd. Nizam Tajul Arus ( tengah) selepas sidang akhbar PRK DUN Rantau di Menara SPR hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 13 April depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya juga menetapkan hari penamaan calon bagi PRK itu pada 30 Mac ini manakala hari pengundian awal pada 9 April depan.


“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam 12 April depan.

“Bagi PRK ini, SPR menyasarkan sebanyak 70 peratus pengundi akan keluar mengundi. Sebanyak 16 pusat mengundi akan dibuka melibatkan keseluruhan 55 saluran de-ngan perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 1.8 juta,” katanya pada sidang akhbar PRK DUN Rantau di Menara SPR di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, daftar pemilih untuk PRK tersebut adalah Daftar Pemilih Induk Tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 25 Februari lalu yang mengandungi 20,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, pengundi awal (118) dan pengundi tidak hadir luar negara (4).

Bagi menjalankan proses PRK itu, Azhar berkata, SPR bersetuju melantik Pegawai Daerah Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus sebagai pegawai pe-ngurus pilihan raya dengan dibantu empat penolong pegawai pengurus.

“SPR akan menggunakan Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Bandar Sri Sendayan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Ia turut membabitkan seramai 515 orang petugas untuk mengendalikan proses PRK ini,” katanya.

PRK DUN Rantau diadakan berikutan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lepas yang mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Bagaimanapun, Mohamad Hasan gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lepas untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya tersebut.

Mohamad Hasan memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 28 April selepas calon PKR, Dr S. Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana beliau tidak memiliki pas yang dikeluarkan oleh SPR. - K! ONLINE
Quote Syd 6-3-2019 01:12 PM
Bernama News Channel
28 mins ·

PRK DUN Rantau melibatkan anggaran kos RM1.8 juta - Pengerusi SPR

Quote arnauld 6-3-2019 01:31 PM
D4pig sudah, bunga pun sudah,
Giliran pkr kena belasah...
Quote tobby 6-3-2019 01:39 PM
khabarnya hospital semenyih akan pindah ke Rantau...  
Quote akusukaq 6-3-2019 02:28 PM
seronok la giliran pengundi dun rantau plk dapat hamper, basikal, dewan , hospital.rezeki
jgn ditolak , undi pilhan sendiri.
Quote tupaiterbang 6-3-2019 03:10 PM
rapizi masuk gelanggang ke?
Quote jofizo 6-3-2019 03:28 PM
kilang keta terbang la akn dibina di rantau

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064038 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top