CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tuan Rumah Pemalu - 'Rider Grabfood' Hantar Makanan Kena Guna Kod Rahsia

31-8-2019 10:15 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10808| Komen: 50|Original author: natrahn

Description: Kerjaya sebagai penghantar makanan sebenarnya membuka peluang khususnya kepada generasi muda untuk menambah pendapatan serta memperbaiki kehidupan mereka.Setiap pekerjaan ada cabarannya termasuklah me ...


Kerjaya sebagai penghantar makanan sebenarnya membuka peluang khususnya kepada generasi muda untuk menambah pendapatan serta memperbaiki kehidupan mereka. 

Namun begitu, setiap pekerjaan ada cabarannya. Risiko semasa dijalan raya sememangnya antara salah satu cabaran yang dihadapi oleh para riders. Malah ada juga riders berdepan dengan risiko disamun seperti yang viral baru-baru ini. 

Lain pula kisahnya dengan riders GrabFood ini. Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berdepan dengan insiden yang kelihatan agak pelik dan melucukan. 

Apabila tiba di rumah pelanggan, beliau mendapati tuan rumah tidak membuka pintu dan meninggalkan nota sahaja. 




"Dear delivery man, do not call when you are here. Please just leave the food at the door. 
(Knock three times and shout ah hoo) we will collect it ourselves. We are very shy family. Thanks"

Alasan tuan rumah tidak mahu membuka pintu adalah kerana mereka merupakan keluarga yang sangat pemalu. Namun penghantar makanan tersebut tetap melakukan tugasnya dengan amanah dan menurut sahaja arahan yang ada pada nota.

Perkongsian yang dibuat itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka telah meninggalkan komen yang pelbagai berdasarkan video yang dimuat naik.


Sebahagian daripada mereka turut sama berseloroh mengenai nasib yang menimpa rider GrabFood itu dan ada juga yang membuat andaian berkemungkinan keluarga tersebut sememangnya mempunyai masalah introvert.


Setengah warganet turut meninggalkan komen-komen nakal.




Pekerjaan ini mungkin dianggap mudah bagi sesetangah pihak namun cabaran yang perlu ditempuh penuh berliku. Nampaknya ini adalah salah satu dari 'cabaran' tersebut. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 31-8-2019 10:21 AM
Lah? Ni pun issue? Iols selalu je order foodpanda n grabfood, letak note siap siap masa order kat rider to just leave the food kat luar rumah or atas rak kasut. Sebab iols malas nak pakai tudung etc.. n lagi mudah sebab dia pun tak payah nak tunggu iols terhegeh hegeh buka pintu
Quote shernazz 31-8-2019 10:49 AM
Iols xpenah lagi order foodpanda n grabfood..
Iols tertarik dgn iklan dahmakan..
Cm sedap je...
Quote sarah82 31-8-2019 12:37 PM
Jitra tak ada food panda or grab food.. Kalau x aku pelanggan setia m aku jadi pelanggan setia bonet lauk bergerak
Quote batmana 31-8-2019 12:47 PM
jgn ada kes bunuh dlm rumah tu sudah,
pembunuh tgh gigih kerat mayat, taknk org kaco
Quote mizzmimi 31-8-2019 12:51 PM
Ntah2 penjenayah
Quote mirandanicky1 31-8-2019 01:22 PM
Muka rider tu mcm zizan razak hihi
Quote missinpiece 31-8-2019 02:21 PM
Kot2 retis ke, xnak org tau umah
Yg penting dah baya harga makanan
Quote CikB 31-8-2019 02:28 PM
prizadane replied at 31-8-2019 02:21 AM
Lah? Ni pun issue? Iols selalu je order foodpanda n grabfood, letak note siap siap masa order kat ri ...

kan, senang mcm tu kadang2 malas nk keluar mcm tu lah...nk kena pakai tudung la apa dulu...rider pun x payah tunggu kita lama2
Quote Perawankota 31-8-2019 02:29 PM
shernazz replied at 31-8-2019 10:49 AM
Iols xpenah lagi order foodpanda n grabfood..
Iols tertarik dgn iklan dahmakan..
Cm sedap je...

Dah makan tu food dia rasa lebih ke arah Chinese style sikit.
Quote mbhcsf 31-8-2019 02:33 PM
ok lah lain kali suruh nyanyi  ba baa black sheep have you any wool....
Quote sukacactus 31-8-2019 02:48 PM
sarah82 replied at 31-8-2019 12:37 PM
Jitra tak ada food panda or grab food.. Kalau x aku pelanggan setia m aku jadi pelanggan setia bonet ...

Loq staq ada food panda kan. Dia xcover jitra skali ye?
Quote sarah82 31-8-2019 03:15 PM
sukacactus replied at 31-8-2019 02:48 PM
Loq staq ada food panda kan. Dia xcover jitra skali ye?

Tak ada ke jitra.. Huhuhu.. Tapi kat jitra byk homemade seller yg boleh COD.. Ada seller ni dia akan mai kat rumah kita dan pilih lauk sendiri..
Quote sukacactus 31-8-2019 03:42 PM
sarah82 replied at 31-8-2019 03:15 PM
Tak ada ke jitra.. Huhuhu.. Tapi kat jitra byk homemade seller yg boleh COD.. Ada seller ni dia ak ...

Ooo...tunggu la setahun dua lg ada la kot tu

Quote sarah82 31-8-2019 03:45 PM
sukacactus replied at 31-8-2019 03:42 PM
Ooo...tunggu la setahun dua lg ada la kot tu

Mungkin la.. Setahun 2 lagi kalau masih di jitra.. Hahaha.. Lagipun homemade food Jitra boleh tahan sedap.. Boba milk baru ni beli rm5 + rm1 caj delivery.. Not bad la utk seller kecik.. Sedap.. Boleh lawan tealive.
Quote Patronus 31-8-2019 03:47 PM
sarah82 replied at 31-8-2019 03:15 PM
Tak ada ke jitra.. Huhuhu.. Tapi kat jitra byk homemade seller yg boleh COD.. Ada seller ni dia ak ...

Ni lg best, blh pilih lauk
Quote sarah82 31-8-2019 03:54 PM
Patronus replied at 31-8-2019 03:47 PM
Ni lg best, blh pilih lauk

Ada 2 seller yg buat style open bonet bergerak.  Seorg jual lauk pauk + nasi. Dan seorg lagi aneka makanan dan kuih muih.. Both cover alor setar jitra.. Sedapp.. Harga berpatutan.. Utk 1 bekas nasi kerabu yg ayam besar gedabak harga rm6.

Malam pulak dari nasi arab sampai ke makananan panas ala siam.. Semua boleh delivery sampai pukul 2 am.

Mlm jitra lebih meriah dari alor setar tau.
Quote shernazz 31-8-2019 05:20 PM
Perawankota replied at 31-8-2019 02:29 PM
Dah makan tu food dia rasa lebih ke arah Chinese style sikit.

Betul.la..
Iols.tgk.balik
Alahai..sedap plak sebab iols suka nasik..hahahaa
Quote natrahn 31-8-2019 05:40 PM
sarah82 replied at 31-8-2019 03:15 PM
Tak ada ke jitra.. Huhuhu.. Tapi kat jitra byk homemade seller yg boleh COD.. Ada seller ni dia ak ...

heavenya...sediakan ongkos ja..hari2 tak yah masak
Quote sarah82 31-8-2019 05:45 PM
natrahn replied at 31-8-2019 05:40 PM
heavenya...sediakan ongkos ja..hari2 tak yah masak

Hahaha.. Mmg jarang masak.. Sbb tok sy jaga hanya minum susu.. Sy pulak berdua saja dgn dia.. Jadi mmg beli hari2.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.064505 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top