CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Tak Raya La Aku" - Kasihan! Baju Raya Jadi Compang-Camping Akibat Si Tukang Jahit

31-5-2019 10:12 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5595| Komen: 13|Original author: Oleh: Azza

Description: Degup Ramadan1 Syawal tak sampai seminggu sahaja lagi. Ramai sudah membuat persiapan terakhir dengan membeli kelengkapan raya. Namun, apa perasaan anda apabila baju raya yang ditempah menjadi caca mar ...


1 Syawal tak sampai seminggu sahaja lagi. Ramai sudah membuat persiapan terakhir dengan membeli kelengkapan raya. Namun, apa perasaan anda apabila baju raya yang ditempah menjadi caca marba? Atau lebih tepat dikatakan seperti kain compang camping sebagai baju kurung?

Inilah yang terjadi kepada seorang gadis apabila baju rayanya terlajak besar, lengan ditampung dengan corak berbeza di kedua-dua belah dan bahagian pesak juga tidak kemas membuatkan bajunya seolah-olah menjadi baju Melayu lelaki pula, tetapi dalam versi buruk.

Kredit foto: Twitter


Menurut Dee, dia menghantar baju tersebut di kedai jahit di Temerloh Pahang. Jadi, tiada masalah sebenarnya kerana sebelum ini dia pernah menggunakan khidmat untuk memotong kaki seluar yang kemas jahitannya. Namun kali itu, dia berulang kali diyakinkan bahawa baju kurungnya akan siap terletak cantik. Namun sangat mengecewakan hasilnya apabila siap.

Kredit foto: Twitter
Malahan, tukang jahit tersebut meminta dipulangkan kembali baju untuk dikecilkan. Namun Dee tidak mahu menanggung risiko lagi. Warganet turut memberikan pendapat mereka bahawa baju tersebut dibuat oleh orang yang tidak pandai menjahit. Ini kerana bahagian lengan yang nampak cacat akibat tidak pandai memanipulasi kain ketika menjahit membuatkan hasilnya seperti kain perca yang dibuat baju.

Jadi, untuk mengecilkan baju tersebut mungkin boleh tetapi bahagian lengan tetap akan nampak 'cacat'.

 
Kredit foto: Twitter

Malahan, ada yang mengusik jika tambah tiga poket, boleh terus dijadikan Baju Melayu, tetapi semestinya tiada siapa pun yang sudi memakainya kerana lengannya yang 'cacat'.

Sementara itu, ramai juga warganet turut berkongsi kisah yang sama pada raya tahun lepas. Akibat tukang jahit yang suka men'sub'kan tugasan menjahit kepada pekerja yang kurang mahir inilah membuatkan baju kurung mereka 'separuh masak'.

Jadi, dalam hal ini adalah diharapkan tukang jahit menjaga kredibiliti mereka serta tidak membuat kerja secara cincai kerana ia membabitkan barangan orang dan pastinya mempunyai nilai sentimetal kepada pemakai. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 31-5-2019 10:19 AM
kalau jenis kain berkaki gini kena bagi lebih.. tapi awat pasang getah pinggang pun buruk ya amat..
Quote ninjago 31-5-2019 10:23 AM
tgk jahitan punya la serabut berkedut2.. tak kemas langsung.

ala adik nie pun, beli je la baju siap.. banyak yg lawa2, jahitan kemas, harga pun ntah2 lebih kurang kos beli kain + upah jahit baju tu. takdela gemuk sgt pun susah nak cari baju siap.
Quote batmana 31-5-2019 10:52 AM
ni mcm bdk bru belajar jahit aja, jahit pun tk kemas

mgkin dia bagi kt bdk praktikal utk test jahit..
Quote Melorqe 31-5-2019 11:22 AM
dik . ko pegi la beli kat omar ali kpg baru .
dia tgh buat sale. aku dah beli . tak sampai seratus baju kurung dia.
Quote rospinki 31-5-2019 11:45 AM
brpa byk tred psal ni

tapi takpa itu keja momomd yg pantau..nk buh beratus tred sama aku tak kesah

aku yg baru berjinak2 menjahit lebih berkualiti dari keja tailor ni. dari sukat gunting dan jahit semua ke laut.

bole bungkus
Quote mizzmimi 31-5-2019 11:46 AM
Hallo thread dah ada lah
Quote mizruncing 31-5-2019 04:52 PM
alahai dh anta kat tailor jadi gini pulok. beli online pn indah khabar dari rupa. bertabahlah kak
Quote kivio 31-5-2019 06:51 PM
Kalau gini gaya, beli ready made lagi helok
Quote meow_tompok 1-6-2019 11:33 AM
teruk betul ye tukang jahit tu. takde rasa bersalah langsung. mohon dibayar cash dgn perbuatan beliau
Quote cruz2 1-6-2019 11:40 AM
Gemuk ke mcm tu?
Quote Pink_Purple 1-6-2019 11:47 AM
thread dah ada..berapa byk mau buka..

wartawan cari punya keje,,SLOW....forumer dulu buka thread daripada dia..

puasa2 ni tido ke..jangan makan gaji buta hidup xberkat
Quote cmf_blingblings 4-6-2019 12:00 PM
Tak adalaha gemuk sangat adik ni. Tukang jahit ni tak pandai jahitlah. Sepanjang aku upah org buat baju tak pernah lagi seburuk, ni dah kira cacat dah baju ni atas besar bawah kuncup
Quote cikbun 8-8-2019 12:46 AM
kesiannya huhuhu nak beraya baju cantik tup tup macam ni{:cryrun{:cryrun

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071958 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top