CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Biadab! - Kereta H Langgar Lari Sebab Nak Elak Tol

10-10-2019 11:07 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4756| Komen: 11|Original author: natrahn

Description: Kredit foto: TwitterMy_CrimeWatchSatu video berdurasi 46 saat tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Honda Jazz melanggar belakang sebuah kenderaan yang didakwa cuba mengelak daripada membayar ...

Kredit foto: Twitter My_CrimeWatch

Satu video berdurasi 46 saat tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Honda Jazz melanggar belakang sebuah kenderaan yang didakwa cuba mengelak daripada membayar tol.


Pemandu Honda Jazz tersebut dikecam teruk oleh warganet kerana sikapnya itu.



Malah segala maklumat mengenai pemandu Honda tersebut telah didedahkan oleh warganet termasuk rekod samannya. Kehebatan warganet memang tidak dapat disangkal lagi. 






Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kemalangan terbabit berlaku di Plaza Tol Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie jam 4.56 petang,

Siasatan awal mendapati Honda Jazz dipandu lelaki berusia 27 tahun dari lorong Touch N Go di sebelah kanan mengubah laluan ke lorong RFID.  Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan difahamkan Perodua Kelisa terbabit calar di bahagian 'bumper' akibat kemalangan itu. 

Namun begitu,  pemilik Perodua Kelisa berkenaan Mohd Syazme Mohd Ilias, 35 berasa kesal kerana pemandu Honda Jaaz tersebut tidak memberhentikan kenderaan untuk meminta maaf.

Beliau turut membuat laporan polis kerana kecewa dengan tindakan pemandu itu melarikan diri.

Macam-macam perangai pelik manusia zaman sekarang ini. Pakai kereta mewah tapi tak mampu pula nak bayar tol.- CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 10-10-2019 11:27 AM
duplicate thread...org dah berkuntum kat benang bawah nie

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1176788&highlight=honda
Quote natrahn 10-10-2019 01:08 PM
msdummy.2018 replied at 10-10-2019 11:27 AM
duplicate thread...org dah berkuntum kat benang bawah nie

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=vi ...

Allah..ya ka...
Quote buragazz 10-10-2019 01:53 PM
Biasa nye kete yang lari tol ni kereta klon... cuba check bebetul..
Quote raxief 10-10-2019 06:27 PM
buragazz replied at 10-10-2019 01:53 PM
Biasa nye kete yang lari tol ni kereta klon... cuba check bebetul..

tapi yang ni ada bank loan sangkut.. jarang kereta klon boleh loan bank
Quote natrahn 10-10-2019 10:01 PM
raxief replied at 10-10-2019 06:27 PM
tapi yang ni ada bank loan sangkut.. jarang kereta klon boleh loan bank

saman banyak, ansuran bulanan tertunggak, pastu ada warganet cakap  driver ada kes pukul pak guard tahun 2016
Quote nanies 11-10-2019 12:44 PM
nk byr tol takde duit. isi minyak ada pulak duit ko ye? ke sejenis g station minyak pastu curi minyak kete lain yg tgh isi?
Quote natrahn 11-10-2019 02:45 PM
nanies replied at 11-10-2019 12:44 PM
nk byr tol takde duit. isi minyak ada pulak duit ko ye? ke sejenis g station minyak pastu curi minya ...

dia beli kete ada bajet untuk isi minyak je awak.. bayar ansuran n tol takde...
Quote buragazz 14-10-2019 12:34 PM
raxief replied at 10-10-2019 06:27 PM
tapi yang ni ada bank loan sangkut.. jarang kereta klon boleh loan bank

Ooo ok.. sebab kat office aku ni lebih dari lima kereta kitaorang kene klon pastu PLUS dok call2 hantau surat bagitau kereta kitaorang lari dari toll nasin baik pertuduhan tu kitaorang ada bukti CCTV
Quote fushimi 14-10-2019 01:15 PM
apa susah pergi la cari kasi lunyai

baik sangat pun susah
Quote renko 14-10-2019 02:57 PM
basiii daahhh
Quote raxief 14-10-2019 03:05 PM
buragazz replied at 14-10-2019 12:34 PM
Ooo ok.. sebab kat office aku ni lebih dari lima kereta kitaorang kene klon pastu PLUS dok call2 h ...

memang serious kes kereta klon ni.. kat pengerang/desaru ni, polis kejar kereta klon tu, sampai kereta klon tu terbabas masuk longkang sbb nak lari.. yg bongoknya, owner kereta klon tu pun polis (polis bantuan)

dlm masa berapa bulan je, polis & jpj rampas hampir 10 biji kereta klon kat area pengerang ni.. ada tu aku kenal pemiliknya.. siapa x goyang kalau org offer kau kereta jazz, wish, lancer gt, airtrek RM10-15K je.... tapi kalau fikir panjang, kalau kena sita & dakwa kat mahkamah, tak memasal..

ada 2 kereta kawan aku jadi mangsa klon gak.. 1 kereta honda es kantoi sbb geng2 H ni nampak kereta pakai no plet kwn aku kat tempat lain.. satu lg toyota wish kwn aku, cikgu org klate ngajar di jhr ; kawan dia kat klate call ajak lepak sbb nampak wish dia kat KB, pdahal dia kat jhr, menggelupur balik rumah cari kereta masa main badminton mlm tu, pdahal lepas maghrib, kereta masih ada lg kat umah, takkan kena curi, pukul 10 dah ada kat klate kan.. rupanya kereta klon pakai no plet dia

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.165482 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top