CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Detik Bahagia Bertukar Tragis, Wanita Terjatuh 60 Kaki Dari Puncak Air Terjun Depan Kekasih

2-11-2019 09:30 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 7025| Komen: 48|Original author: Pink Lily

Description: Kisah tragis kematian seorang pendaki di Peak District, UK.

Kredit foto: Scallywag & Vagabond
Malang bagi seorang pendaki wanita apabila maut terjatuh dari ketinggian 60 kaki, beberapa minit selepas berkongsi detik-detik indah bersama teman lelakinya di puncak air terjun di Peak District, England. Menurut inkues, mangsa, Hannah Lowe dan teman lelakinya baru selesai berbual mengenai prospek membeli rumah pertama mereka yang akan dibeli keesokannya, sebelum wanita itu terjatuh.

Wanita berusia 29 tahun itu seorang yang berpengalaman mendaki dan pernah mendaki gunung-gunung tinggi di Britain bersama keluarga dan teman lelakinya, Adam Stanaway. 

Pasangan ini gemar mendaki bersama. Kredit foto: Mirror.co
Namun pada Hari Easter tahun ini - sehari sebelum hari jadi Adam yang ke-30, pasangan itu memutuskan untuk mengambil angin di Peak District bersama ibu dan adik Hannah bermula selepas tengahari. Selepas tiga jam, mereka tiba di puncak Kinder Scout dan mengadakan piknik keluarga sebelum Hannah dan Adam berjalan-jalan untuk mengambil masa bersendirian. 

Kredit foto: Mirror.co
Pasangan tersebut duduk di puncak Kinder Downfall dan berbincang mengenai masa depan serta impian membina rumahtangga mereka bersama, namun sejurus mereka bangun untuk meninggalkan kawasan itu, Hannah tergelincir dan terjunam hingga ke kaki air terjun. 

Dalam kenyataan yang dibacakan kepada koroner, Adam mengimbau kembali detik mengerikan itu apabila wanita yang dicintainya terlepas dari genggaman, walaupun dia telah cuba untuk menyelamatkannya. 

"Kami berjalan-jalan dan duduk di atas batu. Kami sangat gembira kerana merancang untuk membeli rumah keesokannya, iaitu pada hari jadi saya. Hanya beberapa minit kami berada di situ dan ingin bangun untuk pergi," katanya. "Hannah pusing dan hilang imbangan di celah-celah batu. Saya nak tarik begnya tapi tak sempat, lalu dia terjatuh. Saya memanggil ibu Hannah dan kami cuba turun tapi terpaksa naik semula."

Adam Stanaway telah cuba menyelamatkan Hannah. Kredit foto: Mirror.co
Adam diberitahu berita buruk tentang kematian kekasihnya itu 30 minit kemudian oleh pihak berkuasa yang selesai mencari Hannah yang meninggal akibat kecederaan otak yang parah. 

Melalui Instagramnya, Adam menulis: 

"Hari ini saya telah kehilangan buah hati saya, teman saya, kekuatan saya. Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan kesakitan yang saya rasai sekarang tapi saya bertuah dapat berkongsi masa kita bersama. Saya akan menghabiskan saki-baki kehidupan membuatkan kamu bangga dan menjadikan diri ini lebih baik. 

"...Saya sayangkan kamu selamanya, tidurlah sayang sehingga kita bertemu lagi." - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 2-11-2019 09:35 AM
Sianyaaa.. kawin ngan org lain la jwbbya.. dah takde jodoh
Quote Atata 2-11-2019 09:39 AM
Yerr kewww. Entah2 dia tolak
Quote EvieWanKenobi 2-11-2019 09:53 AM
berakhir sudah puncak cintaku..
Quote hiswife 2-11-2019 09:58 AM
Atata replied at 2-11-2019 09:39 AM
Yerr kewww. Entah2 dia tolak

Kenzz.. Mana la tahu
Quote Rogue98 2-11-2019 10:09 AM
Sedihnye.... takziah. Cantik nye gf dia.
Quote Kurex 2-11-2019 10:36 AM
Puncak kasih kita
Rendangnya oh seketika
Bagai cerita satu mimpi episod cinta..
Terpaksa aku redha
Walaupun dalam nyata
Kau merisik tanya
Tidakku percaya...
Quote nono86 2-11-2019 11:51 AM
Hmmm.. Tak tau nak kata.. Ajal maut ditangan Tuhan
Quote Supersirap 2-11-2019 12:44 PM
Putus sudah kasih sayang, semoga tabah menghadapi liku - liku kehidupan
Quote ReginaGeorge 2-11-2019 12:46 PM
Bayangkan kita di tempat wanita ni saat dia jatuh tuh.. Bayangkan ketakutan yang dia lalui saat jatuh tu.. Adakah kita sempat nak mengucap.. Astaghfirullah.. Tak dapat bayangkan saat saat akhir yang di lalui arwah..
Quote RatuDunia94 2-11-2019 01:45 PM
Atata: Yerr kewww. Entah2 dia tolak



Kann.. still kena siasat gak laki ni.. ada kemungkinan
Quote batmana 2-11-2019 01:50 PM
sana takde kfc, mcD ke apa? pi la dating sana

ni atas puncak, pasni klu bercouple, duk tepi tebing lava gunung berapi lak yea

dasar safety ke laut punya org..
Quote beta_carotene 2-11-2019 02:30 PM
RatuDunia94 replied at 2-11-2019 12:45 PM
Kann.. still kena siasat gak laki ni.. ada kemungkinan

Muka heols ada iras2 daddy sedap pembunuh haritu
Quote Zona2020 2-11-2019 02:31 PM
Atata: Yerr kewww. Entah2 dia tolak

Apa lah punya otak..dlm hati jin bergayut..
Quote beta_carotene 2-11-2019 02:32 PM
Kurex replied at 2-11-2019 09:36 AM
Puncak kasih kita
Rendangnya oh seketika
Bagai cerita satu mimpi episod cinta..

Sebelum kejadian, on the way naik katanya diorang berdua ada mengeluh, bukan mudah menyusur tangga ke angkasa oohh yeah.. Bukan mudah mengubah mimpi jadi realiti.. Apa pun jua bisa terbukti andai langkahmu tidak terhenti...
Quote tupaiterbang 2-11-2019 02:57 PM
Haruslah bf dia jadi saspek utama
Quote nobito 2-11-2019 03:02 PM
beta_carotene replied at 2-11-2019 02:30 PM
Muka heols ada iras2 daddy sedap pembunuh haritu

Hahahahaha...uolss NI buat meols tersedak....nak cakap benda sama jugak
Quote nobito 2-11-2019 03:05 PM
batmana replied at 2-11-2019 01:50 PM
sana takde kfc, mcD ke apa? pi la dating sana

ni atas puncak, pasni klu bercouple, duk tepi tebin ...

Mesti ko ingat deyols macam couple Meleis kannn jadikan McD tempat sweet2.

McD tu tempat meols makan Dan berak je.
Quote beta_carotene 2-11-2019 03:10 PM
nobito replied at 2-11-2019 02:05 PM
Mesti ko ingat deyols macam couple Meleis kannn jadikan McD tempat sweet2.

McD tu tempat meols  ...


Kann?? Ingat ni Kota Bharu ke orang dating kat McD KB mall bagai??
Quote CurangLagi 2-11-2019 04:39 PM
Kurex: Puncak kasih kitaRendangnya oh seketikaBagai cerita satu mimpi episod cinta..Terpaksa aku redhaWalaupun dalam nyataKau merisik tanyaTidakku percaya...

Tq kurex{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.237878 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top