CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Kelar Leher Tak Nak Ditangkap Polis

17-12-2019 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1797| Komen: 2

Description: Enggan ditahan polis, lelaki nekad mengelar leher sendiri.
Enggan ditahan polis, lelaki nekad mengelar leher sendiri.

Memetik ProjekMM, kejadian berlaku di rumahnya di Bagan Jermal, Butterworth, jam 5 petang pada Sabtu lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan polis ketika menunggang motosikal curi sebelum melarikan diri dan bersembunyi di dalam rumahnya di Flat Thamby Kecil.




"Polis bertindak mengejar lelaki itu sehingga ke rumahnya sebelum memecahkan pintu jeriji besi rumah berkenaan.

"Suspek yang ketika itu sedang memegang pisau lipat bertindak mengelar lehernya di situ juga bagi mengelak ditahan. Dia kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor.

Suspek yang menerima 30 jahitan di leher itu kini dirawat di HSJ dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut laporan, suspek yang positif dadah itu memiliki 20 rekod lampau dan dikehendaki polis kerana terlibat dengan jenayah. 

Hasil siasatan juga mendapati suspek memiliki rekod rawatan sakit jiwa di Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Jalan Perak. Dia yang tidak bekerja kemudian dihantar semula ke pusat rawatan berkenaan untuk dirawat.

“Berdasarkan rawatan sakit jiwa sebelum ini, lelaki itu mengalami keadaan tersebut (sakit mental) berikutan pengaruh alkohol dan dadah yang keterlaluan serta mempunyai kebiasaan cuba membunuh diri apabila ditangkap polis,” katanya.

Tambah Noorzainy, suspek dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 10 kes ragut di SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT) sejak bulan lepas.

Polis bagaimanapun percaya dia turut terbabit jenayah lain kerana menunggang motosikal curi. - CARI

9

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-12-2019 03:07 AM
Apalah nasib
Quote mdhelmi 18-12-2019 10:20 AM
Edited by mdhelmi at 18-12-2019 10:22 AM

napela mesti dadah
dah xde benda lain nk layan ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054620 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top