CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Eh Bahaya Sangat, Bubble Tea Lebih Tinggi Gula Dari Air Gas?

4-7-2019 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7907| Komen: 28

Description: Minuman bubble tea kini semakin menjadi trend hangat di media sosial, rata-rata netizen kini dilihat terlalu obses dengan pelbagai jenama bubble tea. Memanglah minuman bubble tea ini enak dan menghila ...

Minuman bubble tea kini semakin menjadi trend hangat di media sosial, rata-rata netizen kini dilihat terlalu obses dengan pelbagai jenama bubble tea. Memanglah minuman bubble tea ini enak dan menghilangkan dahaga tapi apa yang ramai terlepas pandang adalah kadar gula yang berbahaya dalam minuman itu sendiri.


Oleh itu, sebenarnya adakah ia selamat untuk diminum atau boleh memudaratkan kesihatan?

Jom ikuti penjelasan dan perkongsian kesihatan dari Pakar Pemakanan, Ms Yen Ying dari Hospital Pantai Pulau Pinang.




Berapakah kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea?

Untuk secawan minuman bubble tea 500ml tanpa campuran bahan-bahan tambahan lain, ia didapati mengandungi sekitar 30g - 40g gula. Ia adalah bersamaan kira-kira 6 hingga 8 sudu teh gula tebu setiap cawan, dan kandungan gula yang tinggi dalam segelas minuman ini cukup membimbangkan. 


Kini jika dilihat, minuman bubble milk tea yang original makin berubah apabila ia diberikan pelbagai pilihan dan variasi. Bahan-bahan campuran bersama minuman seperti jeli, puding, dan ‘pearl’ (atau lebih dikenali sebagai - 'boba') juga biasanya dicampurkan sekali.

Tambahan ‘topping’ inilah yang meningkatkan lagi kandungan gula dan juga kalori dalam minuman yang disediakan.

Ms Yen

Ramai yang keliru, adakah 'pearl' ini  bahaya atau tidak sebenarnya?

‘Pearl’ atau sejenis sagu (boba) diperbuat daripada kanji dan bebola kecil ini tidak mempunyai sebarang nutrien lain. Cuma ia penuh dengan kandungan karbohidrat. Pelbagai jenis 'boba' boleh didapati di pasaran hari ini misalnya boba biasa dan boba bersalut gula perang. 

Mana-mana jenis minuman bubble tea ini sememangnya tinggi kandungan gula, di mana cawan minuman pula disalut dengan gula perang di dalamnya dan ini sekaligus meningkatkan kadar gula sehingga kira-kira 90g gula. 

Jangan terkejut ya, kerana setelah disukat tahap gula dalam kandungan bubble tea, jumlah gula  adalah dua kali ganda daripada cadangan penggunaan gula oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (maksimum 5 hingga 10 sudu teh gula setiap hari) dan hampir tiga kali kandungan gula berbanding satu tin minuman Coca-Cola. 

Walaupun ini boba ini tidak menimbulkan sebarang risiko dari segi 'chemical', namun kita tidak harus mengabaikan aspek kadar gula yang disebutkan tadi. 

Foto: Carian internet

Ia kan sekadar teh, takkan tak sihat?

Bubble tea juga sentiasa dianggap 'sihat' kerana ramai menganggap ia sekadar teh. Walau bagaimanapun, ia sudah lagi jadi tidak sihat apabila ditambah bahan-bahan diproses seperti boba, pewarna, sirap, perasa tiruan dan banyak lagi. 


Jadi apa solusinya? Bolehkah menjadikan minuman bubble tea ini kepada versi lebih sihat?

Terdapat pelbagai cara untuk membuat bubble tea menjadi lebih sihat. Contohnya meminta susu rendah lemak sebagai alternatif untuk susu pekat atau krimer bukan tenusu, serta tidak memilih ‘topping’ tambahan seperti boba dan jeli. 

Selain itu, pilihlah buah-buahan segar dan bukannya sirap buah-buahan kerana ia dapat mengurangkan pengambilan gula, dan pada masa yang sama meningkatkan sistem imun anda dengan vitamin C. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-7-2019 12:31 PM
Ada benarnya minta yang kurang manis pun masih pekat tahap kemanisannya
Quote pearl.silver 4-7-2019 12:48 PM
I memang jarangggg sgt beli air ni sebab mahal gila kot
Tapi sempena birthday bulan ni, tealive dah bg bpoints utk redeem 1 cup. Seb baik sini xde tealive
Quote pakderis 4-7-2019 01:18 PM
ramai yang tengah hunting dgn tea ni
Quote CARI-MAMS 4-7-2019 01:46 PM
haritu order kt tealive dh minta kurang manis..ttp manis haha
Quote lebahberachun 4-7-2019 01:51 PM
benda viral ni. 2-3 minggu abihla. lps tu sendu gitu.
Quote hotmak 4-7-2019 03:22 PM
kalau tgk kat ig, kemain ramai try dari satu kedai ke satu kedai, tgk pun takut, takut diabetes
Quote manehnya 4-7-2019 03:41 PM
aku cuma nk pearl tu je.. ada tak jual asing? huhu

lagi dok kata, lagi dok minum p cari dok ada
Quote azimodin 4-7-2019 03:48 PM
unlike ketagihan coffee, ketagihan boba tea ni more on terikut2 benda trending je. Boleh je nak layan boba tea, sebulan sekali tu ok la. tapi kalau dah hari2 mmg cari pasal. aku xde kencing manis tapi mengandung kali ni ada pulak walaupon aku jarang minum manis. rasa nak menangis setiap kali buat BSP kat rumah, tu belum kena cucuk insulin lagi. teengok adik2 comeeel manis berlawan2 minum benda ni menyebabkan aku jadi takut pulak.
Quote lee_sakura 4-7-2019 04:03 PM
manehnya replied at 4-7-2019 03:41 PM
aku cuma nk pearl tu je.. ada tak jual asing? huhu

lagi dok kata, lagi dok minum p cari dok ada

ade je org jual asing...hr tu iols ada tgk dlm fb group taman medan rasanya, ada org jual pearl shj
Quote LostStar 4-7-2019 04:07 PM
nasib baik tahan kan diri.. pagi tadi menjelang subuh buat air barli bagi hilangkan ketagihan bubble tea..

kunyah la barli tu banyak mana pon, xde la rasa ralat sangat.. hehe
Quote msamyrazi 4-7-2019 04:14 PM
i tak pernah lah teringin nak minum walaupun tergoda jugak lah kadang2. air yang i suka adalah air kosong .. ketagih lah pula minum . kalau hang out mesti bawak 1 botol besar . tapi lepas tu mmg nak ke toilet je lah keje nya.
Quote kaklong32 4-7-2019 04:15 PM
ai pernah try xing fu tang tu la sekali je
sedap la jugak
tp dah rasa sekali tu dah la nama nak repeat tu tak la
mahei
Quote Mfzg89 4-7-2019 04:19 PM
minuman awal bulan...
Quote manehnya 4-7-2019 04:22 PM
lee_sakura replied at 4-7-2019 04:03 PM
ade je org jual asing...hr tu iols ada tgk dlm fb group taman medan rasanya, ada org jual pearl sh ...

ready to eat ka, yg kena masak sendiri.. kt shoppe pun ada yg kering, tp kena masak sendiri, leceh lah
Quote hyie 4-7-2019 07:04 PM
meols baru order tadi dia rasa best sebab masa tengah minum tu tetiba ada bebola kenyal dan terus kunyah...teh dia sama je macam kalo kita buat teh sendiri...
Quote lee_sakura 4-7-2019 07:51 PM
manehnya replied at 4-7-2019 04:22 PM
ready to eat ka, yg kena masak sendiri.. kt shoppe pun ada yg kering, tp kena masak sendiri, leceh ...

Mmg yg kering org jual
Quote aleesyasofia 4-7-2019 08:54 PM
iols biasa sbln sekali.. tp, jaranglah.. biasa sbln skali dpt tealive buy 1 free 1.. kalo beli saja2 mmg xlah.. tggu ada kupon dlu bru bli..
Quote Queenmastani 5-7-2019 01:54 AM
Fav ni , mula2 aritu order minta half sugar, ada one time tu bdk ni tanya nk brapa % gula, pelik jgk sblm ni tk tanya pon. Dia ada 70% or 30% so harussslahhh minta 30% & mg kurang manis sbb kalau bdk tu silap letak mg tk minum la air manis2 ni..
Quote DD1993 10-7-2019 05:33 PM
macam mana orang bole minat pearl ni ek? aku kalau order, msti xnk ada pearl tu.. haha

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073856 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top