CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ain Edruce Selamat Bernikah Dengan Ahli Perniagaan

14-12-2019 10:45 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 27030| Komen: 116

Description: Pengacara dan pelakon Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam, lapor Berita Harian.
Pengacara dan pelakon Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam, lapor Berita Harian. 

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur dan dihadiri keluarga terdekat.



Foto: IG

Ain menerima mas kahwin RM888 selain tiga dulang hantaran berbalas lima. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan keluarganyz. 

"Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan.

"Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan. Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni," katanya.

Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.



Foto: IG

Ain mendedahkan yang dia berkenalan dan terpikat dengan suaminya melalui Instagram, kira-kira setahun lalu kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain.

"Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang," katanya.


Foto: IG

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai. - CARI
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Risaurisaurisau 14-12-2019 10:50 AM
Maca camellia pun ya jgk ain ni
Quote nononcrux 14-12-2019 11:01 AM
moga berbahagia hendaknye
Quote silampumeja 14-12-2019 11:09 AM
Ain ni kuat kerja i rasa... Tintong tp kerja kuat untuk naik dlm industri. Model blakon pngacara nyanyi berlawak media social...

Semoga berbahagia....dulu dia dgn adik el tu mcm agak comel. Tp tak jadi...
Quote gummiebear 14-12-2019 11:10 AM
Tahniah dan selamat pengantin baru!
Quote hasniey 14-12-2019 11:10 AM
Tahniah ain.cantik bju ain.muda lg husband dia rupanye.igtkan 30an
Quote imanjannah 14-12-2019 11:16 AM
alhamdulillah..tahniah Ain dan Amirul
Quote awanearisu 14-12-2019 11:19 AM
Rupawan ain ni. Tahniah ya ain dan amirul.
Quote palmolive 14-12-2019 11:23 AM
Bangau JKKKK
Quote KIM.K 14-12-2019 11:42 AM
Ain ni nampak je huha so orang tak anggap dia cantik tapi sombong
PR bagus. Lain aura lepas mandi bunga
Quote diss69 14-12-2019 11:46 AM
Tahniah ain, selamat pengantin baru..
Quote zehra2 14-12-2019 11:47 AM
Tahniah.. ain ni cantik bibir dia..
Quote pichee 14-12-2019 11:49 AM
Suka personaliti die..nmpk happening n ceria..

Mesti rmi kawan org yg karakter mcm ni....

Tilljannah
Quote bondeh 14-12-2019 12:23 PM
Wow ayah dia AR padanlah kawan meolls architect (arkitek nih pusing2 situ je mesti kenal) pergi nikah si Aen nih... kawan meolls tuh member dgn sibling si Aen nih..

Tahniah cantik
Quote LolaLombing 14-12-2019 12:29 PM
Risaurisaurisau replied at 14-12-2019 10:50 AM
Maca camellia pun ya jgk ain ni

Baka sarawak
Quote violetungu 14-12-2019 12:30 PM
Tahniah cantik je dua2.
Quote ibu_haritz 14-12-2019 12:31 PM
Tahniah.. Cantik ain
Quote ikanmasin 14-12-2019 12:36 PM
tahniah2x..lawa dia dan pakai inai pun simple tak sarat..
Quote munchkin 14-12-2019 12:38 PM
Cantik dan just nice
Quote cruz2 14-12-2019 12:45 PM
Mcm salah jer tang umur tu?anyway congrats ain..cantik,berbakat & happy go lucky

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060868 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top