CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pawagam Gempar Warga Emas Meninggal Ketika Tonton Annabelle

4-7-2019 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2940| Komen: 11

Description: Penonton sebuah pawagam di Thailand dikejutkan dengan kematian seorang pesara warga Britain ketika menonton filem seram Annabelle Comes Home.
Penonton sebuah pawagam di Thailand dikejutkan dengan kematian seorang pesara warga Britain ketika menonton filem seram Annabelle Comes Home.

Menurut Bangkok post, Bernard Channing, 77, dikatakan menonton filem berkenaan malam kelmarin di Pattaya.



Foto: ViralPress

Keadaan Channing disedari salah seorang pengunjung pawagam berkenaan sebaik tayangan filem itu tamat.

Difahamkan, wanita berkenaan memaklumkan perkara itu kepada kakitangan pawagam sebelum menghubungi pasukan kecemasan jam 8 malam waktu tempatan.

Lelaki dari Gedling, Nottingham itu disahkan meninggal dunia di dalam premis berkenaan sebelum mayatnya dibawa ke hospital di daerah Banglamung untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.


Foto: ViralPress


Jurucakap polis, Leftenan Kolonel Polpattham Thammachat berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai satu kematian di dalam pawagam sebuah pusat beli belah jam 8 malam.

"Siasatan awal tidak dapat mengenal pasti bagaimana lelaki warga asing itu meninggal dunia, tetapi doktor akan menjalankan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian," katanya.


Foto: ViralPress

Tambahnya, pihaknya percaya kematian itu tiada unsur jenayah dan Kedutaan Britain sudah dihubungi bagi memaklumkan keluarga Channing mengenai kematiannya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 4-7-2019 12:00 PM
Tgk cite hantu mau xterkejut
Quote Kurex 4-7-2019 12:01 PM
Terkejut ke pakcik? Jumpscare cerita ni boleh diagak la
Quote Kurex 4-7-2019 12:01 PM
Terkejut ke pakcik? Jumpscare cerita ni boleh diagak la
Quote Artemesiaa 4-7-2019 12:03 PM
Tak seram mana pun filem ni babak terkejut pun boleh tahu bila nak jadi mungkin beliau dah tak sihat  dari sebelum menonton lagi.
Quote CiliPadiSedap 4-7-2019 12:26 PM
pakcik tak nak terkejut tutup sound sambil peluk bantal.
Quote Star_el 4-7-2019 12:27 PM
weh benci lak aku pikir bukan2 pasal warga emas britain di thailand haish
Quote Boomibulat 4-7-2019 12:38 PM
Gimik movie je ni
Quote Atata 4-7-2019 12:48 PM
Star_el replied at 4-7-2019 12:27 PM
weh benci lak aku pikir bukan2 pasal warga emas britain di thailand haish

Heheheh.......
Quote Boomibulat 4-7-2019 01:04 PM
Kurex replied at 4-7-2019 12:01 PM
Terkejut ke pakcik? Jumpscare cerita ni boleh diagak la

Patutnya pacik ni try push up 10 kali utk test jantung..klu bjaya br msk panggung
Quote chicozinn 4-7-2019 06:16 PM
Star_el: weh benci lak aku pikir bukan2 pasal warga emas britain di thailand haish

Hmm.. Sme la aku pkir bnde sme gak. Sme ade langgan aym xpun childporn.. Eh bgus gk mati klu cmtu
Quote gideoncross 9-7-2019 01:55 PM
Star_el replied at 4-7-2019 12:27 PM
weh benci lak aku pikir bukan2 pasal warga emas britain di thailand haish

Tringat kt video psl prostitution kt Philippines on YT yg prnh iols tngok. Anak2 prostitutes ni smuanya muka kacukan org2 Barat tpi anak2 ni xthu pun siapa bapak2 dorg.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.174104 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top