CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ditembak Tunang Kerana Beri Perhatian Lebih Pada Anak

25-11-2019 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3227| Komen: 10

Description: Seorang lelaki di Brazil tidak berpuas hati apabila tunangnya memberi lebih perhatian kepada anak lelaki mereka.
Seorang lelaki di Brazil cemburu apabila tunangnya memberi perhatian lebih kepada anak lelaki mereka hingga dia tergamak mengambil tindakan drastik dengan menembak mangsa di kepala.

Menurut Daily Mail, kejadian berlaku pada pagi Selasa di rumah mereka di Rio de Janeiro sebelum Patrick Azevedo Silva, 22, melarikan diri selepas menembak Maria Eduarda Lima, 17, ketika mangsa sedang memangku anaknya.



Kredit foto: Daily Mail

Suspek bagaimanapun dilaporkan berjaya ditangkap pada hari sama.

Bapa mangsa, José Roberto Lima, 38, berkata, anaknya sedang memangku anaknya ketika dia ditembak Silva.

Bapa saudara mangsa, Lucas Rodrigues, 26, memaklumkan, ibu mangsa menerima mesej daripada Maria pada malam sebelum kejadian.

Menerusi mesej itu, mangsa mendakwa Patrick bersenjata dan mengancam untuk membunuhnya.

Bimbang dengan keselamatan gadis itu, mereka bergegas ke rumahnya namun terlewat.


Maria ditemui dalam keadaan parah di samping anaknya berusia setahun yang menangis sebelum dikejarkan ke Hospital Negeri Alberto Torres.


Kredit foto: Daily Mail

Namun, mereka dimaklumkan doktor bahawa peluru tertanam di bahagian yang sukar menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan pembedahan dengan harapan keadaan mangsa bertambah baik.

Malangnya, gadis itu meninggal dunia keesokan harinya dan keluarganya memutuskan untuk mendermakan organnya sebelum dia dikebumikan.

Difahamkan, anak mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini di bawah jagaan datuk dan neneknya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote thetimes 25-11-2019 06:03 PM
RIP. Dengan anak sendiri pun nak cemburu ke?
Quote fliphair8 25-11-2019 06:18 PM
Ni species tak layak membiak...elok disula jek
Quote gummiebear 25-11-2019 06:26 PM
Mental ke apa ni?
Quote matchstick 25-11-2019 06:52 PM
Muda betul dh jadi atuk (bapa kpd mangsa tu)

Kesian baby tu.. Harap dia x ingt kejadian ni bila dh besar nt
Quote RatuDunia94 25-11-2019 07:14 PM
Muka heols helok la jugak.. tp syaitonnnn
Quote Kurex 25-11-2019 07:41 PM
elokkkkk tapi
Quote armin 25-11-2019 08:57 PM
Kesian baby tu kecik2 mak dah mati. Bapak tak guna macam ni
Quote MissLana 26-11-2019 08:57 AM
nak perhatian ke nak ngeseks? kalau nak ngeseks saje tau jaga anaknya taktau. hanatt punya jantan!
Quote Kejora927 26-11-2019 10:13 AM
Perbezaan sebelum dgn selepas ada anak.. mmg terbukti
Quote LuvAurora 26-11-2019 11:19 PM
Kesiannya baby tu.. Ngok ngek betul dgn anak sendiri pun nak jeles..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054406 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top