CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Bengkak, Muka Lebam - Bapa Dera Anak 3 Tahun

26-9-2019 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5045| Komen: 28

Description: Lelaki berusia 39 tahun ditahan selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia tiga tahun di sebuah kediaman di Bukit Payung, Marang.
Lelaki berusia 39 tahun ditahan selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia tiga tahun di sebuah kediaman di Bukit Payung, Marang.

Sumber berkata, penahanan itu dibuat sebaik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima aduan berhubung kes pengabaian dan penderaan terhadap mangsa jam 1 tengah hari, semalam.



Gambar Hiasan

Memetik Harian Metro, tiga pegawai yang datang untuk melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan terpaksa menunggu hampir setengah jam kerana suspek enggan membuka pintu.

“Hasil pemeriksaan, terdapat seorang kanak-kanak sedang duduk di atas tilam dengan keadaan mulutnya bengkak selain lebam muka.

“Kanak-kanak itu dibawa ke Pejabat JKM untuk tindakan lanjut dan satu laporan dibuat di Balai Polis Bukit Payung di sini 1.45 tengah hari hari sama,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Amran @ Muhammad Zaki Omar mengesahkan suspek direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - CARI

2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissCarcosa9753 26-9-2019 04:28 PM
Pelik sangat Negeri trg ni
Quote Kurex 26-9-2019 04:28 PM
Meh sini kurex campak kau dekat sarang semut api!!!!
Quote fliphair8 26-9-2019 04:44 PM
ngape ngan jantan negeri ni? sakitnyaaa otak aku baca...
Quote Pink_Purple 26-9-2019 04:49 PM
mesti bapa penagih dadah..
Quote suleyna 26-9-2019 04:54 PM
Kesian anak...3 tahun tak tahu apa2...baru nk kenal dunia...stress weyyy dgr cite2 gini
Quote Rainrein 26-9-2019 05:02 PM
Kalu dah perangai tu cam haram tolong jangan membiak boleh x?
Quote royaldanish 26-9-2019 05:11 PM
Tak dpt duit beli dadah anak jadi mangsa kena dera.. cilaka
Quote missus_meow 26-9-2019 05:14 PM
sorang lg sakit mental. maknye di mana?
Quote matchstick 26-9-2019 05:19 PM
nasib baik ada orang awam yg concern dan JKM cepat bertindak
Quote mejaputih 26-9-2019 05:47 PM
Aktif bwtul wartawan ganu..byk info kita tahu..tapi info2 tersbut sgt menakutkn
Quote Foxey 26-9-2019 05:52 PM
Pick your own size la jantan oiy. Budak kecik macam tu memang la tak melawan.
Quote umbut 26-9-2019 06:04 PM
Minggu ni ganu mendunia..
Quote MissLana 26-9-2019 06:52 PM
Ganu adalah negeri darul IMAN
Quote syaz_lina 26-9-2019 07:01 PM
Babinya bapak. Tk nak bela meh bg aku anak tu
Quote arm_band 26-9-2019 07:14 PM
eeiiii stress aku baca berita penaya budak ni laaa.. again, ganu lagi. update lepas ni: bapa positif dadah
Quote nenekglamer 26-9-2019 07:37 PM
Lelaki ganu mmg ramai xsenonoh or wartawan ganu yg rajin buat keje?
Quote ajinomotonosuga 26-9-2019 10:32 PM
fliphair8 replied at 26-9-2019 04:44 PM
ngape ngan jantan negeri ni? sakitnyaaa otak aku baca...

Tak elok seterotype gitu..jantan iis jantan..tak kire negeri

Takut nnanti bila deal orang ganu ko terrrrbawak negative vibes ko tu ..ok

Klo ko knai nature jantan..ko takkan kata gitu

Ko caya tak kucing jantan bunuh anak sendiri..yg jntn..caya?  kenapa?

Napa Dr Gray..buat buku..larissss polohan juta..translate polohan bahasa dunia..tajuk buku MEN FROM MARS..WOMEN FROM VENUS!! Napa?

Aku kasi satu contoh dah..ok

Pompuannnn..expressive..depa tak pendam rasa...bebel tu mmg hobi kut haa

Lelaki bottling in..pendam..tunggul..dinding..blurred..simpan pendam je rasa dia..ok?

So 2 keadaan berbeda tapi dua tu manusia

Ntah dia marah kat boss keje..nk lawan tokleh..takut kne buang keje so pendammm rasa marah..balik ntah dia lepaskan kat anak bini..adaaa tak gini?

Ok?
Quote sarahmirza 26-9-2019 10:49 PM
Ganu lagi..
Tak habis2...
Quote purplish2017 26-9-2019 11:02 PM
apa nak jadi zaman skang. nk marah2 budak pun xsampai hati.hmmm

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055482 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top