CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dia Dah Boleh Angkat Kaki" - Faizah Ariffin Dakwa Zuraida Biadab Dengan Parti

25-6-2019 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6057| Komen: 29

Description: Tindakan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mempersoalkan keputusan parti itu berhubung isu Haziq Aziz dikritik Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin.
Tindakan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mempersoalkan keputusan parti itu berhubung isu Haziq Aziz dikritik Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin.

Katanya seperti dipetik daripada MalaysiaKini, Zuraida boleh "angkat kaki" jika gagal menghormati keputusan bersama yang dibuat parti.



Foto: MalaysiaKini/ProjekMM

Zuraida sebelum ini menggesa PKR agar memecat Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana memalukan dan mencalarkan imej parti.

Semalam, Naib Presiden PKR itu mendakwa beliau sendiri akan memecat Haziq jika menjadi presiden parti terbabit.

"Nasib baik bukan saya jadi presiden, kalau saya presiden saya dah pecat dah (Haziq). Sebab saya memang tegas kata suruh pecat (Haziq), tapi parti nak ikut proses, biarlah dia ikut proses,” katanya semalam.

Menurut sumber portal itu, Zuraida sendiri sudah bersetuju dengan keputusan dalam mesyuarat Biro Politik PKR minggu lalu yang membincangkan isu video seks membabitkan timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


"Sebagai pemimpin beliau seharusnya senada bagi mempertahankan keputusan mesyuarat. Saya musykil apakah Zuraida tidak berfungsi alam mesyuarat atau hanya menyuarakan rasa tidak puas hati atas keputusan yang dibuat bersama?

"Apa sebenarnya yang beliau mahu dan mengapa berperangai seperti 'mak lampir' tak bertuan? Mengapa beliau terlalu biadab sehingga tidak mahu patuh kepada kata sepakat yang dia sendiri terlibat? Adakah beliau berasa sudah cukup besar kepala sekarang?" ujar Faizah.

Sehubungan itu, Faizah menggesa agar Zuraida dikenakan tindakan tata tertib kerana tidak menghormati parti. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 25-6-2019 01:01 PM
Kehkehleh mak lampir
Quote lemak_masin 25-6-2019 01:06 PM
Wanita pkr takyah gaduh2..
lelaki jambu juga yang diorang cari..
Quote rospinki 25-6-2019 01:53 PM
ompompuan ngan pompopuan gado gaya tepok tangan
motip timbalan pulak meroyan lebih..betulla zuraida ckp..tak senada ke apa hnya lontaran spontan..ni naib pulak melompat.
Quote tungkai 25-6-2019 02:03 PM
Bukan ke dia ni dari dulu manjang bercakaran dgn mak lampir tu...??



Quote mata_kucing 25-6-2019 02:27 PM
Sokong Zuraida,
Quote lipans 25-6-2019 02:38 PM
kat pkr, wanita tak laku.
Quote Melorqe 25-6-2019 02:44 PM
pecat kedua dua la makcik haziq dgn azmin.
senang tak yah gaduh2. dua2 memalukan.
keh keh kehh...
Quote tumpanglalu74 25-6-2019 02:46 PM
Aku pilih yang lawa..
Quote DARSITA 25-6-2019 03:33 PM

Aii sokong yang tak lawa sebab yg tak lawa ada penderian. PKR sekarang dah jadi bahan lawak. Come on la ahli dah buat onar lagi mau simpan ka? Fishy sangat.


Quote tagas 25-6-2019 03:48 PM
mok cun vs mak lampir
Quote anony-mous 25-6-2019 03:53 PM
Zuraida ni bercakap kemain berapi2. Hujung2 tipu degree. Setakat jual air liur. Geli dgn menteri2 taraf spm. LOW CLASS
Quote tobby 25-6-2019 03:58 PM
Ni bergaduh tahap personal ni....

Apa sebenarnya yang beliau mahu dan mengapa berperangai seperti 'mak lampir' tak bertuan? Mengapa beliau terlalu biadab sehingga tidak mahu patuh kepada kata sepakat yang dia sendiri terlibat? Adakah beliau berasa sudah cukup besar kepala sekarang?" ujar Faizah.
Quote sayawifenikmie 25-6-2019 04:42 PM

mak lampirrr ??

acik porum cari jugakkan kah azizah ni  

kok ya pun nakpecat haziq -- pecatlah sekali hok dok sukamain belakang rumah tu ---
Quote sarah82 25-6-2019 04:58 PM
Achik Faizah.. Nak bodek Anwar pun bagi la hujah yg tak boleh dipatahkan.

Kurang2 si Zuraida tu berani juga lawan ckp anwar.. Yg lain diam tak bunyi apa.. Hujung2 bila pecah salahkan sama sendiri.
Quote jagung5 25-6-2019 05:28 PM
zuraidah ni dari dulu org kata mmg mcm kurang a semacam..
Quote munchkin 25-6-2019 05:49 PM
lebih suka kalau org suka melawan macam zuraida ni. Daripada dok yes yes yes ke kepala tohan politik..

Lawan lagi acik zuraida. Lawan bagus.
Quote Iris. 25-6-2019 07:25 PM
I suka je zuraidah ni. I follow dia...
Quote nono86 25-6-2019 08:54 PM
Dah masuk meeting dpt keputusan dah, nak bunyik apa lagi
Quote t_hahahaha 25-6-2019 09:14 PM
acik faizah ni tetibe nk ade kredit ni..nak jawatan taraf tinggi le tuu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.064052 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top