CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Ditemui Mati Tertiarap Sambil Bertelekung, Ini Hasil Bedah Siasat..

30-10-2019 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8006| Komen: 32

Description: Semalam ada laporan mengenai seorang guru berusia 30-an yang ditemui meninggal dunia di atas katil di rumahnya Kampung Banggol, Jeneri.Memetik laporan Astro Awani, mangsa ditemui dalam keadaan tertiar ...
Semalam ada laporan mengenai seorang guru berusia 30-an yang ditemui meninggal dunia di atas katil di rumahnya Kampung Banggol, Jeneri. 

Memetik laporan Astro Awani, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih memakai telekung oleh suaminya dalam kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang.


Sebelum ini, dia dipercayai dibunuh oleh orang tak dikenali namun laporan terbaharu mendapati tiada unsur jenayah yang dikaitkan dengan kematiannya. 

Kredit foto: Awani

Malah, pihak polis mendapati kematian tersebut disebabkan Coronary Atherosclerosis (kegagalan arteri jantung).

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil bedah siasat juga mendapati tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 


Dalam kejadian semlam, mangsa dipercayai mati akibat dibunuh dan disamun ekoran terdapat kesan darah pada mulut mangsa selain keadaan bilik dalam keadaan berselerak. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-10-2019 06:52 PM
Mulut berdarah sbb terkena apa2 ke? Contoh bucu katil ke apa ke
Quote MissCarcosa9753 30-10-2019 06:54 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote epal21 30-10-2019 06:54 PM
Okay,sudah terjawab. Semoga rohnya dirahmati Allah.
Quote allhaillll 30-10-2019 06:57 PM
laci terbukak sebab cari ubat kot?
Quote kivio 30-10-2019 07:02 PM
Hmm muda2 lagi dah kene jantung
Quote Gomea 30-10-2019 07:39 PM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
Quote nazzse 30-10-2019 08:15 PM
So mana forumer yg speku laki dia yg bunuh tu?? Diam tak berkutik terus
Quote Catpaw 30-10-2019 08:29 PM
Innalillahhiwainnaialihirojiun, moga arwah ditempatkan dlm klgn org yg beriman
Quote addved 30-10-2019 08:35 PM
innalillahiwainnailaihirojiun, alfatihah.
kejamnya manusia itu.
Quote ikanmasin 30-10-2019 10:39 PM

innalillahiwainnailaihirojiun....
Quote anastasia7 30-10-2019 10:49 PM
Adakah bilik berselerak sbb dia cari phone nak call husband/ambulance atau mungkin cari ubat?
Quote misuke 30-10-2019 11:02 PM
Alfatihah.. semoga aman rohnya
Quote iloveselangor 30-10-2019 11:03 PM
Makan sedap sangat...buka Bonet Terus beli...macam forummer sorang tu

Cukup bangga Jitra Ada pelbagai jenis makanan seluruh dunia gitchew...
Quote iloveselangor 30-10-2019 11:03 PM
Makan sedap sangat...buka Bonet Terus beli...macam forummer sorang tu

Cukup bangga Jitra Ada pelbagai jenis makanan seluruh dunia gitchew...
Quote Pink_Purple 30-10-2019 11:19 PM
moga tenang di sana         
Quote clarizsa 30-10-2019 11:49 PM
Oh sakit jantung
Siannyaa
Takziah

Quote Orix 31-10-2019 12:21 AM
Kalo sakit jantung mmg boleh muntah darah ke acane
Quote Ninjamommy 31-10-2019 12:44 AM
Iols kenal arwah & laki dia. Both cikgu. Hidup aman2 jer. Yg speku x logik jemput anak lama tu memang merapu, sebab sekolah anak memang jauh. Bukan sekolah dekat rumah. Sian laki sheols sebab arwah meninggal tetiba. Anak pun sekolah tak abis lagi
Quote sfrnna 31-10-2019 07:27 AM
Innalillah. Muda lagi arwah ni.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045149 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top