CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sayalah Yang 'Culik' - Video Kanak-kanak Diculik Hanya Lakonan

3-9-2019 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3187| Komen: 9

Description: Misteri penculikan kanak-kanak di Kota Bharu akhirnya terjawab apabila seorang lelaki tampil 'mengaku' terbabit dalam insiden itu.
Misteri penculikan kanak-kanak di Kota Bharu akhirnya terjawab apabila seorang lelaki tampil 'mengaku' terbabit dalam insiden itu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai sebuah rakaman tular yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun beruniform sekolah diculik di Jalan Kebun Sultan, semalam.


Berikutan itu, pemandu Perodua Viva putih berkenaan tampil mengaku sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kejadian.


Kredit foto: Sinar Harian

Abdullah Aqili Romeli, 28, berkata, insiden itu hanyalah lakonan filem pendek semata-mata yang dihasilkan sebuah badan bukan kerajaan dari Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

“Saya adalah pelakon yang membawa kereta Perodua Viva dalam rakaman tersebut dan kejadian itu bukan penculikan sebenar, sebaliknya hanya dirakam untuk tujuan pertandingan filem pendek yang dianjurkan Kementerian Penerangan.


“Rakaman yang tular berdurasi 19 saat tersebut pula adalah sebahagian daripada sedutan filem yang keseluruhan berdurasi tiga minit 20 saat berkisarkan tentang perkauman,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah akui langsung tidak tahu-menahu mengenainya sehinggalah melihat video berdurasi tiga minit 20 saat itu sendiri, semalam.

Katanya, dia berasa bertanggungjawab untuk meredakan kegusaran akibat salah faham itu.

“Saya hanya berlakon dalam filem berkenaan dan dibayar dengan sejumlah wang tunai. Mengenai sedutan culik yang dimuat naik sehingga mengundang kebimbangan tersebut, saya tidak tahu dan hanya boleh mengesahkan rakaman itu adalah lakonan dan bukan kes culik sebenar.

“Saya juga tidak tahu sama ada ia adalah taktik promosi atau tidak dan saya sendiri terkejut apabila banyak laman yang berkongsi rakaman tersebut hingga disalah erti kepada kejadian culik sebenar, padahal hanya berlakon,” jelasnya. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 3-9-2019 05:32 PM
Kalau tgh shooting mesti ada krew kat situ...
Quote Skuau 3-9-2019 05:36 PM
ini dah cam 'seniman bujang lapok'
Quote sarahmirza 3-9-2019 06:58 PM
Mana video?
Quote imransulaiman 4-9-2019 07:58 AM
krustykrab: Kalau tgh shooting mesti ada krew kat situ...


Filem pendek untuk pertandingan. Bajet ciput. Mungkin macam amateur yang upload kat YouTube tu. Sebab tu tak ramai crew.
Quote mieymiey 4-9-2019 09:23 AM
Jurukamera ko ker yang rakam ni? Atau orang lain yang tak tau ko tengah shooting?
Quote BlueRose99 4-9-2019 09:28 AM
Share lah link video..
Quote ketambangkang 4-9-2019 09:34 AM
ade chance la menang sbb vid dh viral..ke mmg tu tujuan dia?
Quote zulka 4-9-2019 09:49 AM
krustykrab replied at 3-9-2019 05:32 PM
Kalau tgh shooting mesti ada krew kat situ...

yg rakam tu la krew nye...
Quote Artemesiaa 4-9-2019 11:56 AM
Eloklah dah buat kenyataan untuk elak salah faham.  Ialah orang budget ciput mana nak ada budget untuk hire ramai crew

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060853 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top