CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Serap, Serap, Tak Menyirap!," Sharifah Sakinah Buat Hal, Pakai 'Pampers' Di Kepala

4-4-2019 12:23 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 7817| Komen: 25|Original author: Oleh: SakuraJo

Description: Pelakon Sharifah Sakinah yang terkenal dengan watak wanita 'bimbo' sekali lagi menghiburkan para pengikutnya di Instagram apabila dia memperkenalkan anak tudung 'terbaru' menggunakan lampin pakai buan ...
Pelakon Sharifah Sakinah yang terkenal dengan watak wanita 'bimbo' sekali lagi menghiburkan para pengikutnya di Instagram apabila dia memperkenalkan anak tudung 'terbaru' menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah wanita berhijab yang mahu bersukan.


Idea tersebut muncul kerana Sakinah kerap menerima keluhan daripada wanita berhijab yang tidak mahu bersukan kerana risau kulit kepala mereka berpeluh dan seterusnya menyebabkan bau busuk dan kelemumur. 

"Sesuai untuk yang kepala berpeluh. Sangat bagus kalau nak workout," tulis Sharifah Sakinah di ruangan kapsyen posting tersebut.

Kredit foto: Ig Sh Sakinah

Sakinah turut membuat tutorial cara menggunakan lampin pakai buang sebagai anak tudung di Instagram Storiesnya. 


Kredit foto : Ig Stories Sh Sakinah

Rata-rata netizen terhibur dengan idea Sharifah Sakinah tersebut dan menganggap ianya sebagai idea yang bernas. 

Kredit foto : Ig Sh Sakinah

Bijak jugak Sharifah Sakinah ni. Boleh la cuba nanti. Anyone? -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaygirl 4-4-2019 12:32 PM
Hahaha bernas gak idea kinah ni. Buat anak tudung y boleh serap peluh. Pakai buang punya. Kang ada y malas, di recycle pakai seminggu, sampai terbonjol lah anak tudung kat kepala serap peluh utk seminggu. Hahaha ades saya bayang pampers anak bila penuh macamana dia punya terbonjol weh hahahaha
Quote buragazz 4-4-2019 12:51 PM
Boleh diketengahkan.. tapi buat nipis sikit ala2 tuala wanita tu..
Quote AwanCikDania 4-4-2019 12:58 PM
Boleh tahan. Meolsss terhibur. {:good kipidab sakinah.
Quote belacan_gurl 4-4-2019 01:57 PM
malaygirl replied at 4-4-2019 12:32 PM
Hahaha bernas gak idea kinah ni. Buat anak tudung y boleh serap peluh. Pakai buang punya. Kang ada y ...

harrey btoi...tersembul hingus aku hahaha
Quote malaygirl 4-4-2019 02:01 PM
buragazz replied at 4-4-2019 12:51 PM
Boleh diketengahkan.. tapi buat nipis sikit ala2 tuala wanita tu..

Tuala wanita taruk kat ketiak. Bagi serap peluh disitu. Jangan risau ada gam boleh lekat pd baju takkan tercicir
Quote Bee_hwa 4-4-2019 02:41 PM
malaygirl replied at 4-4-2019 02:01 PM
Tuala wanita taruk kat ketiak. Bagi serap peluh disitu. Jangan risau ada gam boleh lekat pd baju t ...

I pernah buat zaman study dlu..sebab jenis ketiak basah..waktu tgh jln nak pegi kelas tiba2 satu pad tu jatuh atas jalan..bila peluh bnyk sgt maybe gam die hilang ke ixsure..
Quote malaygirl 4-4-2019 02:46 PM
Bee_hwa replied at 4-4-2019 02:41 PM
I pernah buat zaman study dlu..sebab jenis ketiak basah..waktu tgh jln nak pegi kelas tiba2 satu p ...

Oh my!! Boleh tercabut gak ye. Sebab kalau kita pakai bulan2 tu rasanya lagi banyak kan cecair dia xpernah terjatuh sebab gam hilang. Maybe yang kat ketiak ni sebab longgar kot. Xmacam pada underware tu kan ketat kemas je. Pastu yang kat ketiak mesti lah pergerakan aktif. Dah takkan nak kepit je.

Tetiba terfikir, cipta baju y kat tang ketiak tu ada dijahit kain tambahan utk selit pad/pantyliner atau kapas atau sapu tangan atau kain microfibre y boleh serap peluh dan dalam masa yang sama x jatuh senang2 je. Haaa siapa tukang jahit tu boleh la buat.
Quote sukacactus 4-4-2019 03:05 PM
Hahaha...good idea!
Quote kucingitam 4-4-2019 03:41 PM
oh ingatkan dia nak menganjing pad MLM yg boleh tampal kat semua tempat tu...
Quote seroja887 4-4-2019 05:15 PM
sakinah x kering dgn idea lawak bernas dia..byk menda dia buat..org suka..sbb jujur je{:sing
Quote apedehal 4-4-2019 05:18 PM
hahha..sengal la ko ni
Quote arm_band 4-4-2019 05:49 PM
elok pulak nampak ko pakai tu sakinah oiiiiii
Quote SherryZass 4-4-2019 05:57 PM
Haha. Sesuai pulak saiz kepala dia dengan diaper tu ya
Bernas tapi iolls nak yg boleh tampal kat ketiak. Ketiak lagi cepat berpeluh dan berbau
Quote OrkedCattleya 4-4-2019 06:58 PM
Hahaha dia ni kalau tak bengong tak sah...
Sis terhibur
Quote cruz2 4-4-2019 08:30 PM
Kelakar..tp mcm tak sopan la pulak pampers letak kat kepala.mungkin boleh tiru material pampers tu shj
Quote YomiuriLandMae 4-4-2019 09:10 PM
ayookkk ada PU dah sound..
Quote rukia2 4-4-2019 11:28 PM
YomiuriLandMae replied at 4-4-2019 09:10 PM
ayookkk ada PU dah sound..

Pulakkkkk.....
Quote achilles_heel 5-4-2019 09:29 AM
bernas ke idea macam ni? macam cubaan nak menghina perempuan bertudung. tau la awak x bertudung, tapi perlu ke buat lawak benda macam ni? ni betul2 dah kurang ajar
Quote keds 5-4-2019 10:36 AM
Serap peluh ya? Helokkkkkk sangat utk orang macam kau ni je.....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.083960 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top