CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rupanya Hutan Seluruh Dunia Sedang Terbakar" - Menakutkan! Peta Ini Tunjuk Titik Panas Bumi

20-9-2019 04:49 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 12448| Komen: 46|Original author: natrahn

Description: Seperti semua sedia maklum, fenomena jerebu sedang melanda negara kita dan dari ini dilaporkan semakin serius dengan beberapa lokasi mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat meningkat.Ramai mengaitkan ...


Seperti semua sedia maklum, fenomena jerebu sedang melanda negara kita dan dilaporkan semakin serius dengan beberapa lokasi mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat semakin meningkat.

Ramai mengaitkan asap jerebu yang melanda negara hari ini berpunca dari kebakaran hutan lebih 1000 hektar di Kalimantan, Indonesia.

Kerajaan Indonesia nampaknya dilihat kurang tegas menangani isu ini kerana peristiwa ini berulang tahun demi tahun tanpa tiada titik noktah malah keberatan untuk menerima bantuan daripada Malaysia.

Kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia - Astro Awani


Bumi sedang 'terbakar'. Bukan hanya di Indonesia sahaja berlaku kebakaran besar tetapi titik-titik panas ini terdapat di negara lain sehingga mengakibatkan ratusan hektar hutan musnah terbakar.

Anda boleh lihat sendiri secara 'real time' kebakaran hutan di seluruh dunia melalui Global Forest Watch Fires.


Titik-titik panas seluruh dunia - Global Forest Watch Fires
  Titik- titik panas di Indonesia dan Kuching, Sarawak, Malaysia - Global Forest Watch Fires 

Suhu panas melampau mencetus kebakaran hutan di Sepanyol dan semakin merebak ke Madrid.

Sepanyol berdepan masalah kebakaran hutan ketika suhu kekal meningkat akibat gelombang panas yang melanda Eropah. - Foto Reuters

Tidak hanya di Sepanyol, kebakaran hutan di Greece mengakibatkan kemusnahan besar dari segi harta benda dan nyawa manusia.

Media tempatan Greece menggambarkan kebakaran hutan di Athens itu sebagai 'tragedi negara', - Astro Awani

Sementara itu, kebakaran hutan di Turki memusnahkan lebih 500 hektar tanah di Izmir, memudaratkan hidupan liar dan memusnahkan tanaman dan pokok.

Api dan asap menjulang tinggi ketika para pemadam kebakaran berusaha memadamkan api yang membakar hutan di wilayah Tasagil, Antalya, Turki. 


Paling tidak boleh dilupakan ialah kebakaran hutan Amazon yang menjadi paru-paru dunia, terbakar lebih 900 hektar tanpa mampu dipadamkan.

Gambar udara dikeluarkan oleh Greenpeace menunjukkan kawasan kebakaran hutan hujan Amazon di perbandaran Altamira, Para Negeri, Brazil. - Foto AFP

Semua kejadian-kejadian kebakaran besar ini berlaku sekitar Julai hingga September yang mengakibatkan dunia semakin panas. Bumi semakin musnah akibat tangan manusia sendiri. 

Aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain menyebabkan pemanasan global berlaku. 

Pemanasan global menyebabkan bumi mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal, mewujudkan titik-titik panas seterusnya mencetuskan kebakaran hutan dan akhirnya fenomena jerebu berlaku.

Kredit Foto - Alhijrah News - IPU Putrajaya turut mencatat bacaan tidak sihat sehingga menyebabkan 25 buah sekolah diarah tutup

Sifat segelintir manusia yang mudah terlupa dan leka akan tanggungjawabnya terhadap alam sekitar serta mementingkan keuntungan sendiri telah mengundang padah dan berbalik kepada manusia itu sendiri. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-9-2019 04:56 PM
Kebanyakan bermula akibat tangan2 manusia sendiri
Quote CikNano 20-9-2019 04:58 PM
Betul tu. Rosak angkara manusia juga..jgn la nak sembang kencang psl sustainable development
Quote moonbug 20-9-2019 05:01 PM
Sedihnya. Kesian haiwan yang mati terperangkap dalam kebakaran hutan
Quote minguk 20-9-2019 05:07 PM
image betul ke? takutnya
Quote awaynepian 20-9-2019 05:13 PM
Allahu..kita makin sampai ke penghujung
Quote KIM.K 20-9-2019 05:18 PM
Mengurangkan kandungan oksigen dalam atmosfera
Tingkatkan ketidak stabilan ekosistem
Tingkatkan suhu persekitaran
Quote diggerr 20-9-2019 05:23 PM
Quote watie79 20-9-2019 05:51 PM
Quote Perawankota 20-9-2019 05:52 PM
Takutnya tgk..
Quote natrahn 20-9-2019 06:05 PM
minguk replied at 20-9-2019 05:07 PM
image betul ke? takutnya

Ye awak..boleh check kat sini Global Forest Watch Fires
Quote hyie 20-9-2019 06:10 PM
apa maksud kebakaran di Amazon TAK MAMPU dipadamkan ye?
Quote natrahn 20-9-2019 06:18 PM
hyie replied at 20-9-2019 06:10 PM
apa maksud kebakaran di Amazon TAK MAMPU dipadamkan ye?

Presiden Brazil Brazil kekurangan sumber untuk mengekang kebakaran tersebut...
Dia slow padam kebakaran tu n tolak campur tangan asing


http://www.astroawani.com/berita-dunia/dukacita-kebakaran-tak-berakhir-puak-pribumi-amazon-berserah-kepada-kuasa-alam-216519

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1171168&extra=

http://www.astroawani.com/berita-dunia/titis-hujan-tak-mampu-padamkan-raksasa-api-amazon-216078





Quote MissVixen 20-9-2019 06:22 PM
Kenapa negara ni angkuh nak terima bantuan? Indon dengan brazil ni fikir ego sebelum nyawa rakyat, haiwan dan tumbuhan. Kesian tengok binatang2 tu.
Quote merrissa 20-9-2019 06:37 PM
manusia tebang pokok...

tapi manusia juga yang habiskan juta2 an wang utk research mcm mn nak turunkan suhu kat city...

dasar kapitalis
Quote CiliPadiSedap 20-9-2019 06:55 PM
fikir merah tu coverage 4g maxis
Quote tunangku 20-9-2019 07:19 PM
Geli tengok peta tu bila zoom in..merah2
Btw salute dgn thailand xda bakar2
Quote tripleid 20-9-2019 07:50 PM
Sbb tu ak cash kan jah bila europe pulau sawit buatan nusantara nih..dh terang2 tebang bakar utan beribu hektar utk tanam sawit,pastu x ngaku.sustainable farming my ass
Quote SalenaGomez 20-9-2019 10:17 PM
Sg pernah baca pasal asap ni dan ad dukhan...wallahualam...kita doakan semoga kita semua terselamat
Quote mast3rshad0w 20-9-2019 10:31 PM
ni semua tanda nak kemarau panjang 3tahun sptmana dlm hadis pesanan nabi saw bab akhir zaman ni

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.932528 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top