CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Kenapa Kalau Dah 40an Tak Layak Watak Utama Ke?

23-5-2019 10:41 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 25948| Komen: 155|Original author: Oleh: Azza

Description: "Pelakon muda, kayu, pelakon hebat pula dah takda filem sesuai. Terpaksalah menonton kayu kayan berlakon."Benar juga kenyataan tersebut. Industri lakonan tanah air teramatlah ketandusan skrip file ...




"Pelakon muda, kayu, pelakon hebat pula dah takda filem sesuai. Terpaksalah menonton kayu kayan berlakon."

Benar juga kenyataan tersebut. Industri lakonan tanah air teramatlah ketandusan skrip filem atau drama yang memaparkan kehidupan wanita yang berusia 40an ke atas. Ini menyebabkan balik-balik tema sama yang menghiasi kaca televisyen hingga pelakonnya juga sama atau terlalu 'kayu'.

Menurut pengulas Trivia Artis Malaysia, Sepit Siput, hayat pelakon wanita di Malaysia biasanya akan berakhir apabila mereka mencecah angka 40an. Ia sudah berlaku sejak zaman pelakon 50an lagi. Malahan dikatakan umur 30an dikira umur pencen bagi artis wanita memegang peranan utama.

Akan tetapi, watak-watak wanita hebat bermula ketika mereka mencecah usia 40an. Antaranya ialah Pelakon Wanita Terbaik dipegang Seniwati Rosnani Jamil (ketika itu 48 tahun). Eja yang menang dalam filem Janin pula 39 tahun. Seterusnya Umie Aida menang dalam filem Dukun pada usia 45 tetapi naskah itu dilakonkan ketika beliau pada umur 33 tahun.


Kebanyakan pelakon wanita utama berusia dalam lingkungan 20an dan awal 30an. Kenapa?


Menurut Sepit, fenomena ini berlaku kerana kita di Malaysia kekurangan penulisan kreatif yang bagus untuk mengetengahkan waita 40an ini, berbeza dengan filem di barat yang mana ia adalah mercu kejayaan wanita 40an.

"Sedangkan wanita di usia 40 tahun ke atas mempunyai karekter yang lebih kompleks dan berwarna warni.
Ketidak adilan berlaku kerana penulis terpaksa mengikut kehendak pasaran kononnya takde siapa nak tengok
wanita separuh abad jadi heroin. Pemikiran begini patut diubah dari tangan pembikin filem sendiri.
Rakyat Malaysia takde masalah untuk terima pelakon wanita yang lebih berusia."

Kredit foto: IG

Pelakon berkaliber seperti Fazura, Fasha Sandha, Nora Danish berada dalam lingkungan lewat 30an manakala Erra Fazira dan Rita Rudaini mewakili era 40an. Jadi, mengapa tiada skrip yang bagus untuk mereka? Mengapa perlu meletakkan wanita 40an sebagai emak-emak sedangkan kelebihan mereka tidak digunakan sepenuhnya?


"Rita Rudaini adalah salah seorang yang wujud dari zaman Erra Fazira yang berjaya kekalkan momentum
tersebut dan dapat watak sesuai usia. Harap lepas ni ada lagi watak bagus untuk wanita 40an.
maybe watak bekerjaya, politician, convict...watak yang tidak cliche."

Kredit foto: Carian Internet


Ia turut dipersetujui oleh warganet bahawa industri karya Malaysia berada di zon selamat semata-mata. Mempotretkan tema cinta serta wanita 40an menjadi watak Datin yang hanya pose cantik semata-mata. Bagi mereka, ia langsung tidak membantu industri.

Jadi, adakah benar penonton yang menyukai drama/filem yang memerlukan pelakon muda semata-mata atau kita yang sebenarnya kekurangan drama/filem memaparkan cerita yang hebat? - CARI 

1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 23-5-2019 10:51 AM
Diorg nak ke belakon character complex?
Yang kena pakai baju lusuh2 ke, makeup berparut ke..
Quote RatuDunia94 23-5-2019 11:02 AM
Kan.. cuba imejin drama Nur tu dilakonkan oleh Laila Nasir.. yg masih bergelut dgn dunia pelacuran walopun usia dh nak masuk 50an.
Kemunculan Ustaz Adam yg dilakonkan oleh Ebby Yus telah mengubah segalanya. Nur mula belajar mengenal perihal agama dan berjaya mencari anaknya yang terpisaah sejak dilahirkan..
Quote chicozinn 23-5-2019 11:13 AM
RatuDunia94 replied at 23-5-2019 11:02 AM
Kan.. cuba imejin drama Nur tu dilakonkan oleh Laila Nasir.. yg masih bergelut dgn dunia pelacuran w ...

terus flop citer tu yachhhh..lelagi hero ebby yus..
Quote emera 23-5-2019 11:14 AM
Hakak dah tak tgk cerita melayu sbb budak2 jongos je yg berlakon... kayu kayan keras kejung harapkan muka je cun mekap tebal.
Quote tikusmontok 23-5-2019 11:38 AM
semakin mendonia tok sepitsiput  
Quote sharlenetexas 23-5-2019 11:39 AM
RatuDunia94 replied at 23-5-2019 11:02 AM
Kan.. cuba imejin drama Nur tu dilakonkan oleh Laila Nasir.. yg masih bergelut dgn dunia pelacuran w ...

Ebby yus tengah sakit.
Quote sokmogitu 23-5-2019 11:39 AM
RatuDunia94 replied at 23-5-2019 11:02 AM
Kan.. cuba imejin drama Nur tu dilakonkan oleh Laila Nasir.. yg masih bergelut dgn dunia pelacuran w ...

Kalau tayang kt netflix vio iflix..aku layan je. Lebih menarik jalan cerita ni. Tapi tak sesuai utk slot akasia la
Quote prettyuglybabe 23-5-2019 12:06 PM
abih tu bila zamarul hisham jadi budak sekolah, korang jugak yang nak muntah
Quote lonely_surina 23-5-2019 12:19 PM
tu belum lagi pelakon kertu melakonkan watak bernama danish daniel haikal hentak2 pintu bila watak mak marah, yaa ampunnn..
tinggal serumah mak ayah, dipaksa nikah bagai last2 jatuh cinta..
belum lagi melakonkan watak student sekolah, kolej dgn badan sorg2 mcm da beranak pinak..

watak2 mcm neh bia laa pelakon muda yg berlakon, masih cantik hensem n mmg sesuai dgn watak yg dilakonkan..
xley bayang iolss kalo rdj berlakon watak spiderman g kolej bagai..
Quote SherryZass 23-5-2019 12:24 PM
Kat meleis ni, drama mesti pasal cintan cintun. So, nak amek 'orang lama' berlakon agaklah tak bersesuaian. Kat oversea sana ada je drama tak perlu bercintan cintun sangat yg pelakon berumur jadi tonggak.
Quote Sazida 23-5-2019 12:33 PM
Citer pia best. Pelakon pun not bad la. Tp rengsa plak tgk nyawasis jd jahat xpdn dgn bisu.
Quote budakmanentah 23-5-2019 12:33 PM




nahhh..sanggup nak tonton?
Quote MentariSenja 23-5-2019 12:34 PM
Setuju ngan tokpit bab ni tapi *rita rudaini' dikira sbg salah seorang pelakon berkaliber?..ermpph krik2 sikit disitu..ke iols yg tak pandai menilai bakat sheols?
Quote PEPPERMAN 23-5-2019 12:34 PM
Edited by PEPPERMAN at 23-5-2019 12:36 PM

yg sedehnya pelakun berumur ni, bila berlakun watak mak-mak, kena berkain batik, berserkup.
Ada 1 drama aku tengok, si senrose dressing ala nak gi pejabat bukan main, skirt ketat atas lutut. Tapi ironinya, si mak berkain batik, baju kurung complete dgn serkup.

Kenapa watak mak-mak sekalipun tak boleh berpakaian seksi? Apakata pakai suar pendek saja bersinglet kat rumah? Apakah takda mak-mak zaman moden yang pakai macam tu, atleast mak-mak metropolitan?

Kalau mak-mak sedemikian mungkin berebut pelakun pra-kertu nak berlakun ..

Quote mieymiey 23-5-2019 12:49 PM
Tapi watak tu kena la sesuai dengan umur, rupa dan perwatakan kan?
Haritu ramai setuju Elizad nampak tua, tak sesuai bawa watak student college.
Quote buapakperut 23-5-2019 01:09 PM
boleh la jadi heroin hikayat rika sumantho, isteriku koba dan sebagainya
Quote buapakperut 23-5-2019 01:10 PM
RatuDunia94: Kan.. cuba imejin drama Nur tu dilakonkan oleh Laila Nasir.. yg masih bergelut dgn dunia pelacuran walopun usia dh nak masuk 50an.Kemunculan Ustaz Ada ...

nangis ustaz nanti kene frenzone dengan nur
Quote buapakperut 23-5-2019 01:12 PM
budakmanentah replied at 23-5-2019 04:33 AM
nahhh..sanggup nak tonton?

ini fight back to school ke sis, sehodoh2 budak laki sekolah iols dulu,belum pernah ada yang wajah kertu segini
Quote aemon 23-5-2019 01:15 PM

aduh geli geliman tgk poji jadi budak sekolah

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068177 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top