CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"IG Bukan Sekadar OOTD, Selfie Cantik" - Pesan Vivy Yusof Kepada Orang Muda

16-8-2019 10:42 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 3555| Komen: 15|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Usahawan dan influencer terkenal Vivy Yusof meraikan penglibatannya di Instagram dengan pos ke 10,001, baru-baru ini.
Usahawan dan influencer terkenal Vivy Yusof meraikan penglibatannya di Instagram dengan pos ke 10,001, baru-baru ini. 

Memuat naik kembali gambar pertama dimuat naik ke akaun Instagramnya tujuh tahun lalu, dia bagaimanapun sempat berpesan kepada influencer muda. 



Katanya, selaku influencer bukan sekadar bergambar cantik atau swafoto yang menawan, tetapi juga perlu menitik beratkan kandungan posting untuk manfaat semua pengikut. 

Tambahnya, inluencer juga perlu menikmati hidup tanpa bimbangkan jumlah "likes" atau komen yang diterima. 

"Media sosial ada baik dan buruknya. Kita perlu menikmati kehidupan tanpa bimbangkan keselarasan garis masa, bilangan likes dan komen," tulisnya.


Nikmati hidup di luar juga!
Foto: Instagram

Dia juga bimbang dengan penyakit mental yang dihadapi ramai orang muda yang dikatakan berpunca daripada penggunaan Internet. 

"Saya lihat ramai influencer muda yang terlalu menitikberatkan hal itu berbanding info dan kandungan yang sepatutnya disampaikan kepada pengikut. 

"Kadar depresi dalam kalangan generasi muda sekarang juga amat membimbangkan dan saya fikir social media memainkan peranan juga.

"Sepanjang tujuh tahun saya menggunakan Instagram, ia menakutkan kalau saya fikirkan semula," katanya. 


Jaga kesihatan mental dalam menggunakan social media. Foto: Instagram

Dia juga berpesan supaya semua influencer menikmati kehidupan di luar dan jangan terlalu memikirkan reaksi netizen. 

"Bergembiralah dan terima keburukan. Paling utama, hargai kehidupan sebenar di luar media sosial. Kemudian, barulah muat naik di IG." 

Ada betulnya juga pesan Vivy ni, kan? Walaupun kehidupan zaman sekarang banyak tertumpu kepada jejak kita di Internet, ada baiknya juga kita menikmati hidup di luar tanpa perlu memikirkan sangat tentangnya. 

Tak perlu hiraukan sangat kata-kata netizen dan acik bawang, asalkan kita bahagia! - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 16-8-2019 12:12 PM
cantik sangat tin vi ni
Quote diggerr 16-8-2019 12:43 PM
Betul jugak dia cakap
Quote LadyCarefree 16-8-2019 01:26 PM
Xleh ah tngok mulut itik tu
Quote Artemesiaa 16-8-2019 03:11 PM
Attention seekers je suka post benda mengarut
Quote naz.wani 16-8-2019 09:23 PM
{:love{:love{:love{:love
Quote mohdcrow 16-8-2019 10:32 PM
Ig mula2 dulu mmg tmpt nak tgk photographer2 share gambar cantik2

Yang merosakkan ig org cam lu la dengan post gambar2 muka sendiri...

Tetiba nasihat budak2 baru lak
Quote hyie 17-8-2019 01:54 AM
kalau dulu kita ada blog, sekarang IG. Sama konsep, tetapi lebih moden.
Quote ReginaGeorge 17-8-2019 10:08 AM
Post pertama I tengah memanjat pokok derian.
Quote ketambangkang 18-8-2019 08:52 AM
ada class dia ni
Quote eizarz 18-8-2019 02:29 PM
anak scammer...tu je nak ckp
Quote Foxey 19-8-2019 10:26 PM
Takde IG pun
Quote Mmchoc 21-8-2019 02:34 AM
Make sense vivy.. tq
Quote Mmchoc 21-8-2019 02:35 AM
Make sense vivy.. tq
Quote tipuware 10-9-2019 07:55 PM
eizarz replied at 18-8-2019 02:29 PM
anak scammer...tu je nak ckp

.. Bukan menantu ke? Rsnya parents suami vivy ni yang org pernah bercerita psl scammer
Quote Kitty_catz 11-9-2019 08:58 AM
Huk elek minah neh.. sndiri pun henpon berjahit kat tangan.. lg mau advise

Ace ko walk the talk tinbo.. off ig ko tuh or best delete ur account

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.051969 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top