CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas 13 Tahun, Yusry & Erra Kembali Bergandingan Atas Pentas!

12-9-2019 10:35 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 24647| Komen: 97|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Siapa tak ingat kisah Yusri dan Erra suatu ketika dahulu di mana perkahwinan mereka pernah diangkat sebagai 'Wedding of the Year' kerana kemeriahannya.
Siapa tak ingat kisah Yusri dan Erra suatu ketika dahulu di mana perkahwinan mereka pernah diangkat sebagai 'Wedding of the Year' kerana kemeriahannya. 

Bahkan, rakyat Malaysia turut menyambut hari gembira itu kerana seronok melihat pasangan yang mula-mula bercinta dalam filem, benar-benar berpasangan dalam realiti.



Kredit foto:  Blog

Pun begitu, panas tidak sampai ke petang apabila mereka mengumumkan perpisahan dan membawa haluan masing-masing. 

Selepas itu, Erra berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan anak perempuan bernama Engku Aleesya, tetapi hubungan mereka juga terputus sekerat jalan. Manakala, Yusri berkahwin dengan Lisa Surihani dan dikurniakan dua cahaya mata.

Tapi, tak sangka selepas hampir 13 tahun tidak digandingkan bersama, baru-baru ini mereka berdua bertemu kembali dalam satu pentas yang sama iaitu All Stars Buka Panggung (ASBP). 


Yang seronoknya apabila Yusry merupakan peserta, manakala Erra Fazira pula adalah juri utama.


Kredit foto: Youtube

Walau bagaimanapun masing-masing bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan hal peribadi dengan kerja. Bagi Yusry, pertemuan bersama bekas isterinya adalah disebabkan tuntutan kerja dan tidak perlu dijadikan isu.

Erra juga menyambut baik kehadiran Yusry dalam rancangan tersebut dan sudah dapat menebak bahawa mereka akan tetap bertemu pada suatu masa memandangkan kedua-duanya berada dalam industri yang sama.

Para netizen tak terlepas mengimbau kenangan zaman mereka mula-mula bercinta iaitu semasa filem 'Kuliah Cinta' dan 'Mr Cinderella'. Nostalgia betul!


Kredit foto: Youtube

Cerita dah lama, masing-masing pun dah buka buku baru. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-9-2019 10:55 AM
Program apa ni
Quote chinta89 12-9-2019 10:59 AM
mmg sepadan sgt deols ni dlu.

Btw satu hari nt ade la tu gandingan anak2 yusry-lisa dan anak erra ni kat mana2 majalah. yg beli plk bakalan acik2 yg sempat ngn zmn kegemilangan mereka.
Quote chinta89 12-9-2019 11:00 AM
diorang kapel yg sgt secocok dlu.

lps ni ade la tu cover majalah anak erra bsama anak2 yusry-lisa.
yg beli plk opkos team uols yg sempat ngn zaman kegemilangan deols hehe
Quote kucingitam 12-9-2019 11:16 AM
buatla yusry, awie dan hans isaac jadi peserta...haa gitu..
shahir? takyah la..semak je..
Quote Teru2Bozu 12-9-2019 11:19 AM
kucingitam replied at 12-9-2019 03:16 AM
buatla yusry, awie dan hans isaac jadi peserta...haa gitu..
shahir? takyah la..semak je..

jangan tertinggal yengku yemran.. hahaha..
Quote YomiuriLandMae 12-9-2019 11:20 AM
iols speku masa artis2 ni sign contract asterok x bgtau pun yg missfake akan jadi juri.. so bila dukun dpt tau tu yg terus tarik diri tu konon kata clash dgn another schedule.. kalo ikutkan pelik la sblm kau sign tu x check btol2 ke schedule kau..

then nak jd citer pnggil la si yuci jd scape goat demi sesuap rating murahan asterok utk naikkan program ni since dukun dah tarik diri.. so yuci pun agreed la (tp iols tatau la time dia decide nak replace dukun tu dia tau x kewujudan missfake dlm program tu)..

sbb tu asterok beriya nak letak dukun dkt first episode so bole jd element kezutann gitew.. so kiranya ni game asterok je la senanye nak boomkan rating.. pstu dkt PC defend konon x nak rendahkan martabat artis2 professional.. chooyyy!!
Quote cheezzy 12-9-2019 11:22 AM
Alahai couple pling cocok sepanjang zaman. Syg jodoh x panjang
Quote kucingitam 12-9-2019 11:24 AM
Teru2Bozu replied at 12-9-2019 11:19 AM
jangan tertinggal yengku yemran.. hahaha..

yemran jadi produser la

Quote misuke 12-9-2019 11:36 AM
aku suka dua2 ni... muka sejuk gitu.. sayang jodoh x panjang... tp it's ok la... yuci pn dah bahagia gila dgn lisa....
Quote virgo19 12-9-2019 11:37 AM
Yusry ni sangat jaga hati lisa kan, komen dia pun simple dan straight je. Ingat lagi masa yusry dan lisa buat videoclip lagu alifsyukri, alif tersalah sebut yusry dan erra, cepat2 yusry usap2 kepala lisa, taknak lisa terasa hati. Untung lisa dapat laki mcm yusry ni..
Quote adeqbun 12-9-2019 12:18 PM
virgo19 replied at 12-9-2019 11:37 AM
Yusry ni sangat jaga hati lisa kan, komen dia pun simple dan straight je. Ingat lagi masa yusry dan  ...

serius ke ..wahhh bagusnye yusri..untung lisa
Quote qusairy 12-9-2019 12:21 PM
virgo19 replied at 12-9-2019 11:37 AM
Yusry ni sangat jaga hati lisa kan, komen dia pun simple dan straight je. Ingat lagi masa yusry dan  ...

kan nampk yusry ni laki yg penyanyang... yg rugi missfakelah.
Quote jalfa 12-9-2019 12:28 PM
Missfake dah Tak jadi trademark miss patah ke.....tiber ratu sanjungan plak jadi missfake...hahaha..yusry layankan aje..
Quote edoraixora 12-9-2019 12:33 PM
Erra ni sedari dulu muka dia mmg tebal kan.
Demi sesuap nasi & popularity
Quote jijana 12-9-2019 12:40 PM
Ye..rugi ratu..
yusry ni nmpk sisi lelaki yg baik dan penyayang..huntung giler lisa dijodohkan ngan lelaki mcm yusry..x bukak aib ex wife..x berdendam..
Quote wordlife 12-9-2019 12:44 PM
apooo tetiba dpt gelaran MissFake plak
Quote Denco 12-9-2019 12:56 PM
tu la dpt lak baik dimain2kan ...pdn la muka si missfake, mmg muka tebal jah

tah2 bangga kot sume lelaki dia dh rasa

10 thn lagi kerepot la jd stock2 nenek
Quote huehue 12-9-2019 01:18 PM
Kekeliruan meolls baca missfake sbb missfake selalunya kakajurah jah. Ni dah tukar title ke acik dona ni ke?
Quote fa1982 12-9-2019 02:25 PM
Gigih beli magazine kawen diorang ni dulu sebab katanya wedding of the year/decade kan. Tapi sayangnya jodoh x panjang

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.115319 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top