CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekawan Helang Terbang Mengerumuni Langit Genting Highlands, Benarkah?

2-12-2019 10:21 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 14788| Komen: 44|Original author: Tukang Tulis

Description: Rakaman fenomena aneh tular dalam media sosial.
Sekawan helang terbang berlegar-legar di langit (gambar hiasan). Kredit foto: National Audubon Society

Baru-baru ini tular dalam media sosial rakaman video yang menunjukkan fenomena sekawan helang dalam jumlah yang besar terbang berlegar di langit yang didakwa berlaku di Genting Highlands.

Dalam video itu, kedengaran suara seorang lelaki berkata, "Kurang baguslah ini macam. Kurang bagus."

Namun tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh lelaki berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan fenomena aneh itu.


Beberapa netizen mengaitkan kejadian itu dengan kepercayaan kaum Cina kononnya kejadian buruk mungkin berlaku.

Walau bagaimanapun, Resorts World Genting menafikan fenomena helang terbang itu berlaku di langit Genting Highlands.

"Genting Highlands mengalami cuaca sejuk berkabus dalam beberapa hari ini.

"Mesej yang tular dalam WhatsApp mengenai sekawan helang terbang di atas langit adalah berita palsu," kata Resorts World Genting melalui Twitter.


Cuaca di Genting Highlands sejuk dan berkabus (gambar hiasan). Kredit foto: Asian Itinerary
Apa yang pasti, berdasarkan perbualan beberapa individu dalam rakaman video itu, fenomena berkenaan berlaku di Malaysia namun lokasi sebenar tidak diketahui. - CARI
5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 2-12-2019 10:27 AM
Orang cina cakap tatak ong
Quote JohnnySins 2-12-2019 10:36 AM
difahamkan mendiang limgohtong amat taksub pada fengshui.....nanti ada yang reply..bukan semua sepet lagu tu ka?....wakakakakakakkakaka
Quote EmaAsmadi 2-12-2019 10:41 AM
Kalau dalam cerita CSI maknanya ada mayat
Quote helicornia 2-12-2019 10:47 AM
EmaAsmadi replied at 2-12-2019 10:41 AM
Kalau dalam cerita CSI maknanya ada mayat

ada yang kena campak kat gaung genting highlands kah?
Quote vimash 2-12-2019 10:47 AM
bukan genting. katenye ku bace langit bukit tinggi
Quote Kurex 2-12-2019 10:58 AM
sumpahan tikus
Quote Andyscenes 2-12-2019 11:12 AM
helang gathering besar2an. biasalah tu
Quote SWORKS27 2-12-2019 11:13 AM
yela....ikut kepercayaan nanti semangat komunis akan meresapi segenap kaum di malaysia
Quote famri7 2-12-2019 11:14 AM
Apa jah cashhh boleh berlaku di genting???

Banjir xkena..gunung berapi jjauhhh..ribut xkena....asteroid jah kot.
Quote chacon 2-12-2019 11:14 AM

ini bermakna pee H bakal sepenggal
Quote ulamalu 2-12-2019 11:33 AM
Life in the fast lane: Eagles flying around sun halo a mere coincidence, says Perhilitan
NATION

Friday, 29 Nov 2019
9:38 PM MYT

By MANJIT KAUR

IPOH: A large group of eagles seen flying around in circles as a halo appeared around the sun caused a sensation in WhatsApp chat groups and social media recently.

In a series of photographs and videos which went viral, the convocation of eagles were seen flying in graceful circles high in the skies above Bagan Serai, Perak.

If the appearance of so many eagles in one place was not enough, a halo or rainbow was seen around the sun, which made it a truly extraordinary sight.

However, Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan) wildlife officer Hasdi Hassan said the simultaneous appearance of the eagles and the sun halo was a mere coincidence.

Hasdi, who is also in charge of the National Wildlife Rescue Centre, said eagles are large birds and cannot flap their wings continuously.

"If they do so, they will burn energy quickly – but they still need to fly to search for food.

"So what happens is that they use thermal columns (rising pillars of hot air caused when the ground is heated by sun rays) to glide.

"They glide in circles individually, or in large numbers, to get higher elevation from one thermal to another," he said when contacted on Friday (Nov 29).

A viral post stated that a large "circle of light" occurred in Bagan Serai on Tuesday (Nov 26) and "hundreds of eagles" were seen flying around the circle.

Hasdi added that it was normal for eagles to use thermals as a "corridor" to move from one location to another to search for food.

"It is also normal for eagles to glide in large numbers, especially when there is an abundance of food," he added.

According to the Encyclopaedia Britannica online, a halo is an "atmospheric optical phenomena that results when the Sun or Moon shines through thin clouds composed of ice crystals. These phenomena may be due to the refraction of light that passes through the crystals, or the reflection of light from crystal faces, or a combination of both effects."
Quote najib888 2-12-2019 11:39 AM
ulamalu replied at 2-12-2019 11:33 AM
Life in the fast lane: Eagles flying around sun halo a mere coincidence, says Perhilitan
NATION


Kebetulan atas kebetulan.. hmm menarik.
Quote orgsepang 2-12-2019 11:47 AM
Ingatkan orang bela ayam kampung saja risaukan helang tapi tak sangka banyak lagi helang, ingatkan dah nak pupus juga.
Quote Simunggu 2-12-2019 12:28 PM
tanda tanda akhir jaman...
Quote taji2906 2-12-2019 12:34 PM
dulu tahun 90an aku pernah je tgk helang banyak2 mcmni.. bkn 1 kumpulan tp ada la 4 kumpulan besar .. 2 kumpulan kurang sikit banyaknya.. kagum tul aku masa tu. cuma zaman tu takde hp je nk rakam..

btw masa helang banyak2 tu.. ayam2 semua diam kaku.. masuk reban sendiri.. hahaha
Quote batusembilan 2-12-2019 12:38 PM
famri7 replied at 2-12-2019 11:14 AM
Apa jah cashhh boleh berlaku di genting???

Banjir xkena..gunung berapi jjauhhh..ribut xkena....as ...

tanah runtuh
Quote edoraixora 2-12-2019 12:45 PM
xde ke gambar the sun halo tuh
menarik pulak nak tengok
Quote edoraixora 2-12-2019 12:46 PM
ironi pulak hujung2 video tu tunjuk batu2 dengan kisah burung ababil
Quote cupu 2-12-2019 12:52 PM
Kita xtau suara alam...aku percaya je seiap yg berlalu ada kisah disebaliknya..bkn kebetulan semata mata.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.214950 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top