CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Pasangan Sah Hamil Selepas 11 Tahun Mencuba, Undang Sebak

6-12-2019 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4512| Komen: 22

Description: Bukan semua pasangan bernasib baik dapat menimang anak dalam jangka masa yang awal apabila ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun menantikan cahaya mata mereka.Begitulah yang dialami pasangan ini, ...
Bukan semua pasangan bernasib baik dapat menimang anak dalam jangka masa yang awal apabila ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun menantikan cahaya mata mereka.

Begitulah yang dialami pasangan ini, yang dikongsikan kisah mereka oleh seorang doktor perubatan menerusi Instagram.

Kredit foto: IG

Identiti pasangan tersebut tidak didedahkan namun difahamkan mereka menunggu selama 11 tahun sebelum dapat berita baik yang mereka bakal memperoleh anak akhirnya. 

Momen sebak itu menyaksikan sang suami menahan tangisan sambil memeluk isterinya dan membuat sujud syukur. 

“Wow 11 tahun menunggu untuk pertama kali hamil. Kegembiraan yang tak terkata,” kata Dr Thokha Muhammad.



Ramai warganet mengucapkan tahniah dan turut terharu dengan berita baik tersebut. 

"Semoga dikurniakan pasangan ini zuriat yang soleh dan solehah sihat sempurna," salah satu komen warganet. 

Ada juga yang berkongsi pengalaman masih belum memiliki zuriat mereka sendiri dan turut meminta pandangan doktor. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 
2

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 6-12-2019 03:23 PM
boleh ke shoot video time tengah consultation ni?bukan ke consultation antara doktor n pesakit ni confidential sbab doktor pun ade etika cm peguam gak xboleh simply nak reveal masalah yg dihidapi pesakit?
Quote Kurex 6-12-2019 03:24 PM
bukan sebelum ni ada cerita pasal ni ke????
Quote prettyuglybabe 6-12-2019 03:26 PM
terharu i tengok..
tahniah buat pasangan ni..
semoga selamat hingga melahirkan..
Quote Meiizu 6-12-2019 03:42 PM
tahniah.alhamdulillah
Quote minahmanja 6-12-2019 03:46 PM
sebelum ni kes 13thn kawin lum dpt ank, wife dia sambil nangis bg tau dia mmg tk penah langsung mengandung.. sebak wei, sedih..
Quote mokcikcctv 6-12-2019 03:53 PM
sedih laaaa, semoga adik aku yag tengah usaha pregnand dikurniakan anak
Quote sarah82 6-12-2019 03:55 PM
Yg ni aku pun rasa sebak... Bygkan tgg 11 tahun.. Tahniah
Quote noraidil_06 6-12-2019 03:57 PM
Kurex: bukan sebelum ni ada cerita pasal ni ke????


Perangai sgt reporter cari. X kann asyik update ig doktor ni je
Quote kaki_jalan88 6-12-2019 04:08 PM
Alhamdulillah 11 tahun tunggu,akhirnya diberikan rezeki,semoga selamat smpai penghujung nya.
Quote jazaa100 6-12-2019 04:41 PM
mokcikcctv replied at 6-12-2019 03:53 PM
sedih laaaa, semoga adik aku yag tengah usaha pregnand dikurniakan anak

Dah berapa lama adik mokcik kawin?
Quote noor2 6-12-2019 04:56 PM
Ya Allah. ..aku menangis tengok video ni...ya Allah moga suami.isteri ni memperolehi anak sampai melahirkan..moga dipermudahkan hidup mereka...amin....sebaknya tengok....
Quote Muahahaha 6-12-2019 05:00 PM
Tahniah utk pasangan ni.
Quote ikanmasin 6-12-2019 05:00 PM
alhamdulillah tahniah2x..mudah2an adik lelaki akk dgn adik ipar
dipermudahkan jg.sama jg 11thn dah kahwin blm ada rezeki anak lg..
Quote mokcikcctv 6-12-2019 05:05 PM
jazaa100 replied at 6-12-2019 04:41 PM
Dah berapa lama adik mokcik kawin?

baru nak masuk 4 tahun
Quote Boomibulat 6-12-2019 05:20 PM
ni bukan yang suruh kucing doa hari tu ke..?
Quote violetungu 6-12-2019 05:29 PM
Macam pernah tengok je cerita ni.
Quote LuvAurora 6-12-2019 05:36 PM
wah tahniah betul lah orang cakap tiap orang ada ujian memasing kat dunia ni
Quote jazaa100 6-12-2019 06:22 PM
mokcikcctv replied at 6-12-2019 05:05 PM
baru nak masuk 4 tahun

Semuga dikurniakan anak ank yg soleh.....

Rajin rajin le mkn vitamin....
Usana tu bgus...my fnd 10thn kwin xde ank.dia amik usana....berderet 4ank....setahun sorang lak tu
Quote Pearlapple 6-12-2019 10:10 PM
Alhamdulillah, rezeki yang ditunggu-tunggu.
Hebat betul pasangan ni, 11 tahun bersabar.
Semoga dikurniakan anak yang soleh.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.108054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top