CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Wow, Sadonya!' - Kimberly Legget Dari Ratu Cantik Malaysia Ke Atlet Bina Badan

5-9-2019 11:53 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10145| Komen: 26|Original author: Sang_Pencinta

Description: ‘Wow, Sadonya!’ - Kimberly Legget Dari Ratu Cantik Malaysia Ke Atlit Bina Badan
Mungkin anda masih mengingati gadis Eurasian kelahiran Pulau Pinang, Kimberley Leggett, 26 tahun atau Kimmy yang pernah memenangi Miss Malaysia 2012 dan mewakili negara kita ke Miss Universe yang berlangsung di Las Vegas pada tahun yang sama. 




Kredit foto: Missosology



Kini gadis ayu lemah gemalai itu mengejutkan ramai apabila telah bertransformasi menjadi sado dan kini aktif menyertai pertandingan bina badan.


Selesai mewakili Malaysia, Kimmy telah melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne, Australia dan mendapat ijazah dalam bidang Komunikasi Media dan Pengajian Skrin. 


Kredit foto: Instagram



Ketika berada di negara tersebut, beliau mula berjinak-jinak dengan aktiviti berunsur kecergasan, sehinggalah mendapat Sijil Kecergasan dan Nutrisi yang melayakkannya menjadi jurulatih. Beliau juga sempat menjadi model bagi beberapa iklan fitness.



Kredit foto: Instagram



Kini, menerusi akaun Instagramnya (@kimmyleggs), nampaknya Kimmy beralih arah ke bidang sukan bina badan pula, dan tak hairanlah beliau sudah memiliki badan berotot yang semakin sado.

Sabtu lalu, Kimmy telah mengikuti pertandingan bina badan pertamanya, IFBB Bikini Competition di Australia. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, tetapi Kimmy dilihat mempunyai potensi besar dalam sukan itu.



Kredit foto: Carian Google


Nampaknya, jika Kimmy kembali ke negara ini, beliau ada harapan untuk mencipta sejarah sebagai wanita pertama mewakili Malaysia dalam dua bidang berasingan; Kecantikan dan Bina Badan.

Tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada Kimberly Legget, Miss Universe Malaysia 2012! - CARI 


Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 5-9-2019 12:03 PM
Sado tapi still feminine
Quote dua_chzy 5-9-2019 12:05 PM
Cantik lagik sheols sekarang berotot2 gituh banding dulu.
Quote Boomibulat 5-9-2019 12:07 PM
Semoga dapat dikerjakan kimberly...
Quote Artemesiaa 5-9-2019 12:10 PM
Yang ni membolehkan beliau masuk banyak pertandingan berbanding dulu
Quote miemiecha 5-9-2019 12:15 PM
peha dia...
(sambil tgk peha sendiri)
(T_T)
Quote kabukiman 5-9-2019 12:26 PM
Boomibulat replied at 5-9-2019 12:07 PM
Semoga dapat dikerjakan kimberly...

Hamboiii kaww....

Moga berjaya. Kipidap and dongibab
Quote VioletsAre_Blue 5-9-2019 12:34 PM
Sado ke mcm tu? Akak ingat macam atlet wanita crossfit.. Tapi badan macam ni sesuai untuk wanita, tak terlalu berotot
Quote yeos2 5-9-2019 12:35 PM
miemiecha replied at 5-9-2019 12:15 PM
peha dia...
(sambil tgk peha sendiri)
(T_T)

terus i scroll balik atas...

Quote miemiecha 5-9-2019 12:38 PM
yeos2 replied at 5-9-2019 12:35 PM
terus i scroll balik atas...

peha dia santekk
peha mek, bila duduk terus nampak segi 4
camnehhhh!!!!
Quote zacEfron 5-9-2019 12:38 PM
kemutan nya mesti power
Quote RatuDunia94 5-9-2019 01:16 PM
Sado lagi Nana Al Haleq
Quote Kurex 5-9-2019 01:23 PM
Mesti nek da makan hati
Quote matchstick 5-9-2019 03:31 PM
Mcm ni cantik lg.. Jgn sampai jadi obsess nk sado jadi buruk pulak kang
Quote Sang_Pencinta 5-9-2019 03:36 PM



sadonya
Quote Sang_Pencinta 5-9-2019 03:36 PM


Quote umbut 5-9-2019 03:55 PM
Sabrina wife wira dani pun body fit cantik mantap tegap..
Quote Sang_Pencinta 5-9-2019 06:53 PM
Untitled12.png

Makin berani pulak dia
Quote gideoncross 5-9-2019 11:44 PM
Gmbr yg tunjuk butt tu mcm dh nak twerking.
Quote gideoncross 5-9-2019 11:45 PM

Mcm ada iras Gigi Hadid.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.184672 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top