CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO Janji Akan Hidupkan Kembali Utusan

18-10-2019 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3396| Komen: 25

Description: Susulan penutupan operasi akhbar Utusan Melayu baru-baru ini, UMNO berjanji akan menghidupkan semula akhbar itu.Memetik laporan Malaysiagazette, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menejlaskan ...
Susulan penutupan operasi akhbar Utusan Melayu baru-baru ini, UMNO berjanji akan menghidupkan semula akhbar itu. 

Memetik laporan Malaysiagazette, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menejlaskan akhbar itu merupakan perjuangan kepada parti UMNO selama ini. 


Oleh itu, Utusan akan muncul dalam bentuk baharu yang mengambil kira model bisnes yang lebih sihat. 

Kredit foto: carian internet

“Penutupan Utusan Melayu adalah satu peristiawa malang. UMNO telah menyuntik dana puluhan juta sejak 2017 dan yang terbaharu belasan juta.

“Kita akan hidupkan balik, itu perjuangan kita namun dalam bentuk lain sebab sebab Utusan Melayu membawa hutang terlalu banyak.


“Dari segi bisnes, lebih baik memulakan sesuatu yang baharu kerana ia lebih sihat,” kata beliau yang turut menegaskan UMNO sesekali tidak pernah meminggirkan syarikat itu.

Katanya lagi, selain kehilangan tempat bergantung daripada UMNO selepas kerajaan BN kalah pada PRU14, syarikat itu turut lambat melakukan transformasi berbanding syarikat media lain. 

“Kita sedang siapkan model bisnes untuk memulakan operasi baharu. Namun VSS kakitangan yang tidak dibayar, kita akan suruh selesai dahulu.

“Utusan Melayu ini sebenarnya ada kakitangan yang bagus,” katanya lagi. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • zarasofia


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 18-10-2019 05:18 PM
Amende la orang tua ni. Cakap belit2
Quote KIM.K 18-10-2019 05:28 PM
UMNO you left utusan to die
Takkan semua benda Syed Bukhary kena selamatkan
Heols nampak bitter masa beli utusan. Can't blame him
Quote Boomibulat 18-10-2019 06:04 PM
Semoga  berita ni akn memberikan sedikit harapan buat ex-utusan..
Quote misuke 19-10-2019 10:46 AM
hidupkan la umno tu dulu. cantas la yg tua2 tu
Quote seramado 19-10-2019 12:17 PM
Hrp betul la {:thief
Quote jalfa 19-10-2019 12:29 PM
Macamna boleh tinggal hutang yg banyak..management la yg salah..asyik nak disunTik aje...akhbar lain elok bdiri sendiri
Quote silencekiller 19-10-2019 12:39 PM
suntik dana jaa cara nak setel problem... typical malaysian punya pemikiran.. pikiaq pendek utk workaround jaa bukan untuk permanent solution pun..

Donia dah berubah.. patot utusan ka apa kaa kena laa ikot aliran zaman tak boleh bergantung pada jualan newspaper kaa majalah ka apa kaaa... kalo tak nak berubah, biaq bungkus jaa sampai bila2..
Quote thetimes 19-10-2019 12:56 PM
Walk the talk
{:run {:run {:run
Quote pyropura 19-10-2019 01:03 PM
Mara digital pun tak mampu nak idopkan
Quote dino 19-10-2019 01:05 PM
KIM.K replied at 18-10-2019 05:28 PM
UMNO you left utusan to die
Takkan semua benda Syed Bukhary kena selamatkan
Heols nampak bitter ma ...

kan ke sbb akaun umno kena beku tu satu reason.. n gomen lahabat ph ni jugak stop iklan dlm paper utusan... stop langganan ofis juga.
Quote JohnnySins 19-10-2019 01:10 PM
dino replied at 19-10-2019 01:05 PM
kan ke sbb akaun umno kena beku tu satu reason.. n gomen lahabat ph ni jugak stop iklan dlm paper  ...

hang tengok dinosoq...kawan hang sembang pasai mara digital...wakakakakkaakkakakakakakakkaa
Quote dino 19-10-2019 01:21 PM
JohnnySins replied at 19-10-2019 01:10 PM
hang tengok dinosoq...kawan hang sembang pasai mara digital...wakakakakkaakkakakakakakakkaa

klau tak konar tak sah... apasal tak sbut... menuju sungai buloh.. 1mdb x1000
Quote JohnnySins 19-10-2019 01:32 PM
dino replied at 19-10-2019 01:21 PM
klau tak konar tak sah... apasal tak sbut... menuju sungai buloh.. 1mdb x1000

ltte tu umno yang bawak masuk...jangan konar2...wakakakakakakakkakaka
Quote ohnoLia 19-10-2019 02:09 PM
Ina8895 replied at 18-10-2019 05:18 PM
Amende la orang tua ni. Cakap belit2

Jika yg dulu pun telah gagal dipetahankan, cmnelah kita nak percaya yg baru or reboot
Quote KIM.K 19-10-2019 07:14 PM
Edited by KIM.K at 19-10-2019 07:16 PM
dino replied at 19-10-2019 01:05 PM
kan ke sbb akaun umno kena beku tu satu reason.. n gomen lahabat ph ni jugak stop iklan dlm paper  ...


U*NO ada banyak duit selain akaun tu. Program di kampung2 still jalan
Lepaskan utusan nak suruh sapa beli? Sekarang vow nak menjaga utusan plak

Quote dino 19-10-2019 07:17 PM
KIM.K replied at 19-10-2019 07:14 PM
U*NO ada banyak duit selain akaun tu. Program di kampung2 still jalan
Lepaskan utusan nak suru ...

bkn mslh sapa2 pun.. yg masih fikir bleh buat untung beli la haha

hutang berlambak... tu psl guna nama je.. company dah lain
Quote eldotts 19-10-2019 09:02 PM
Annuar Musa ni boleh percaya ka?? Duit MARA pun dia rembat, ada hati nak cakap tolong melayu.
Quote Al-Patih 20-10-2019 10:31 AM
“Kita akan hidupkan balik, itu perjuangan kita namun dalam bentuk lain sebab sebab Utusan Melayu membawa hutang terlalu banyak.
semput le.....
Quote pyropura 20-10-2019 11:13 PM
Umno kena idopkan dirinya dulu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048927 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top