CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Bukan Gimik Murahan' - Erra Fazira Terkejut Shahir Sanggup Terima Lamaran

10-10-2019 12:07 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9897| Komen: 25|Original author: Sang_Pencinta

Description: ‘Bukan Gimik Murahan’ - Erra Fazira Terkejut Sharir Sanggup Terima Lamaran
Dalam diam rupanya selepas lama menunggu lamaran dari pihak lelaki, Erra Fazira, 45, pula yang buka langkah dengan menghantar lamaran kepada lelaki yang pernah mempunyai hubungan dengannya, Shahir Zawawi, bekas juara Akademi Fantasia.


Apa pula ceritanya ini? Rupanya lamaran itu hanyalah sebagai penampilan istimewa dalam video muzik lagu terbaru Erra bertajuk Menangkah Cinta.



Kredit foto: Carian Google


Menurut Erra memberitahu MStar dalam satu siding media, pemilihan itu bukanlah satu gimik murahan tetapi dibuat selepas mendapat kata sepakat daripada semua pihak untuk memilih artis yang sudah dikenali untuk berdamping dengannya dalam video itu.

'Mulanya nak pilih Datuk Awie memandangkan kami ada projek bersama tahun depan tetapi jadual tidak sesuai' kata Erra. Nama lain juga disebut-sebut seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak. 


'Akhirnya Shahir menjadi pilihan' kata Erra lagi.


'Awalnya Shahrir menolak jadi Ungku Ismail jadi pilihan tetapi tiba-tiba Ungku Ismail pula ada halangan dan Shahrir pula bersetuju jadi pengganti di saat akhir' tambahnya lagi. 



Kredit foto: Berita Harian


Menurutnya lagi, beliau terkejut apabila Shahir menerima lamarannya. Umum tahu mereka pernah mempunyai hubungan cinta tetapi telah putus awal tahun ini. Video muzik itu mula dimuatnaik di Youtube jam 8 malam ini (Rabu) sebagai hadiah terbaru dari Erra kepada peminat setelah lama tidak mengeluarkan lagu baru. 


Adakah ini petanda kasih antara Erra dan Shahrir bakal bertaut semula? Kita nantikan.- CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 10-10-2019 12:21 PM
Sedap lagu dia tp mcm feeling 90an pula
Quote kiyudi 10-10-2019 12:21 PM
tajuk x menahan....nak jugak gimmik sendu.....
Quote Boomibulat 10-10-2019 12:33 PM
Tajuk yang sepatutnya..

'Shahir Terkejut Erra Sanggup Terima Lamaran walau xde job..'
Quote IzzahF 10-10-2019 03:21 PM
Berkedut2 dah kak era tapi masih lawa psl takde cucuk2 overdose
Quote chicozinn 10-10-2019 03:34 PM
da cm awi rafael lak si shahir bewak dari tepi..at least si gg besi da kurang nampak busuk skang
Quote fazila17 10-10-2019 03:51 PM
Tak sedap pun lagunya
Quote CiliPadiSedap 10-10-2019 03:54 PM
Vokal vokuru lg sedap didi and friend
Quote RatuDunia94 10-10-2019 04:12 PM
Cuba la model MV tu letak muka unknown people tp muka helok lah.. ni nak letak awie, shahir, uku ismail.. apooo?? Bosann
Quote haruslah 10-10-2019 04:15 PM
da bukak braces lom?
Quote meow_tompok 10-10-2019 05:38 PM
lagu tak sedap
letak pulak model laki muka x sedap

nasib baik erra cantik, layan la jugak VC tengok dia lilit2 tudung tu cantik jugak
Quote tomatome 10-10-2019 05:41 PM
Nampak kertu erra dlm vc tu.. yela da 40 lbh da jd emak.. shahir mcm biasa nmpk busuk
Quote LadyCarefree 10-10-2019 05:45 PM
Ewwwwww dedua
Quote Kakalongmu 10-10-2019 05:47 PM
Edited by Kakalongmu at 10-10-2019 05:49 PM

Cantik yerr sheols.. But, Releven lagi ker sheols??? Sora pun ke laut dalam...tak de ker model lain... Buat hilang mood kakalong nengok c gigi besi ni
Quote jargon 10-10-2019 05:59 PM
Tp tetap aku nk ngaku yg sahir ni hsem la jgk..
Quote toynme 10-10-2019 09:26 PM
ada voice lagi cik erra ni
Quote MarissaOberlin 11-10-2019 01:33 AM
Move on je la dari Shahir tuh. Ramai lagi nak kat u erra oi
Quote Afifi82 11-10-2019 02:43 AM
Masam & karat je rupa Shahir sekarang.
Quote silentreaaders7 11-10-2019 07:44 AM
iols xtaste dgn lagu sheols .
Quote adeqbun 11-10-2019 09:01 AM
nk komen 1 je..lawo gile rumah tu..obesi ke kat msia

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052545 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top