CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Tidak Mengaku Sebut 'Barua' Depan Tun Mahathir

10-10-2019 11:02 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5922| Komen: 27|Original author: Tukang Tulis

Description: Perkataan sebenar yang disebut adalah 'maruah'.
Detik dalam rakaman video ketika Anwar Ibrahim menyebut perkataan yang mencetuskan kontroversi kepada Dr. Mahathir Mohamad. Kredit foto: KiniTV

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak menyebut perkataan 'barua' di hadapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 6 Oktober lalu.

Memetik laporan Astro Awani pada 9 Oktober, Ahli Parlimen Port Dickson itu sebaliknya mendakwa beliau sebenarnya menyebut perkataan 'maruah'.

"Ada kontroversi hanya kerana saya menyebut maruah, dan ada yang mengatakan saya sebut barua. Saya takkan sebut perkataan itu (barua) di hadapan Mat Sabu dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

"Namun tidak mengapalah, itulah politik," katanya dalam  Persidangan Kepimpinan Apex di Bangsar.

Dr. Mahathir Mohamad bergurau dengan Anwar Ibrahim. Kredit foto: Facebook

Baru-baru ini, tular rakaman video dalam media sosial yang memaparkan Anwar bergurau dengan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dengan mengatakan Dr. Mahathir kelihatan lebih bersemangat selepas menghadiri Kongres Maruah Melayu.

Dalam rakaman video tersebut, kedengaran Anwar seperti berkata: "Sejak balik daripada Kongres Maruah ini (Tun Dr. Mahathir) lain macam" sambil diperhatikan oleh Mohamad.


Dr. Mahathir pula kelihatan seperti tidak mempedulikan kata-kata Anwar dan terus mengemaskan meja di hadapannya.

Khairuddin Abu Hassan. Kredit foto: Facebook
Namun, Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Anwar menyebut 'Kongres Barua' yang dipercayai merujuk kepada Kongres Maruah Melayu.

"Mungkin Anwar kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal cuma mendapat jemputan di saat-saat akhir," katanya.

Mungkin khidmat pakar forensik audio diperlukan untuk menentukan apakah perkataan sebenar yang disebut oleh Anwar. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 10-10-2019 11:04 AM
Lantak hampalaa.. aku dengo kongres cam gsmpang jsh
Quote mizzmimi 10-10-2019 11:12 AM
dia memang sebut barua pon. siapa la ko nak tipu bang ketum oi.
Quote Kurex 10-10-2019 11:13 AM
ada porumer kata "biarlah, asalkan tun jadi pm".. aku cuma reply aduhai sebab kesian dgn pemikiran macam tu
Quote fliphair8 10-10-2019 12:04 PM
moh melantak popcorn sampai kembong till next PRU....
Quote EmaAsmadi 10-10-2019 12:28 PM
Maruah dengan barua tu sama je. Kisah pulak
Quote Ina8895 10-10-2019 01:02 PM
Yang konfem dia penah cakap SAYA ULANGGGG!!!
Quote TOPwind 10-10-2019 02:00 PM
dalam Video memang LANTANG dia sebut baruah memandang kepada TUN M

if  TUN M takde  masa PRU-- PKR bungkus
Quote Forfoxache 10-10-2019 02:03 PM
Datuk sri butoh kariruddin ni rambut cam anjing
Quote najib888 10-10-2019 02:03 PM
Walaupun aku tak suka anwar ni, bila aku play rewind,  play rewind klip video tu, dia memang sebut “maruah” bukan barua..
Quote dizekni 10-10-2019 02:07 PM
Report polis lagi la gayanya

Video tulen pun tak dapat disahkan pelaku

inikan pulak mulut Nuat

Quote Abg_Zek 10-10-2019 02:30 PM
Rasanya dia sebut maruah...tapi bunyi sikit2 macam barua....kan style anwar cakap lain macam sikit...tu yang bunyi lainnn....ntahla Labu
Quote Teru2Bozu 10-10-2019 02:36 PM
yang aku prasan, Tun macam tak hiraukan dia.
Quote Eric.n9 10-10-2019 02:48 PM
Edited by Eric.n9 at 10-10-2019 02:49 PM
Teru2Bozu replied at 10-10-2019 02:36 PM
yang aku prasan, Tun macam tak hiraukan dia.


Tun tak dengar atau buat2 tak dengar
Quote haruslah 10-10-2019 02:50 PM
siannnn dia nih

tazabar betul
Quote hussaini4675 10-10-2019 03:27 PM
Dah lama dia tunggu nak jadi pm. 21 tahun kot
Quote Loloq89 10-10-2019 03:47 PM
die sebut barua la
Quote Simunggu 11-10-2019 09:46 AM
politik...
Quote pulauturtle 11-10-2019 09:49 AM
Mmg pun atuk tu barua. Mg sepadan dgn rupanya
Quote SWORKS27 11-10-2019 09:51 AM
aku tak paham betul la...hanpa dok sokong puja ratib anwat ni apa pasai...?
dah tak relevan dia ni..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.333789 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top