CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al Fatihah, Wisma Putra Sahkan Haziq Meninggal Dunia

21-3-2019 10:22 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 3748| Komen: 14|Original author: Oleh: Pink

Description: Haziq antara rakyat Malaysia yang terkorban di Christchurch

Mohd Haziq (kiri) bersama ayahnya Mohd Tarmizi (kanan). Kredit foto: NZHerald

Seorang rakyat Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, disahkan meninggal dunia akibat serangan pengganas di Christchurch, New Zealand. Haziq yang hilang sejak Jumaat lepas adalah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46, yang turut cedera dalam serangan itu. 

Wisma Putra mengesahkan kematian Haziq pada pagi ini melalui kenyataan media.


Kredit foto: Astro Awani


Menurut kenyataan dari Kementerian Luar, bantuan bagi proses pengebumian Mohd Haziq akan disalurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Menurutnya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan untuk menyertai solat jenazah, khutbah Jumaat dan memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat tragedi ini. 


HKredit foto: Astro Awani.
Sebelum ini, kematian Haziq dilaporkan oleh Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, pada 11.20 malam tadi. 

"Berikutan itu, pengesahan daripada keluarga perlu dilakukan dengan teliti termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum sebarang pengumuman dilakukan," kata Phee, merujuk kepada prosedur ketat kerajaan New Zealand berkaitan perkara ini.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 21-3-2019 10:25 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Quote Kurex 21-3-2019 10:28 AM
Urusan duniawimu dah selesai dik..
Quote Buritan 21-3-2019 10:31 AM
Kejap je ko dik bercucuk tanam kat sini.. takziah dan tahniah.. dik haziq bkn calang calang ko diterima oleh Allah. Akak jeles dgn ko dik..
Quote jazaa100 21-3-2019 10:57 AM
mcmana tak jumpa mayat dia & sbb tu org suspek dia selamat masa melarikan diri....
Quote lolen 21-3-2019 11:14 AM
jazaa100 replied at 21-3-2019 10:57 AM
mcmana tak jumpa mayat dia & sbb tu org suspek dia selamat masa melarikan diri....

mungkin sbb mayat dia hancur xleh nak cam..kena tggu official statement dr hospital
br leh bgtau fmly..nak sahkan DNA tu pon makan masa jugak


masa aku baca dia hilang  ni pon dah agak mesti dah mati kena tembak tu..tp
susah nak cam sbb bnyk mayat muka hancur katanya

Quote Deidra 21-3-2019 11:22 AM
Al fatihah dik..pemergian yang dicemburui...
Quote underground 21-3-2019 11:52 AM
lolen replied at 21-3-2019 11:14 AM
mungkin sbb mayat dia hancur xleh nak cam..kena tggu official statement dr hospital
br leh bgtau  ...

betul terroris tu masa live tembak kepala atau muka utk pastikan shot to kill.

memang berkecai muka tak boleh cam.
Quote retnoel 21-3-2019 02:16 PM
Sedihnya rasa hati.. Semoga kau mendapat tempat yang mulia disisi Allah dik..
Quote nadihazza 21-3-2019 02:54 PM
Al Fatihah..salam takziah..moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya..
Quote makneng 21-3-2019 02:56 PM
Rip dik. Takziah utk family arwah
Quote ikanmasin 21-3-2019 03:48 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un....
Quote bulu_tangkis 21-3-2019 04:18 PM
Al-Fatihah...
Quote ipes2 21-3-2019 06:34 PM
Allahu
Remaja lagi, with life full spread out in front of him.
Tak buat salah apa pun hanya kerana datang solat Jumaat.
May Allah give him jannah.
Harap Brenton Tarrant dapat tengok pix this young man.
So that dia tahu sedikit sebanyak siapa yg dia bunuh, dan apa kah hasil untuknya.
Quote Sham143 4-5-2019 09:31 AM
Takziah.. Semuga keluarga Haziq tabah menerima dugaan dari Allah.. Kami doakan semuga adik Haziq tergolong di dlm kalangan org2 beriman dan soleh.. Amin

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.085042 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top