CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Gambar Neelofa Sarung Gucci Musim Luruh Sangat Menakjubkan - Dah Tak Nampak Pendek!

12-3-2019 11:01 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 51104| Komen: 347|Original author: Oleh: Azza

Description: Biarpun ramai yang mengkritik citarasa fesyennya, namun ia tidak pernah menghalang figura nan satu ini terus mengekperesikan gayanya. Neelofa bukan sahaja disebut-sebut kerana kisah cintanya tetapi ju ...


Biarpun ramai yang mengkritik citarasa fesyennya, namun ia tidak pernah menghalang figura nan satu ini terus mengekperesikan gayanya. Neelofa bukan sahaja disebut-sebut kerana kisah cintanya tetapi juga caranya berfesyen yang kadang-kadang tidak kena dengan tubuhnya.

Bagaimanapun, mungkin juga tuah Dewi Remaja 2010 ini, Neelofa tidak putus-putus menghadiri jemputan pertunjukan fesyen di luar negara dan terbaharu dipilih menggayakan jenama antarabangsa, Gucci.

Mungkin bagi segelintir artis ia dianggap perkara biasa, namun apabila Neelofa yang cuma berketinggian 1.57m dengan bentuk badan sederhana, ia bagaikan satu keajaiban apabila Gucci menjadikannya antara model menggayakan seleksi musim luruh dan panas 2019 yang mana penggambaran dilakukan di Shanghai November lepas.


Yang menjadikannya lebih menarik ialah apabila Neelofa tidak kelihatan 'rendah' dek fotografinya yang menakjubkan. Jadi, adakah ia kerana baju jenama antarabangsa atau idea gambarnya yang bijak memanipulasi kelebihan Lofa?

Jom kita 'cuci mata' dengan koleksi ini.

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Ternyata, ia bukan kerana busana yang dipakai oleh Lofa menjadikan ianya sempurna, namun sesi fotografi yang lebih mengutamakan produknya membuatkan ia tampak elegan. Tambahan pula Lofa lebih banyak menggunakan pose duduk yang mana membuatkan netizen seakan terlupa dengan ketinggiannya yang tidak seperti model itu.

Jika adapun pose yang memerlukan Lofa bergaya dari kepala hingga ke kaki, nampaknya jurugambar memotretkan dari jauh hingga menampakkan sisi pemandangan yang berada di sekitarnya atau meletakkan Lofa di atas kerusi supaya mata netizen boleh 'eye level' dengannya. Boleh lihat contoh di bawah.

Kredit foto: IG
Kredit foto: IG

Tidak hairanlah, jika busana yang dipakai oleh Lofa nampak kena sahaja dengan bentuk tubuhnya malahan kelihatan sangat cantik dengan koleksi yang berlatar belakangkan bandar eksotik, Shanghai. Video ini juga menampilkan sisi elegannya di atas bot.



Malahan ruangan komen di Instagramnya juga banyak menerima pujian yang melihat sisi berbeza Neelofa. Maklumlah selama ini Lofa dikatakan sebagai mangsa fesyen, tetapi gambar ini membuktikan sebaliknya.

Dengan gandingan jurugambar antarabangsa dan jenama mewah ini, Neelofa dilihat sangat 'stunning' sesuai dengan statusnya sebagai ikon remaja masa kini. Jadi, nampaknya Neelofa perlu mencari jurugambar yang bijak menonjolkan kelebihannya pula selepas ini. - CARI 
7

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qusairy 12-3-2019 11:11 AM
gmbr yg makan tu mcm apek ladang sayur yg cucuk tanam tu.
Quote cmf_premierleag 12-3-2019 11:12 AM
Yaaassss!!! Boooommmm!!!!! (repeat smpi 200x smpi lebam)
Quote jfq 12-3-2019 11:14 AM
Siapa penulis  ni
Agak2la
Stunning la eleganla
Tang mana
Quote doubleA 12-3-2019 11:15 AM
hahahahahahahhahahahahahahaha
Quote gujiwa 12-3-2019 11:18 AM
thread menganjing ke ape ni.. hahahahahahahahahahah
Quote laksmanabentan 12-3-2019 11:18 AM
stunning la... ikon remaja masa kini la...  

Quote haisanor 12-3-2019 11:22 AM
Serkup kepala bakal viral ke tu
Quote gujiwa 12-3-2019 11:22 AM
btw video tersebut cantik.. cara pakaian kak lopak tak mau komen la..
Quote NazRysha 12-3-2019 11:24 AM
macam perempuan tiga suka kat pekan kepala batas
sebijik
dengan katiknya
Quote NazRysha 12-3-2019 11:25 AM
laksmanabentan replied at 12-3-2019 11:18 AM
stunning la... ikon remaja masa kini la...


ikon andartu

Quote AznieBunnie 12-3-2019 11:28 AM
serius dia 157cm ke?
awat nampak macam lagi rendah..?

tanya ikhlas ni
Quote awex^returns 12-3-2019 11:28 AM
Gucci ke tu... aku ingat baju bundle

minah ni takder posture model la

tak lawo dalam gambo

nampak murah semurah tuannya

oooppsssssssssss

Quote laksmanabentan 12-3-2019 11:30 AM
gambar yg pertama dan kedua tu...
sarung tangan kat jari tu lebih panjang dari jari lofa ker?
Quote rosasa 12-3-2019 11:31 AM
menganjing ke tred ni?
Quote gam_gajah 12-3-2019 11:32 AM
tak caya la dia tinggi 157cm
i tinggi 158-159, tapi tak nmpk rendah mcm dia pun
Quote seri_mawr 12-3-2019 11:33 AM
hahhaaa.....gmabar yg nmpk elegan aku rasa yg dia duduk nmpk tgan n kepala atas kertas tulisan cina tu jek...

yang lain...x menarik...

yang atas jetty seluar oren tu..mcm nyonya jual barang kat pasar terapung yang guna sampan tu...
yang beg besar tu kat muka tu pun x menarik......
yang baju hitam n seluar hitam mcm apek baru balik kebun ....
yang  baju besar atas kerusi tu...aiiihhhh.....
Quote EvieWanKenobi 12-3-2019 11:33 AM
i feel sorry for u..
Quote fushimi 12-3-2019 11:36 AM
kalau kak ratu atau scha  pakai harus mengalahkan jahzouk ngan bergaya sekali

jujur iols cakap baju tu sangat hodoh bila you pakai jah

she tak boleh carry banyak designer punya baju
Quote asmara_me 12-3-2019 11:38 AM
ni thread mengutuk secara terus ni, bahhahahahahahahhahahahahahahha

aku bila tgk pic, aku scroll tajuk, ulang kali, babihhhhh laaaa kelakar weyyyyyyyyyyyyyy

wekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lopakkkk

Lihat semua komen(347)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.136136 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top