CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Maafkan Yang Cakap Saya Bodoh Tu" - Anak Hyper Aktif Buatkan Ibu Digelar Bodoh

23-5-2019 02:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13696| Komen: 139|Original author: Oleh: Azza

Description: "Saya maafkan orang yang cakap saya bodoh tu."Itu luahan seorang ibu apabila gambar anak yang dikongsikan di Group Ibu Hamil mendapat kecaman ramai warganet. Gelagat anaknya yang memanjat kabinet ...





"Saya maafkan orang yang cakap saya bodoh tu."

Itu luahan seorang ibu apabila gambar anak yang dikongsikan di Group Ibu Hamil mendapat kecaman ramai warganet. Gelagat anaknya yang memanjat kabinet dapur hingga masuk ke singki disifatkan sangat merbahaya. Malahan tindakan ibu yang dikenali sebagai Amira membiarkan anaknya memanjat serta sempat merakamkan situasi tersebut didakwa cuai serta mungkin menyebabkan anaknya tercedera.

Akhirnya si ibu menjelaskan yang anaknya memang kerap melakukan perbuatan tersebut tetapi tidak lah sampai masuk ke dalam singki. Namun malam tersebut anaknya berjaya melakukannya. Teguran warganet bahawa dia mengabaikan keselamatan anaknya diterima namun menuduh dia sebagai ibu yang bodoh, sangat melukakan. Ini kerana dia sekadar mahu berkongsi ragam anak-anak tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan di dapur.


Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Ramai ibu-ibu bertindak menyabarkan Amira lalu menyifatkan mereka yang berkata "ibu yang bodoh" itu pintar sangat ke? Malahan ramai ibu yang berkata budak yang buas adalah kanak-kanak yang berani bertindak di luar kotak. Jika ada halangan atau menyekat kemahuan mereka, ia akan membuatkan kanak-kanak tersebut tersekat mindanya.
Malahan mereka turut berkongsi momen kenakalan anak-anak mereka di ruangan komen.
Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Kesemua aksi diatas mungkin dilihat berbahaya oleh orang luar, namun para ibu sendiri menyatakan yang mereka menjaga keselamatan anak masing-masing serta sudah membuat persiapan supaya tidak tercedera.

"Memang pun.. netizen ni kecoh gila. Suka hatila kita nak post dan buat caption ape pun. Kita nak share. Tapi di soundnya. Macam la orang lain tak pernah buat sesuatu yang lagi melampau. Tertusuk betul jiwa raga. Ikutkan hati nak je delete komen orang yang sound tu bagi nampak bersih sikit post kita. Nasihatkan orang tapi mengguris hati orang."

Jadi, bagaimana? Adakah aksi ini berbahaya atau kita sahaja yang paranoid? - CARI 
2

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 23-5-2019 02:22 PM
Mmg bodoh pun. Smpt lg snap masuk fb sbb lapar like.  Kot masa si ibu tu tgh gigih menaip, baby jatuh pecah kepala?  Mmg la anak ko hyper aktif kak, anak org lain pun hyper gak tp bezanye mak die pantau.
Quote dperla 23-5-2019 02:28 PM
annehuda replied at 23-5-2019 02:22 PM
Mmg bodoh pun. Smpt lg snap masuk fb sbb lapar like.  Kot masa si ibu tu tgh gigih menaip, baby jatu ...

tunggu la anak awak buat benda2 macam ni....baru awak tau awak tu bodoh ke x....

Quote paz 23-5-2019 02:31 PM
Makcik stop think and act. bukan stop, snap and post.
Quote MFR_IN 23-5-2019 02:35 PM
paz replied at 23-5-2019 02:31 PM
Makcik stop think and act. bukan stop, snap and post.

pah tu kena kecam. takpa saya maafkan.padahal tahan marah
Quote wana89 23-5-2019 02:40 PM
Biasa la..
Budak2..
Quote SherryZass 23-5-2019 02:40 PM
Anak hyper aktif lagi kena berwaspada, bahaya ada dimana2. Dah tahu bahaya, sempat snap dulu baru ambik anak ya.
Quote RatuDunia94 23-5-2019 02:42 PM
Skrg semua batak like viral kan.. asal ank buat aksi pelik2 terus capai phone record.. dgn harapan anak akan viral..
Quote tikusmontok 23-5-2019 02:43 PM
demi sesuap like.
Quote prettyuglybabe 23-5-2019 02:43 PM
tak payah bising-bising la..
jadi apa-apa kat anak dia, ada lagi anak lain buat ganti..
lagi pun korang nak bising ni i bagi soalan feberet jah..
korang dah ada anak ke belum?
beranak ada anak hyperactive dulu baru cakap
Quote sarahmirza 23-5-2019 02:44 PM
dperla replied at 23-5-2019 02:28 PM
tunggu la anak awak buat benda2 macam ni....baru awak tau awak tu bodoh ke x....

I faham maksud dia..
Bodoh tu bukan maksud perangai anak...
Bodoh si mak tu rakam video anak buat kerja bodoh..

Hah gitu la...
Anak i kecik pun pandai panjang grill pintu sampai atas..
Tidak pulak I bodoh ambil hp rakam dan upload dalam FB..

Nampak beza mak bodoh dengan tak?

Hihihi
Quote munchkin 23-5-2019 02:48 PM
Mmg bodoh pun. Instead of asyik pegang handphone why not ko pegang anak? Lantaklah guys. Anak depa. Apa jadi lantak situ.
Quote manehnya 23-5-2019 02:50 PM
mak bapak zaman skrg byk je yg bodoh, tambah2 yg bg budak kecik main hempon time makan.. dan time berjalan...
Quote munchkin 23-5-2019 02:50 PM
Anak ko akal panjang. Ko tu akal pendek
Quote matchstick 23-5-2019 02:51 PM
Malas nk komen panjang.. Tp aku berpihak kpd netizen mulut puaka dlm hal ni. Explanation si ibu x menggambarkan sheol seorang yg cerdik.
Quote fushimi 23-5-2019 02:52 PM
sejenis mak bapak lapar like

batak viral pun yer
Quote arm_band 23-5-2019 02:56 PM
sempat lagi nak snap pic....
Quote sitimah 23-5-2019 02:56 PM
memang kau bodoh sial bila anak kau kerja dgn orang tapi guna masa opis tuk main forum 24 jam

kau tak pandai didik anak kau tang amanah waktu kerja

kan @prettyuglybabe ] kan???

Quote gaara_X 23-5-2019 02:57 PM
kalau dah hantu "LIKE"...mmg tak leh nak cakap apo....
Quote xy_daen 23-5-2019 02:58 PM
Lapar like...memang bodoh pun...

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.313663 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top