CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buang Tuala Wanita, Pakaian Dalam Kemudian Pam Di Lubang Tandas. Ini Akibatnya!

6-11-2019 12:30 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9510| Komen: 46|Original author: intan

Description: Buang tuala wanita pakaian dalam kemudiam pam di lubang tandas, ini akibatnya!
Menjijikkan! Walaupun banyak kali dinasihatkan supaya tidak membuang pad ataupun tuala wanita dalam lubang tandas, namun masih ada yang berdegil dan masih melakukan perbuatan tersebut.


Dengan alasan, tandas rumah tidak pula tersumbat walaupun di pam ke dalam lubang najis tersebut. Perkara ini ternyata masih berlaku kerana kurangnya kesedaran sivik dalam jiwa masyarakat kini.

Hal ini telah dibangkitkan oleh seorang 'media influencer' iaitu Siti Hawa Mohd Nor ataupun lebih dikenali sebagai Siti Awe di laman media sosialnya, Twitter.


Dalam jamban rumah tak tersumbat tetapi menyusahkan di peringkat kumbahan

Menurut Siti, beliau terkejut kerana masih ada yang membuang tuala wanita yang telah digunakan ke dalam mangkuk jamban dengan alasan ianya najis dan tidak menyebabkan tandas tersumbat.

Namun, anggapan itu salah kerana syarikat yang menguruskan sistem kumbahan di Malaysia ternyata mengumpul banyak tuala wanita malah pakaian dalam dalam sistem kumbahan saban hari.

Ciapan tersebut telah mendedahkan bahawa masih ramai yang tidak cakna tentang kesan membuang barang-barang terbabit dalam masyarakat kita. Netizen rata - rata memberi respon mengenai isu tersebut.



Walaupun gel, tetap tidak larut dalam air

Malah, ada yang mencadangkan supaya memakai tuala wanita yang boleh dibasuh dan dipakai semula kerana lebih jimat dan 'environmental friendly'.


Dalam pada yang sama, diingatkan kepada semua bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk membuang benda - benda seperti tuala wanita, pakaian dalam malah puntung rokok sekalipun ke dalam lubang tandas. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-11-2019 12:35 PM
Buanglah dalam tong sampah kalau pam melalui tandas dan tersumbat lagi banyak kerja dan belanja yang terpaksa kekeluarkan.  Tak perlu jadi malas untuk itu.
Quote shernazz 6-11-2019 01:50 PM
Opis iols penah tersumbat tandasnya .
Admin panggil indah water
Rupanya tisu jamban yang tebal tu depa buang dalam lubang jamban..
Bodoh btol..
Selet pakai tisu cutie jelah
Tisu kimberly n clark tu buang dalam tong sampai

Tisu cutie - tisu lap bontot..tisu ni nipis..
Tisu kimberly - tisu tebal..lap bontot sure x koyak..tp ni utk laptangan punya
Quote Kurex 6-11-2019 01:50 PM
malas basuh ke...
Quote tuberoses 6-11-2019 01:54 PM
patut anta duduk dlm hutan org mcm ni, buang pad pun nk kena ajar
Quote Melorqe 6-11-2019 02:03 PM

ni kes malas nak buang ke tempat yg sepatutnya.
basuh ke tidak, kena dispose ke tong sampah saja bukan dlm lubang jamban.
Quote Kurex 6-11-2019 02:40 PM
Melorqe replied at 6-11-2019 02:03 PM
ni kes malas nak buang ke tempat yg sepatutnya.
basuh ke tidak, kena dispose ke tong sampah saja  ...

kena basuh la.. sebab tuala wanita ni la aku kena kacau dekat tandas pompuan (tandas cikgu)
Quote matchstick 6-11-2019 02:48 PM
Masih ramai yg dungu rupanya.. Cara nk buang lapik poen sendiri pun kena tanya influencer lagu mana nk buat
Quote Melorqe 6-11-2019 02:49 PM
Kurex replied at 6-11-2019 02:40 PM
kena basuh la.. sebab tuala wanita ni la aku kena kacau dekat tandas pompuan (tandas cikgu)

baca tajuk la kurek.
ni kisah buang sampah tak sepatutnya dlm lubang jamban.
hal lain tolak tepi.
fokus... fokus.. fokus..

duuhhh dia ni nak jd mcm gong eng pulak.

Quote RatuDunia94 6-11-2019 02:50 PM
Pakai lah daun pisang atau keladi.. lebih mesra alam.. atau daun pandan utk yg suka wangi2.
Quote Kurex 6-11-2019 03:17 PM
Melorqe replied at 6-11-2019 02:49 PM
baca tajuk la kurek.
ni kisah buang sampah tak sepatutnya dlm lubang jamban.
hal lain tolak tepi ...

tetap kena basuh lepas tu buang..
Quote Melorqe 6-11-2019 03:28 PM
Kurex replied at 6-11-2019 03:17 PM
tetap kena basuh lepas tu buang..

boleh tak basuh tapi bungkus dan dispose elok2.ada ustza & ustajah kata boleh, cari kt u-tube.

kat obersea ko nak basuk guane?
aku nak wuduk kat sinki pun diaorang tak bagi.

Quote miemiecha 6-11-2019 04:07 PM
Kurex replied at 6-11-2019 02:40 PM
kena basuh la.. sebab tuala wanita ni la aku kena kacau dekat tandas pompuan (tandas cikgu)
  1. sebab tuala wanita ni la aku kena kacau dekat tandas pompuan (tandas cikgu
Copy the Code
kurex gegel ke?
mek nak p terjun longkang lah gini...adekah mek tertipu ngan tangan kekar di dp ituew?
Quote Kurex 6-11-2019 04:16 PM
miemiecha replied at 6-11-2019 04:07 PM
kurex gegel ke?
mek nak p terjun longkang lah gini...adekah mek tertipu ngan tangan kekar di dp i ...

jantan la...... masa tu ada kem dekat sekolah (sekolah aku semua murid lelaki). kitaorang terpaksa guna tandas guru sebab tandas murid takde air. member masuk tandas guru pompuan, aku masuk tandas guru laki, sebelah menyebelah je. yg haru, tandas tu guru boleh intai sebelah menyebelah.. aku intai la member sebelah aku buat apa sebab asyik nyanyi je.. sekali......
Quote miemiecha 6-11-2019 04:25 PM
Kurex replied at 6-11-2019 04:16 PM
jantan la...... masa tu ada kem dekat sekolah (sekolah aku semua murid lelaki). kitaorang terpaksa ...

ok, mek percaya..
(lekat tangan kat dada)
peluh mek baca ngat mek dah terpikat kat sejenis, haru mak x kasi balik kg bawak pasangan nntik...

oh baidewai, ape kesudahan cite?
open thread kat misterik paranormal pulak kaihhh
Quote Kurex 6-11-2019 04:28 PM
miemiecha replied at 6-11-2019 04:25 PM
ok, mek percaya..
(lekat tangan kat dada)
peluh mek baca ngat mek dah terpikat kat sejenis, haru ...

lesbokah anda??
Quote miemiecha 6-11-2019 04:32 PM

belum kearah itu..
nnt mek kaji dulu..
kahkahkah
Quote Kurex 6-11-2019 04:37 PM
miemiecha replied at 6-11-2019 04:32 PM
belum kearah itu..
nnt mek kaji dulu..
kahkahkah

malas nak bukak benang seram,  sebab dah kelam dah bod tu
Quote chicozinn 6-11-2019 04:41 PM
RatuDunia94 replied at 6-11-2019 02:50 PM
Pakai lah daun pisang atau keladi.. lebih mesra alam.. atau daun pandan utk yg suka wangi2.

ko pompuan kan?ce ko time peot ko pakai dulu daun keladi n daun pandan tuh..lagi bagus ko cuba pakai daun sawit n daun mengkuang..da cuba baru kasi review n tag maya karin skali..
Quote Jorja 6-11-2019 05:37 PM
Good influencer

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.220290 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top