CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kiss My A*s' - Bila Jiran Bergaduh, Mak Cik Ni Selamba Tunjuk Punggung

15-8-2019 11:41 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 24175| Komen: 123|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Tidak jelas siapa di antara mereka yang bersalah di dalam kes ini, kita tunggu penyelesaian polis. Tetapi seeloknya perselisihan antara kejiranan boleh diselesaikan tanpa memaki dan tunjuk punggung di ...
Sudah menjadi norma dalam hidup bermasyarakat, kena sentiasa hormat-menghormati apa lagi tinggal berjiran. Walaupun begitu, pasti ada sahaja perselisihan faham yang boleh diselesaikan secara bermuafakat.


Kredit foto: Facebook


Malangnya apa yang terjadi adalah sebaliknya kepada seorang wanita, Nur Fadly dengan jirannya yang berselisih faham mengenai saluran paip. Oleh kerana rumah jirannya  terletak di bahagian bawah, paip dari rumah Nur Fadly yang terletak di bahagian atas sering melimpah ke rumah jirannya. 


Kredit foto: Facebook


Perkara itu mengakibatkannya pergaduhan antara mereka dan baru-baru ini Nur Fadly telah merakam jirannya menyumbat saluran paip yang melimpah. Akibatnya singki di rumah Nur Fadly pula dikatakan mengalami penyumbatan.



Kredit foto: Facebook


Geram dengan perbuatan mak cik itu, Nur Fadly telah merakam dan memaki mak cik tersebut dengan kata-kata kesat. 'Apa perangai kau bangsat macam ni?' katanya.  

Anehnya walaupun dicaci sedemikian rupa, mak cik itu kelihatan tenang dan masuk kembali ke rumahnya selepas menyumbat papi rumah Nur Fadly. Tidak cukup dengan itu, mak cik tersebut menunjukkan punggungnya ke arah kamera Nur Fadly sebagai tanda protes, langsung tidak menghiraukan ugutan Nur Fadly untuk melaporkan kepada polis.

" data-allowfullscreen="true" data-width="560">

Walau bagaimanapun, tindakan Nur Fadly memuatnaik video itu di Facebook memakan dirinya apabila ramai netizen berpendapat beliau sepatutnya yang bersalah kerana paip rumahnya yang terlalu pendek melimpah ke rumah jiran.


Kredit foto: Facebook


Bagaimanapun Nur Fadly mempertahankan dirinya dengan mengatakan dahulunya paip di rumahnya panjang tetapi makcik itu tetap melakukan perbuatan yang sama (menyumbat dengan plastik). Kenyataan Nur Fadly itu turut disokong oleh seorang wanita lain yang menyatakan mak cik itu sememangnya bermasalah dari dahulu.


Kredit foto: Facebook


Tidak jelas siapa di antara mereka yang bersalah di dalam kes ini, kita tunggu penyelesaian polis. Tetapi seeloknya perselisihan antara kejiranan boleh diselesaikan tanpa memaki dan tunjuk punggung di media social. - CARI 

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-8-2019 11:52 AM
Tak faham panjang pendek tu..
Quote fushimi 15-8-2019 11:52 AM
aku  ingat bukak kain tunjuk pungung

Quote fliphair8 15-8-2019 11:53 AM
berlumba puak-puak meleis ni menunjukkan kebodohan masing-masing. simpan skit takleh ke? segala mala benda nak viral, ujung-ujung makan diri.
Quote kikuri 15-8-2019 11:53 AM
Edited by kikuri at 15-8-2019 11:55 AM

dari ko rakam pastu bangsatkan orang baiklah ko tanya elok2 kenapa buat macam tu...? kalo kena kat aku pun aku tunjuk jari tengah je...
Quote Sang_Pencinta 15-8-2019 11:57 AM
Aku pun rasa makcik kiss my ass ni tak bersalah  

Quote cclina2 15-8-2019 11:58 AM
tak paham gak
Quote manehnya 15-8-2019 12:02 PM
baca byk kali pun still x brapa nk paham, pening eden
Quote Sang_Pencinta 15-8-2019 12:02 PM

Rumah mereka dua aras berbeza dari kamera tu

Level bawah tu rumah makcik, level atas rumah yang rakam ni (air pembentung dia jatuh ke parit level bawah rumah makcik tu)
Quote Sang_Pencinta 15-8-2019 12:04 PM
So kerana air parit rumah atas bertakung rumah dia, si makcik ni sumbat paip saluran tu tak nak bagi air mengalir. Masalahnya bila sumbat, singki si kakak rumah atas tu pulak banjir
Quote Artemesiaa 15-8-2019 12:08 PM
Mesti dah lama makcik tu geram dengan orang yang kurang faham ni.  Lain kali cari tahu dulu sebelum bersangka sangka takut akhirnya sendiri juga yang malu .
Quote sayawifenikmie 15-8-2019 12:12 PM
.............. tak faham. paip panjang paip pendek .. banjir.
Quote LemakPetai 15-8-2019 12:14 PM
Bila ddk berjiran ni..kena pndai la bwk diri dan bergaul. Jaga adab sesama jiran. Kalau apa2 berlaku, jiran2 la yg pertama kita minta bantuan @ dtg membantu. Lain la la sederet tu adik bradik kita aje.
Quote Beautifulliar. 15-8-2019 12:17 PM
Ya robbanaaaa ku pikirkn porumer cari keje sume hebat otak pon bergeliga tp msuk sini rupanya sel otak tak bhubung ape ke susah nau nk paham benda senang nih
Quote mizzmimi 15-8-2019 12:21 PM
Air busuk tu melimpah ke jalan, mestilah rumah bawah tu yang effect kalau banyak, or hujan ke. Apa punya jiran lah perangai camni. Mesti jenis pemalas tak fikir orang lain.
Quote Sang_Pencinta 15-8-2019 12:22 PM
Beautifulliar. replied at 15-8-2019 12:17 PM
Ya robbanaaaa ku pikirkn porumer cari keje sume hebat otak pon bergeliga tp msuk sini rupanya sel ot ...

Haha, anggap je diorang tinggal rumah kondo bukan kejiranan berteres sis so tak faham konsep paip saluran bertiang ni
Quote yen 15-8-2019 12:22 PM
yang aku paham..
laluan paip blkg umah nur fadly sebelum ni pendek, x panjang betul2 sampai ke longkang. jadi bila air ngalir laju abis terpercik umah makcik .
jadi makcik pun stress dgn percikan air buangan ke rumah makcik yg bersih cantik tu
so makcik sumbat paip pendek rumah nur fadly... dan nur fadly rakam & viral.
Bila dah viral & kene tegur dgn netizen barulah dia sedar kebodohan sendiri lantas dia extend paip tu kasi panjang sampai ke longkang
Quote ToungeSoup 15-8-2019 12:22 PM
Perenggan Pertama :

makcik yang rakam video ni, paip sinki rumh dia tak sampai bawah..jadi bila air mengalir..tak sampai ke longkang dan berbau busuk. Makcik tonggeng bontot plak duduk belakang rumah makcik rakam. so rumah makcik tonggeng bontot ni akan berbau busuk setiap kali ada air sinki mengalir dari rumah makcik rakam. Bila makcik tonggeng bontot ni tak puas hati, dia ikat plastik saluran tu supaya air tu tak mengalir dan berbau busuk..

Perenggan Kedua :

Makcik rakam ni tak puas hati lah bila nampak makcik tonggeng bontot ikat plastik kat saluran sinki dia tu. Yang salah adalah makcik rakam sebab saluran sinki rumah dia tak betul..lepas tu boleh plak dia herdik makcik bontot tonggeng tu dan rakam video dan viralkan..

*Karangan tidak lebih dari 80 patah perkataan
Quote Asdan 15-8-2019 12:23 PM

biar tak kenal jiran, dari gaduh jiran, tak kenal, tak gaduh

kenal jiran jauh, tak gaduh
Quote naz.wani 15-8-2019 12:24 PM

sama la..aku pun x faham

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058499 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top