CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 10 Tahun Dah Berani 'Payung' Badan Di Media Sosial Demi Wang

28-8-2019 11:12 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9739| Komen: 42|Original author: intan

Description: Baru 10 tahun dah berani 'payung' badan di media sosial demi wang, ibu bapa diminta pantau anak-anak
Anak adalah anugerah. Semakin besar anak-anak semakin besar cabaran yang perlu dilalui ibu-bapa dalam mendidik anak-anak.

Tambahan di zaman arus teknologi yang mencabar ini, kanak-kanak serta remaja semakin terdedah dengan pengaruh media sosial. Jadi sebagai ibu-bapa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar dan mendidik anak-anak supaya tidak terpengaruh dan hanyut dalam mengejar populariti.


Pantaulah kegiatan anak-anak kerana menurut kajian, gajet seperti telefon pintar sudah mula diberikan sejak umur mereka seawal 8 tahun. 

Yang lebih membimbangkan, kanak-kanak perempuan di kalangan umur 10-14 tahun terutamanya kini lebih 'berani' menayangkan tubuh badan di media sosial kerana wang. Malah ada yang lebih ekstrim, sudah berani tayang alat sulit sendiri untuk tatapan kaki bahan lucah. Sebagai balasan, kanak-kanak ini diberi ganjaran dalam bentuk 'points' yang kemudian boleh ditukar kepada wang ringgit.


Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak ini dilaporkan aktif men'jaja' diri di media sosial menggunakan aplikasi BIGO LIVE.

Pertubuhan IKRAM yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Fadhil Othman telah melancarkan sebuah gerakan IKRAMTeens yang berfungsi mendedahkan masyarakat umum terutamanya ibu bapa tentang kepentingan memantau aktiviti anak-anak di media sosial.




Menurut pemantauan di aplikasi seperti BIGO LIVE dan WeChat, gerakan pertubuhan sosial ini telah menemui sekumpulan kanak-kanak seawal umur 10 tahun aktif bersiaran langsung di aplikasi ini sehingga 8 jam sehari pada hujung minggu.

"Yang menyedihkan apabila kanak-kanak ini berpakaian lengkap ketika mula bersiaran kira-kira jam 8 malam sebelum hanya memakai kain 'cukup syarat' membaluti tubuh sekitar jam 2-4 pagi.."

Istilah seperti 'payung' dan 'sawer' mudah difahami kanak-kanak perempuan terutamanya yang mempunyai maksud tersendiri dimana kanak-kanak ini diminta untuk beraksi dan mendedahkan bahagian tubuh tertentu asalkan tidak berbogel untuk meraih pendapatan.

Sehubungan dengan isu ini, Fadhil telah menggesa dan meminta kerjasama penuh ibu bapa untuk lebih terbuka membincangkan mengenai pendidikan seks kepada anak-anak sejak kecil dalam usaha mengurangkan kes seperti ini.

Apa pendapat anda? Mungkin kerajaan patut mengambil langkah drastik dengan mengharamkan aplikasi seperti ini kerana ianya lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Kongsikan pendapat anda kepada kami. - CARI 

3

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kualibesi 28-8-2019 11:32 AM
scary dan risau weh. ada anak perempuan plk tu, terasa cabaran nya
Quote chicozinn 28-8-2019 11:37 AM
Allahu, makin risau lak aku ngan zaman skang ni..anak aku umo 2 thun kalu nmpak mak pak pegang hp slagi xbagi kat dia slagi tu dia akn hempas2 badan ke lantai..aku memang xnak bagi tapi terpaksa la dukung dia lama2..hmmmm
Quote Foxey 28-8-2019 11:38 AM
Budak2 zaman sekarang memang advance. But parents must be firm in ensuring the safety of their children, perhaps selalu monitor fon anak2, limitkan penggunaan, etc sebab kita tak tahu dengan siapa depa berinteraksi di luar sana. Takut jatuh ke perangkap paedophiles je
Quote nononcrux 28-8-2019 11:39 AM
Allahu jauhkan lah ankku dari mende ngarut gini
Quote Artemesiaa 28-8-2019 11:40 AM
Kanak2 zaman sekarang bukan macam kanak2 zaman dulu kadang mereka lebih mahir guna applikasi telephone berbanding ibubapa mereka.  Bila ibubapa kurang buat pantauan tak hairan kalau ada yang sampai jadi sebegini.
Quote seri_mawr 28-8-2019 11:49 AM
stresss nya berita2 gini....

parents kena ada law n regulation la klu mcm gini gayanya....
after 6 or 7 no handphone will be allowed...
handphone saturday n sunday at home only..day time only tu pun x boleh dari pagi sampai ptg..maybe 2-3 hours jek...
nak keluar kena dgn parents...no buddy2 time dgn friend...


kita beriya2 kontrol kat rumah sat gi dapat kawan x guna...

gi sekolah cikgu pun dah ada yg pedo..
duk dgn pengasuh kang...pengasuh lak kerjakan anak2..

payah2...takkan nak kurung anak dlm rumah pulak...

oh masyarakat semua...please la...tolong lah besarkan kanak2 ni dalam zone yang selamat...
di rumah...di luar rumah...
knp lah ramai sgt yang jahat dlm dunia ni...

Quote umbut 28-8-2019 12:21 PM
Haramkan je... aku yg dah tua ni pun xda apps weechat bigo bagai.. ntah apa2...

Quote julia5094 28-8-2019 12:30 PM
apa fungsi bingo tu semua..macamana boleh dpt duit dgn aplikasi tu...saja curious ni..
Quote shamsadis 28-8-2019 12:33 PM
budak2 Russia yang banyak buat macam ni, 5 tahun kebelakangan dahulu
Quote mizruncing 28-8-2019 12:37 PM
despite my son is boy still ade jgk rasa tak senang aty bila peredaran zaman skrg ni makin canggih
Quote Supersirap 28-8-2019 12:45 PM
Perlu adanya pantauan daripada semua pihak terutama dikalangan ibu dan bapa
Quote keds 28-8-2019 12:47 PM
Semoga penyakit akhlak dijauhkan dari Kita semua.
Quote ell768 28-8-2019 12:58 PM
seri_mawr replied at 28-8-2019 11:49 AM
stresss nya berita2 gini....

parents kena ada law n regulation la klu mcm gini gayanya....

betul tu...aku anak2 leh guna hp wiken je..itu pun lepas buat homework semua...lg 1..hp drg link dgn hp aku..apa drg buat ke tgk ke semua aku tau..hahahaha mana mau lariiii..
Quote matamata 28-8-2019 01:53 PM
Benda ni mcm like kat fb dan insta jugak, dan credit mcm kat forum...tak blh tukar dg duit pun, tp cukup utk jadikan manusia kadang2 bersikap tak berperikemanusiaan hanya utk like atau thumb up...semua perungkat umur pun terjebak dgn benda ni, medium je yg berbeza....kalau tak takdela wujud perkataan "batak viral"....kita blh tgk kalau ada kejadian eksiden cthnya....instead of menolong masing2 keluarkan hp nak amik vid pastu post kat fb sbb nak jadi org pertama viral...
Quote slavehunter 28-8-2019 02:33 PM
Ada sesetengah mak bapa bila kita tegur dia sentap. As if none of your bisness gitu....jadi kita nak tegur pun rasa tak berani nanti bermasam muka.
Quote diggerr 28-8-2019 02:51 PM
Mana hilang maluuu
Quote seri_mawr 28-8-2019 02:53 PM
ell768 replied at 28-8-2019 12:58 PM
betul tu...aku anak2 leh guna hp wiken je..itu pun lepas buat homework semua...lg 1..hp drg link d ...

mcm mana link hphone anak dgn hphone kita tu..?

Quote seri_mawr 28-8-2019 02:54 PM
keds replied at 28-8-2019 12:47 PM
Semoga penyakit akhlak dijauhkan dari Kita semua.

aminnn...

Quote ikanmasin 28-8-2019 02:54 PM
akk doakan semoga anak2 kita semua dilindungi dan dijauhi
dr benda2 mcm ni..zmn skrg ni sgt2 mencabar utk membesarkan
anak2..zmn terlebih pintar anak2.moga2 ibubapa kuat dan sentiasa
hati2 dan kawal anak2.ibubapa ada ada hak utk check hp anak2 memasing..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061116 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top