CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Vivy Yusof Buat Hal Lagi, Kali Ini Didakwa Copy Cat Rekaan Turban Designer Lain

17-4-2019 04:30 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 65072| Komen: 328|Original author: Oleh: intan

Description: Vivy Yusof buat hal lagi, kalini dikatakan copy cat design turban designer lain
Siapa tak kenal Vivy Yusuf serta rangkaian butik dan kosmetiknya yang semakin meningkat maju di Malaysia dan juga luar negara? Mempunyai kedai online serta kedai fizikal iaitu Fashion Valet dan Duck Store, pasti menggugat hati sesiapa yang mengikuti fesyen yang up-to-date dan menepati cita rasa terutama pengguna muslimah. 

Vivy yang juga mengekalkan imej usahawan berhijab baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaru iaitu The Turban. Namun ada desas desus yang mengatakan Vivy serta team beliau sebenarnya telah menciplak idea turban daripada seorang lagi pereka fesyen yang telah keluar dengan rekabentuk turban tersebut sejak tahun 2015 lagi. Betul ke? Perkara in telah didedahkan oleh pengguna laman media sosia, twitter.

Malah, pereka asal turban tersebut membuat post 'memanggil' Vivy untuk membuat penjelasan mengenai isu ciplak ini. Nampak serius juga ya!



Lihat pula rekabentuk turban yang dilancarkan syarikat Vivy. Sama atau tidak?




Menghangatkan keadaan, pereka asal yang dipanggil echenta itu juga meluahkan kekesalan dan menceritakan kronologi mengenai kemunculan turban tersebut.


Pembulian dalam bisnes!


Stok baru nak datang tapi idola dah caras!


Netizen juga turut bersetuju bahawa Vivy seperti menciplak rekabentuk turban yang dilancarkan. Jika benarlah perkara ini, pasti sedih peminat setia Datin Vivy.


Dah banyak kali dah buat macam tu...


Jika sebelum ini Vivy pernah terpalit dengan kontroversi seperti ini tetapi tiada tindakan kerana tiada sebarang dakwaan keluar daripada mana-mana pihak. Jika benarlah perkara ini terjadi, ianya merupakan suatu pembulian terutama kepada peniaga kecil. Namun ada pentingnya jika kita segera mendaftar hak cipta untuk sesuatu produk supaya jika perkara seperti ini terjadi, terdapat tindakan susulan yang dapat dilakukan melalui saluran yang betul. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote multinicky 17-4-2019 04:39 PM


00054108.jpg


Quote TerataiMelur02 17-4-2019 04:41 PM
ingatkan idea vivy sendiri
Quote MadameOnion 17-4-2019 04:46 PM
hmmm entahlah i tak pakai turban2 ni..i pakai shawl rm10 je..cantik jugak
Quote cendawanbonyok 17-4-2019 04:49 PM
ramai ye yang nak beli turban ni?? for sure turban  kaler biru macam ada toncit tu mesti jadi faberet nelopak kannnnn kan kan kannn . boleh la ambik nelopak jadi duta turban duck
Quote drivethru 17-4-2019 04:52 PM
Turban yg berbenjol kat depan tu, macam mak aku pegi menoreh dulu2. Letak lampu suluh atau pelita kat depan tu. Ni mesti ilham dari nenek moyang pegi menoreh subuh2.
Quote RatuDunia94 17-4-2019 04:56 PM
Kalau pakai turban ni g rewang kat kampung agak2 ape perasaan makcik2 bawang tengok ek.. mesti duk perati lama2 kecik besar kecik besar je tengok..
Quote grouper 17-4-2019 05:01 PM
Lantak kome le...
Quote ira_229 17-4-2019 05:04 PM
benci betul tengok orang berturban! nak2 lagi yg mcm letak tahi lembu kat depan tu...apa lah cantiknya pakai turban ni...baik bukak terus..serious ok tak cantik..
Quote hzln 17-4-2019 05:05 PM
Tak yah gaduh2 lah
Semua pesen turban adalah huduh
Utk rupa2 belacan mcm korang
Takyah acah2 nigga sangat lah
Rupa anak bai roti jah sekor2
Quote VitchyPinkVitch 17-4-2019 05:06 PM
Edited by VitchyPinkVitch at 7-5-2019 04:47 PM

Kenapa mesti turban... some people ok la pakai turban, some people lagi jadi mangsa fashion sajork...
Quote matchstick 17-4-2019 05:09 PM
So raya tahun ni bakalan menyaksikan pesen acik2 x sedor diri muka tembam menggayakan turban dakies eyesore hokeh
Quote miracle_forever 17-4-2019 05:10 PM
cendawanbonyok replied at 17-4-2019 04:49 PM
ramai ye yang nak beli turban ni?? for sure turban  kaler biru macam ada toncit tu mesti jadi fabere ...

tu turban roti canai.. dah lama jah lop gayakan sblm turban duck ni released
Quote buapakperut 17-4-2019 05:16 PM
Edited by buapakperut at 17-4-2019 09:17 AM

dimata iols tak sama. tapi huduh betul yg kaler biru nila ada maruku berlingkar tu. mungkin nampak urban tapi ,..hmmm tahle iols stick dengan shawl, bawal sahajork. kalau untuk basahan pakai yang sarung macam datin shahida tu senang
Quote damian_lee 17-4-2019 05:23 PM
Aku tengok turban punya gaya
Mcm gitu2 jer
Even tudung ke shawl ke
Sama jer
Yang beza corak and cop jenama
Quote paz 17-4-2019 05:23 PM
Memang business tudUng, turban ni hot kan?

Tak boleh ada similarity langsung yer? Susah business tudung ni.

Kena buat research betul-betul.
Quote Ladybird910 17-4-2019 05:35 PM
multinicky:   438874

{:laugh{:laugh{:laugh

This one really made my day!!
Quote mizruncing 17-4-2019 05:35 PM
yg pelik nya ada jgk yg beli. yelahh up to date sgt kan
Quote gigahertz 17-4-2019 05:36 PM
paz replied at 17-4-2019 09:23 AM
Memang business tudUng, turban ni hot kan?

Tak boleh ada similarity langsung yer? Susah business ...

biasa la kalau meniaga ada untung banyak langau dan lalat berminat
Quote Cookingholic 17-4-2019 05:39 PM
buapakperut replied at 17-4-2019 05:16 PM
dimata iols tak sama. tapi huduh betul yg kaler biru nila ada maruku berlingkar tu. mungkin nampak u ...

Maruku berlingkar

Lihat semua komen(328)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.368395 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top