CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ramalan Wajah 'Masa Depan' David Beckham 20 Tahun Lalu Tersasar Jauh

24-4-2019 12:28 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4767| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pada tahun 1998, majalah bola sepak FourFourTwo mempunyai sebuah ruangan popular di mana mereka akan meramalkan wajah bintang bolasepak 20 tahun mendatang.
Pada tahun 1998, majalah bola sepak FourFourTwo mempunyai sebuah ruangan popular di mana mereka akan meramalkan wajah bintang bolasepak  20 tahun mendatang.


Kredit foto: FourFourTwo
Antara yang mendapat perhatian mereka ialah pemain ternama, David Beckham yang pada tahun itu memuncak popularitinya berikutan percintaannya dengan seorang bintang pop Posh Spice atau Victoria dari kumpulan Spice Girl.


Kredit foto: Mirror
Pasangan itu sememangnya popular kerana sering menampilkan fesyen yang dikatakan baru termasuklah pemakaian jaket kulit berpadanan, sarung dan rambut gaya corncrow.


Kredit foto: Mirror
Sebuah imej Beckham telah direka menggunakan photoshop yang meramal wajah bintang bolasepak itu 20 tahun kemudian pada tahun 2020. Bagaimanapun, nampaknya netizen telah mula membandingkan rupa terkini Beckham dengan rupa ramalan tersebut dan mempersendakan majalah itu kerana tersasar jauh.

Di bawah wajah ramalan tersebut, pengarang majalah menulis; 'Pada tahun 2020 nanti, David Beckham akan berumur 40an dan hanya mampu bermain untuk pasukan bolasepak veteran England, Victoria pula akan naik berat badan lebih 125 kg dan menjadi model plus size'.

Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun ramalan itu nampaknya tidak tepat. Beckham kini kelihatan masih kacak, walaupun tanda-tanda penuaan telah muncul di wajahnya. Pasangan itu kini memiliki kekayaan bernilai 333 juta pound sterling dan Posh sendiri memiliki empayar perniagaan fesyen yang terkenal di seluruh dunia.


Walaupun begitu, ada peminat yang berlawak bahawa tahun 2020 belum tiba, 'Mungkin ada masa setahun lagi wajah Beckham akan berubah secara drastik seperti ramalan itu, siapa tahu kan?' tambah mereka.


Kredit foto: Carian Google
Pastinya pasangan Beckham boleh menarik nafas lega kerana ramalan itu ternyata tersasar jauh. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 24-4-2019 12:41 PM
Oh beckham {:love{:love
Quote shernazz 24-4-2019 01:05 PM
Tapi depa maintain jenkan
Posh tu ada buat plastic surgery ke atau mmg gitu mukanya?
Untung depa..
Quote RatuDunia94 24-4-2019 02:19 PM
Kalau jaga pemakanan n lifestyle mmg akan awrt muda.. cuba deols x jaga mmg boroi n berkedut lah.. plus deols org berduit sah2 la byk melabur utk kecantikan..
Quote Artemesiaa 24-4-2019 03:33 PM
Pandai jaga penampilan cuba happy selalu pasti maintain menarik walau berapa pun usianya
Quote whadda 24-4-2019 05:37 PM
mata posh dah nampak jatuh sikit dah.. nampak tua sikit
Quote greantea 25-4-2019 08:54 AM
jauh sgt larinya ramalan tu. ubah sikit2 dah la. lgpon kalo dia mantain sukan n jaga mkn, xde la tua sgt jadinya
Quote keds 25-4-2019 09:29 AM
Kena pandai Jaga....
Quote borrow 25-4-2019 02:17 PM
Edited by borrow at 25-4-2019 02:18 PM

Ai ske tgk acikPosh. Dulu pnh baca sheols pakai seluar saiz budak umur brp thn tah. Kecik sgt sheols nih. Kat luar mesti nmpk muda.

Kaya @ miskin tada kaitan sgt dgn rupa. Yg penting rajin. Berlambak2 orka kepam. Iyolah semua kerja maid buat , makan  sedap2 , duit banyak.
Quote borrow 25-4-2019 02:17 PM
neway buruk sgt photoshop thn 1998
Quote goss79 26-4-2019 04:22 PM
hahahah macam rupa prince william je

Quote farlis 26-4-2019 10:44 PM
Omaigadddf... My beckham masih hensem tauuu... My fav couple..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.227787 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top