CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakyat Malaysia Kaki Kecam - Nor Diana 'Pheonix' Jadi Mangsa 'Bawangrangers'

12-7-2019 10:38 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7496| Komen: 11|Original author: Oleh: natrahn

Description: Budaya kecam-mengecam sudah menjadi satu trend dalam setiap lapisan umur dan peringkat situasi dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila ada satu berita yang patut kita raikan dengan kebanggaan, golongan ...
Budaya kecam-mengecam sudah menjadi satu trend dalam setiap lapisan umur dan peringkat situasi dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila ada satu berita yang patut kita raikan dengan kebanggaan, golongan ini akan meninggalkan komen yang amat menyakitkan hati. 

 
Mufarwa Farid, seorang peguam sivil dan jenayah yang juga seorang usahawan menerusi hantaran Facebooknya meluahkan kekecewaaan beliau mengenai sikap netizen usai berita mengenai Pro Wrester Nor Diana 'Phoenix' dimuat naik Harian Metro. 

 
Menurut peguam muda ini, rata-rata komen adalah menyakitkan hati sedangkan berita berkaitan Nor Diana itu adalah sesuatu yang sepatutnya dibanggakan.
 

 
Paling terkenal, komen mengenai aurat. 

Netizen cenderung menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada diri seseorang dan gagal melihat kebaikan lain yang ada pada individu terbabit.


 
Mesej berbaur lucah menjadi antara komen kegemaran. Ada sahaja komen berbaur lucah, malah memberi bayangan kepada perkara lain.

 
Komen seksis. Netizen juga turut mengecam apabila kaum wanita berjaya dalam bidang yang biasanya dimonopoli kaum Adam.

 
 
Menurut Mufarwa Farid lagi, berita kejayaan Nor Diana Phoenix ini sepatutnya dihargai kerana secara tidak langsung ia juga menjadi kebanggan negara. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Sikap seperti ini amat merugikan kerana kejayaan seperti ini tidak dihargai rakyat Malaysia sendiri.  
 


Mufarwa Farid turut berkongsikan beberapa tangkap layar kecaman netizen. 
 

 
Penulis berharap, janganlah kita cepat mengecam dan menghukum setiap keputusan dan cara orang lain menguruskan hidup mereka sebab kita tak tahu disebalik kejayaan serta kebahagiaan itu, tersimpan seribu kepayahan dan duka. 

Kita patut didik hati supaya jadi bersih dan baik supaya apa saja yang kita nampak akan kelihatan baik dan indah saja. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MentariSenja 12-7-2019 11:10 AM
I feel u bro....and setuju dgn semua point2 u...I wish this girl all the best....very proud of her...ignore jelah komen2   'sampah' tu semua...
Quote mohdcrow 12-7-2019 11:30 AM
memang la dia 'berlakon' jer bergusti tu..tengok pun dah tau

wwe,wwf tu pun sama cuma dorang lagi pro berlakon

bila baca pasal dia ni teringat movie Banting
11188425_575318962608059_4888717028566624736_n.jpg
Quote Artemesiaa 12-7-2019 12:23 PM
Biasalah kat Malaysia ni kalau berlainan sikit dari cara hidup dan hobi kebiasaannya mulalah ada yang nak mengecam.  Kalau nak terus berjaya kena pedulilan cakap2 orang.
Quote ChildrenOfBodom 12-7-2019 12:28 PM
2019 masih lagi ada anjing yg tataw apa itu profesional wrestling dan masih komen gusti tu tipu ka betui..wtf la anjing, saheh anak haram hasil hubungan incest shit. bengap terencat mcm sial
Quote mistified 12-7-2019 05:18 PM
Pedulikan komen2 sial tu.you go girl.
Quote Zalimohd 12-7-2019 10:39 PM
Arwah mak enon pun pandai bergusti.. Tak kemana.. Lupakan lah gusti2 ni byk sukan lain lgi.. Tak kemana pun..
Quote hyie 13-7-2019 04:57 PM
at least dia berjaya dalam bidang yang dia minat...korang hade? datang opis kerja hari2 pon asik merungut itu ini tak kena
Quote ihtisyam1 13-7-2019 05:04 PM
Aku pun nak Cuba bergusti.... Release tension
Quote yuki812 13-7-2019 05:12 PM
sebenarnya dia ni knp..
iols tertinggal citer dia ni...
almaklumlah..
iols tak joint mana2 kelab membawang...
Quote annehuda 14-7-2019 01:47 AM
Bodohnye yg kutuk wrestling tu lakonan je. Yg lakonan tu setau aku yg drama2 sblm nk bergasak tu. Masa bergasak takde ye lakonan ok kali ni ko menang lepas ni aku menang plak.

Sedangkan bola sepak tu ha lagi banyak berlakon. Jatuh guling2 atas padang tu ha.  
Quote natrahn 16-7-2019 10:49 AM
yuki812 replied at 13-7-2019 05:12 PM
sebenarnya dia ni knp..
iols tertinggal citer dia ni...
almaklumlah..

wrestler wanita berhijab pertama kat malaysia /maybe dunia

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056642 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top