CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dah Kenapa Dengan Atuk Pun Ghairah?" - Lelaki 64 Tahun Cabul Lelaki 71 Tahun

22-11-2019 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5004| Komen: 34

Description: Apa nak jadi? Seorang penjual ubat berusia 64 tahun dilaporkan mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang, Taiping minggu lalu.Astro Awani melaporkan mangsa dikataka ...
Apa nak jadi? Seorang penjual ubat berusia 64 tahun dilaporkan mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang, Taiping minggu lalu.

Astro Awani melaporkan mangsa dikatakan didatangi suspek yang ingin menjual ubat kepada mangsa yang kebetulan sedang sakit di pinggang. 

"Suspek telah membawa mangsa keluar menaiki sebuah kereta ke satu kawasan berhampiran sebelum berhenti di tepi jalan. Suspek kemudian memberi satu minuman yang menyebabkan mangsa berasa khayal.

Foto: mysutori
"Dalam keadaan separuh sedar itu suspek bertindak meraba, memeluk dan mencium seluruh badan sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman.


Suspek juga dikatakan menjalankan perkhidmatan urut tradisional.

"Hasil siasatan mendapati suspek memandu kereta jenis Proton Iswara menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Suspek kemudiannya ditahan semalam dan direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya lagi. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 21-11-2019 07:30 PM
Nasib baik x sempat di apa2 kan..
Quote DAPee 21-11-2019 07:34 PM
@pyropura @dess402 @Kurex @Orix @bangcak
Quote LuvAurora 21-11-2019 07:53 PM
Ni mesti makan ubat kuat terlebih.. Tgk org tua pun bernafsu
Quote Jagendas 21-11-2019 08:03 PM
lantui punya jantan nasib tak mengandung atuk tu
Quote orgsepang 21-11-2019 08:05 PM
Macam tu pun ada.
Quote yuki812 21-11-2019 08:25 PM
kdg kan..baca news jenayah camni..tak tau lah nk sedih ke..marah ke. kdg gelak mengekek pon ada...
nape teruk sgt napsu tu..
Quote sarah82 21-11-2019 08:53 PM
Aku minta maaf la.. Tp aku tak tahan dari ketawa sepanjang baca berita ni
Quote hyie 21-11-2019 08:54 PM
taste kat atuk2 lettew
Quote sukacactus 21-11-2019 09:10 PM
Tua muda, laki pompuan, baby atok, semua dah xselamat skrg ni
Quote harisbee 21-11-2019 09:36 PM
sukacactus replied at 21-11-2019 09:10 PM
Tua muda, laki pompuan, baby atok, semua dah xselamat skrg ni

Lucunya kes ni terbahak2 menahan ketawa
Quote Knowlee 21-11-2019 09:38 PM
What the heck....
Quote sukacactus 21-11-2019 09:47 PM
harisbee replied at 21-11-2019 09:36 PM
Lucunya kes ni terbahak2 menahan ketawa

Mesti dia xsangka kan...dlm usia mcm tu merasa juga kena molest
Quote Pink_Purple 21-11-2019 11:47 PM
masing masing dah pra barzakh  
Quote Kurex 22-11-2019 07:37 AM
DAPee replied at 21-11-2019 07:34 PM
@pyropura @dess402 @Kurex @Orix @bangcak

terimakasih wak.. kalau awak tak tag, takdelah saya dapat baca news ni.. terimaksih wak..
Quote ezacbee 22-11-2019 09:21 AM
Tua2 pun menjadi
Quote lalalxlx 22-11-2019 01:02 PM
Ni nafsu manusia ke nafsu binatang..seram
Quote Bedah.Cun 22-11-2019 01:13 PM
Euwwh terpalannncutttt neskafe mama, hahahaha
Quote Suchi 22-11-2019 02:05 PM
Kesiannya atuk tu
La ni org laki pun dah ramai yg aim
Dulu bini2 terpaksa bersaing dgn pompuan miang je la nihh ngan jantan miang plak.
Quote buapakperut 22-11-2019 02:06 PM
astaga...wtf did i just read

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057391 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top