CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Highland Tower Bakal Roboh Jun 2019 Ini, Bangunan Simpan Tragedi Terburuk Di Malaysia

11-3-2019 03:26 PM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 3737| Komen: 9|Original author: Oleh: m. manis

Description: Setelah 25 tahun, Highland Tower bakal dirobohkan Jun ini
Bangunan yang menyimpan tragedi runtuhan terburuk di Malaysia kini bakal dirobohkan selepas 25 tahun terbiar. 

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamarudin selepas ditangguhkan prosesnya pada Oktober 2018 lalu disebabkan oleh pengkajian struktur bangunan dengan perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya dan majlis Perbandaran Ampang Jaya.


Bakal dijadikan sebagai kawasan rekreasi, pihak pemaju Highland Tower turut bersetuju memberikan dana sebanyak RM2 juta bagi membantu melancarkan proses ini. 

Sumber: Rojak Daily

Walaupun runtuh disebabkan hujan berterusan sehingga mengakibatkan tanah runtuh pada 11 Disember 1993 iaitu 25 tahun lepas, tragedi yang telah meragut nyawa sekitar 48 orang ini masih lagi menjadi bualan dalam kalangan penduduk Malaysia.

Sumber: Kosmo


Menempatkan tiga blok iaitu Blok 1, Blok 2 dan Blok 3, blok yang runtuh ialah Blok 1. Sebenarnya banyak lagi kontrovesi yang timbul daripada tragedi malang ini antaranya ketidaksempurnaan reka bentuk tembok yang berfungsi sebagai penahan, sistem saliran dan perparitan yang tidak diurus dengan betul dan pemaju kapitalis yang mementingkan keuntungan.

Sumber: Rojak Daily


Daripada tragedi ini, sebenarnya banyak yang boleh kita ambil sebagai pengajaran; jangan terlalu tamak menakluk alam sekitar. 

Semoga proses meruntuhkan bangunan ini berjalan lancar tanpa melibatkan lagi korban nyawa yang lain yang mungkin disebabkan oleh kemarahan roh-roh mangsa tidak tenteram. - CARI

Sumber: NST
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kroit92 11-3-2019 04:32 PM
Semoga proses meruntuhkan bangunan ini berjalan lancar tanpa melibatkan lagi korban nyawa yang lain yang mungkin disebabkan oleh kemarahan roh-roh mangsa tidak tenteram.


tetiba rasa macam dalam bod Misteri & Paranormal
Quote RatuDunia94 11-3-2019 05:07 PM
Patut dh lama robohkan.. xde fungsi pon.
Quote BoongaKertas 11-3-2019 05:16 PM
kalau dah siap development baru nanti, agak2 harga mcm yahudi x rumah area tu? sbb ppl knows the history area tu kan. history tu dr segi struktur tanah kat situ i mean
Quote BoLapciOus 11-3-2019 05:34 PM
Recreation park yg cmne tu?hope wat cam ala2 haunted mansion ke..uma angker ke..theme park..pehh meriah
Quote kejesame 12-3-2019 01:16 AM
BoLapciOus: Recreation park yg cmne tu?hope wat cam ala2 haunted mansion ke..uma angker ke..theme park..pehh meriah


Touch up sikit, buat rumah hantu terus ...haha
Quote pinkyjuliet83 12-3-2019 10:09 AM
NI MESTI NK BUAT ALA2 GENTING NI.....
Quote chinta89 12-3-2019 10:38 AM
nk runtuhkan pun duit dh banyak mana habis..
Quote xy_daen 12-3-2019 10:46 AM
25 tahun BN tak tau nak buat apa...PH juga yang settlekan...
Quote chicozinn 12-3-2019 11:57 AM
apa nama pemaju kapitalis tu?pandai plak nak robohkan wat themepark siap hulur dana 2mil tpi time buat bangunan tu memula sume nak cut cost tapi jual harga yahudi cm trend pemaju2 skang..uma kalu gated guarded paling murah rm350k ingat gaji asas rakyat Malaysia ni rm5k ke?bila soh wat uma mesra rakyat pejabat tanah lak main2kan rakyat sampai nak mohon kemain payah nak ade consent sampai 3-4 lapis end up buyer xdapat beli sebab uma lowcost n medlow cost xleh dapat 90% loan dari bank n nak kluarkan kwsp pulak xleh sebab baru setahun dua bekerja..ni ke namanya mensejahterakan rakyat???

*MACAM HARAM*

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.222922 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top