CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sayu, Budak 3 Tahun Teman Ibu Kais Sampah

14-10-2019 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13184| Komen: 219

Description: Meskipun baru berusia 3 tahun, namun kanak-kanak ini Nuramanina sanggup berkorban dengan setia menemani ibunya, Farah Idayu Mohd Shah, 29 menyelongkar sampah untuk menambah pendapatan.Memetik laporan ...
Meskipun baru berusia 3 tahun, namun kanak-kanak ini Nuramanina sanggup berkorban dengan setia menemani ibunya, Farah Idayu Mohd Shah, 29 menyelongkar sampah untuk menambah pendapatan. 


Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak ini terpaksa beralah kerana dua adiknya yang masih berusia setahun dan empat bulan memerlukan perbelanjaan besar dan perhatian lebih. 

“Makan kami bercatu sampai orang beri ayam busuk pun kami goreng makan, kadangkala tambang teksi ke hospital pun saya terpaksa tebalkan muka meminjam dengan jiran tetangga.

Foto: Harian Metro

“Jadi, saya rela selongkar tong sampah cari apa yang boleh dijual kerana saya bimbang jika tak anak-anak susah nak makan apatah lagi anak sulung, saya kasihan dia membesar tak macam orang lain badan semakin kurus sampai orang cakap saya tak pandai jaga anak.


“Kadangkala saya rasa anak sulung terabai, tetapi dia pandai berdikari...pandai ambil makanan sendiri dan rajin bantu saya," luah Farah Idayu. 

Katanya lagi, anak keduanya Nurfatihah menghidap masalah jantung  Tetralogy of Fallot dan perlu mengambil susu khas. 

Mankala adiknya Nuraisyah pula mengidap masalah jantung berlubang. 

Menurut ibu muda ini lagi, suaminya hanya bekerja sebagai pembantu pasar malam dan tiada pendapatan tetap. 

Foto: Harian Metro
“Pakar mengesahkan tiada lagi harapan buat Fatihah (anak kedua) kerana keadaannya kini 50-50, malah tiada ubat dan rawatan dapat dilakukan di Malaysia.

“Semakin membesar dia akan mengalami banyak komplikasi dan kerap masuk hospital kerana membiru, tidak boleh terkena panas dan pengsan kerana lemah imunisasi," katanya. 

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Ambank 8881031641971. - CARI 


Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 14-10-2019 09:56 AM
muda lg, dh anak tiga, pas ni sila cerdik sikit, guna period calender utk cret dalam... klu idak mau dekat 8 menjelang 40an nti
Quote seri_mawr 14-10-2019 10:03 AM
sedihnya cerita ni.....


ni dekat dengan kampung aku ni....manakah alamat detailnya....boleh pegi hantar apa2 yang patut....

ujian Allah x sama...
mereka di uji dgn kesempitan hidup...

apapun anak dia comellll ya amat yang perempuan besar tu....

Quote krieysa 14-10-2019 10:09 AM
Comel comel anak dia ..
Quote Peterpan17 14-10-2019 10:13 AM
manehnya replied at 14-10-2019 09:56 AM
muda lg, dh anak tiga, pas ni sila cerdik sikit, guna period calender utk cret dalam... klu idak mau ...


kisah biasa kat Msia. dah tau susah tp tetap beranak tiap tahun

@whitemusk
Quote awanearisu 14-10-2019 10:19 AM
Yang penting makanan tak putus. Biasanya masjid-masjid ada sediakan bank makanan. Susu khas tu yang agak susah sedikit. Harap ada NGO atau individu yang sudi taja bekalan susu khas untuk anak yang sakit itu.
Quote Eric.n9 14-10-2019 10:19 AM
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:13 AM
kisah biasa kat Msia. dah tau susah tp tetap beranak tiap tahun

@whitemusk

Kelaziman mereka2 ini. Anak2 tu rezeki katanya.
Tak berani nak komen lebih2, nanti dihencap umah.

Cuma aku pelik, kenapa ayam busuk pun makan, tak pasal2 makin sakit anak tu nanti
Quote Peterpan17 14-10-2019 10:23 AM
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:19 AM
Kelaziman mereka2 ini. Anak2 tu rezeki katanya.
Tak berani nak komen lebih2, nanti dihencap um ...

konsep anak itu rezeki ummah meleis sd  byk lari terpesong. anak ramai bersusun mcm paku kononnya rezeki tp hidup meminta minta
Quote Eric.n9 14-10-2019 10:29 AM
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:23 AM
konsep anak itu rezeki ummah meleis sd  byk lari terpesong. anak ramai bersusun mcm paku kononnya  ...

Ramai lupa, yang anak2 tu bukan setakat rezeki, tapi amanah dari yang Memberi.Mampu atau tidak untuk menjaga amanah tu?.
Ramai terlupa, kena tengok dari kemampuan diri, kewangan keluarga, kesihatan isteri dan pandai atau tidak mengurus keluarga.



Quote Peterpan17 14-10-2019 10:33 AM
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:29 AM
Ramai lupa, yang anak2 tu bukan setakat rezeki, tapi amanah dari yang Memberi.Mampu atau tidak unt ...

exactly!!! derang ni ingat makbapak yg zalimi anak begini tak berdosa ke. amanah yg di beri to di sia sia kan
Quote Peterpan17 14-10-2019 10:34 AM
Suchi replied at 14-10-2019 10:32 AM
Iols geram nak komen kat metro tadi tapi takut kena serang acik bawang plak.

Anak dia yg sulong t ...

confirmlah beranak lg tahun depan. anak tu rezeki konsep org mcm ni walau makan ayam busuk
Quote white_musk 14-10-2019 10:34 AM

Hantar pil pencegah pun berguna juga
Quote white_musk 14-10-2019 10:35 AM
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:19 AM
Kelaziman mereka2 ini. Anak2 tu rezeki katanya.
Tak berani nak komen lebih2, nanti dihencap um ...

Bermakna ayam busuk itu lah rezeki

faham nggak?
Quote Eric.n9 14-10-2019 10:39 AM
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:33 AM
exactly!!! derang ni ingat makbapak yg zalimi anak begini tak berdosa ke. amanah yg di beri to di  ...

Tambah skit lagi, takut ramai yg silap paham,
Mmg lah anak2 tu rezeki, kan dan ditentukan ada rezeki utk anak tersebut.
Tapi klu mak bapak tak cari rezeki utk anak2 tu takdenya sampai rezeki tu.
Ini berbalik kepada bab pengurusan keluarga tadi, huhuhu.

Quote seri_mawr 14-10-2019 10:40 AM
white_musk replied at 14-10-2019 10:34 AM
Hantar pil pencegah pun berguna juga

knp pulak nak hntar pil tu....huhuhu...kan ada bgi thu tu anak dia kena minum susu khas...susu yang x khas pun dah mahal...apatah lagi susu khas..anak dia dua2 sakit tu kesian pulak aku bacanya....

sometimes bila org tu kurang pendidikan...mereka akan kurang kesedaran pasal pil pencegahan kehamilan ni....
level of education tu memainkan peranan penting dlm membuat keputusan dan plan kehidupan...

laki dia buat kerja kan...pastu sabtu ahad buat keje jugak...

entah la....apa boleh di tolong...tolong...




Quote manehnya 14-10-2019 10:42 AM
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:13 AM
kisah biasa kat Msia. dah tau susah tp tetap beranak tiap tahun

@whitemusk

ye lah anak tu rezeki, tp menzalimi anak2 pun satu bentuk kekejaman jugak okeh

pliz laa guna otak tu, jgn guna konek je bapak pun
Quote Peterpan17 14-10-2019 10:45 AM
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:39 AM
Tambah skit lagi, takut ramai yg silap paham,
Mmg lah anak2 tu rezeki, kan dan ditentukan ada rez ...

tulah, meminta minta lbh mudah bg derang sebab mesti ramai yg kesian. psl tu aku tak pernah bg ikan pd org mcm ni. aku bg joran supaya derang blh cari mkn sendiri bukan meminta minta, percayalah, ramai yg sentap dgn konsep aku buat ni. ayat klise, blm kena batang hidung sendiri. mcmlah aku bukan dr family susah, tp aruah pak aku dgn mak tak pernah meminta minta. derang kerja cari duit. apa apa kerja janji halal. bukan meminta minta tanpa buat apa apa
Quote white_musk 14-10-2019 10:46 AM
Golongan ugamawan tidak pernah menegur golongan sebegini
jadi ia menyusahkan semua orang.
Quote Peterpan17 14-10-2019 10:49 AM
manehnya replied at 14-10-2019 10:42 AM
ye lah anak tu rezeki, tp menzalimi anak2 pun satu bentuk kekejaman jugak okeh

pliz laa guna ot ...

post kita sama. anak rezeki tp menzalimi anak pun mak pak ada share dosanya. ini ramai ummah melayu tak faham
Quote anony-mous 14-10-2019 10:51 AM
Baru nak kesian bila tgk ibunya pangku baby terus turn off. Org mcm gini dah boleh kot pisahkan mak n ank. Kasi peluang utk ank ubah hidup. Kasi dkt org2 kaya yg nk ank / ank angkat. Sb mak nya jenis xfaham maksud amanah tu apa

Lihat semua komen(219)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.258971 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top