CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susulan Laporan Polis Yang Dibuat, Najib Nafi Mahu Sembang Santai Di Masjid

22-3-2019 11:43 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3122| Komen: 1|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak semalam menafikan beliau mempunyai perancangan untuk mengadakan sesi sembang santai di dalam Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya hari ini seperti ...

Kredit Foto : FMT
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak semalam menafikan beliau mempunyai perancangan untuk mengadakan sesi sembang santai di dalam Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya hari ini seperti mana grafik yang ditularkan di media sosial sehingga pegurusan masjid tersebut membuat laporan polis.

"Saya tak pasti pihak mana yang mengeluarkan grafik ini bahawa saya akan bersembang santai di dalam masjid.

"Saya memang ada rancangan untuk solat Jumaat di Masjid berkenaan tengah hari esok (hari ini) tetapi memang tidak ada dalam perancangan kita untuk mengadakan sesi sembang santai di dalam masjid.

"Sebab itu, "event" tersebut tidak pernah diumumkan dalam Facebook saya seperti lawatan-lawatan lain saya sebelum ini," kata bekas perdana menteri itu dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya semalam.


Kredit Foto: Malaysiakini

Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berceramah atau bersembang santai di dalam masjid kerana menghormati rumah Allah dan tidak mahu menyalahgunakannya.

Walau bagaimanapun, beliau mungkin akan mengadakan pertemuan dengan warga Universiti Malaya di sebuah kafe berhampiran masjid berkenaan selepas  menunaikan Solat Jumaat.

"Oleh kerana acara ini sudah mendapat perhatian orang ramai setelah dilaporkan di dalam media (siap menjadi berita utama lagi!), saya difahamkan bahawa kawan-kawan saya di UM ada rancangan untuk mencari sebuah kafe berhampiran di sana untuk bertemu dengan sahabat-sahabat sana selepas Solat Jumaat.

"Mungkin ada hikmah selepas ada yang cuba beri gambaran buruk kononnya saya akan gunakan masjid bagi program sembang santai," ujarnya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan pihak pengurusan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya telah membuat laporan polis berhubung penganjuran program melibatkan Dato' Seri Najib Razak di masjid itu yang direncanakan hari ini. - CARI
5

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote safriehalim 22-3-2019 12:32 PM
Untuk mengelak daripada memberi kerumitan kepada pentadbir Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) dan pihak universiti, DS Najib akan menunaikan Solat Jumaat hari ini di Masjid Ar-Rahah yang berhampiran di Kampung Kerinchi.

Selepas itu, beliau akan bertemu serta bersantai dengan warga UM di Restoran Amjal berhadapan UM pada pukul 2:30pm.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.118105 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top