CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Bolehkah Bersalaman Dengan Tetamu Berlainan Jantina Semasa Beraya?

1-6-2019 12:09 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3138| Komen: 5|Original author: Tukang Tulis

Description: Fatwa oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Penganjuran majlis rumah terbuka kini menjadi salah satu tradisi ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia (gambar hiasan). Kredit foto: The Malaysian Times


Bagi yang menganjurkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, menjadi satu kelaziman apabila tuan rumah bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Namun, tuan rumah sama ada lelaki atau wanita perlu berhati-hati agar tidak bersalaman dengan tetamu berlainan jantina yang bukan mahram mereka.

Merujuk kepada fatwa yang disiarkan dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jumhur ulama termasuk dalam kalangan yang berpegang pada mazhab Syafie mengharamkan perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita bukan mahram.

Mahram bermaksud lelaki atau wanita yang diharamkan bagi seseorang individu untuk berkahwin seperti ibu, bapa, adik beradik, anak serta ibu dan bapa mentua.

Tiada halangan untuk bersalaman sesama lelaki (gambar hiasan). Kredit foto: Buletin Online


Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu adalah bersandarkan kepada dua hadis yang bermaksud:

1. Muhammad bin Munkadir radiallahu anhu berkata, aku mendengar daripada Umaimah binti Ruqaiqah menceritakan:

"Ketika aku datang bersama perempuan untuk membai'ah kepada Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda, 'Aku bai'ah (perjanjian) kepada apa yang kalian mampu dan berupaya akan tetapi aku tidak berjabat tangan dengan wanita."

(Riwayat Ibnu Majah)

2. Hadis daripada Saidatina Aishah radiallahu anha:

"Demi Allah, tangan Rasulullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam bai'ah (perjanjian). Mereka hanya membai'ah dengan ucapan sahaja."

(Riwayat Imam Bukhari)

Mazhab Hambali dan Hanafi pula membenarkan bersalaman dengan orang tua yang tidak mendatangkan syahwat dan fitnah.

Jika tetamu bukan mahram menghulurkan tangan kepada anda, bolehlah sampaikan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan ini agar mereka memahami dan tidak tersinggung apabila anda tidak bersalaman dengan mereka. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 1-6-2019 02:05 PM
Ala kalau bersalam tu bukan terus rasa nk ajak berjmak pon..
Quote HannahMontana 1-6-2019 03:11 PM
xboleh salam lain jantina melainkan yg boleh sahaja.

minta maaf dengan manusia tp berdosa dengan Allah pula. Cissssssss bedebah kamu!
Quote LadyCarefree 2-6-2019 02:53 AM
RatuDunia94: Ala kalau bersalam tu bukan terus rasa nk ajak berjmak pon..



Yaaa qhardawi pun kata boleh je
Quote CiliPadiSedap 2-6-2019 08:16 PM
Ada makcik kepam kat atas ni, mereka sebelum berjimak bersalam tangan

Quote Ina8895 10-7-2019 02:21 AM
CiliPadiSedap: Ada makcik kepam kat atas ni, mereka sebelum berjimak bersalam tangan


Kau tu yang kepam

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.083907 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top