CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cukai Digital Menyusahkan Rakyat! SEDAR Lancar Petisyen Bantah Pelaksanaan

26-12-2019 12:51 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2756| Komen: 13|Original author: Tukang Tulis

Description: Boleh menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung.
Pelaksanaan cukai digital akan melibatkan perkhidmatan berbayar dalam aplikasi media sosial. Kredit foto: Pexels

Pertubuhan Sahabat Erat dan Amanah Rakyat (SEDAR) telah melancarkan petisyen bagi mendesak kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai digital yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020.

Setakat ini, petisyen yang dibuat melalui change.org itu berjaya mengumpulkan lebih 5,000 tandatangan.

Petisyen yang dilancarkan SEDAR. Kredit foto: change.org
Menurut SEDAR, tindakan kerajaan meneruskan cukai digital pada kadar enam peratus itu amat tidak bertanggungjawab, tidak masuk akal dan menyusahkan rakyat.


Malah, kata pertubuhan tersebut, pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat telah diperkenalkan sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.

"Contoh segmen rakyat marhaen yang akan terkesan adalah individu-individu yang menggunakan perkhidmatan seperti Netflix, Spotify, E-Sport, Google Play dan pelbagai lagi.

"Berpuluh ribu peniaga kecil yang menggunakan platform iklan dalam talian seperti Facebook Ads juga akan menghadapi peningkatan kos pemasaran di dalam keadaan ekonomi yang jelas lembab," jelas SEDAR.

E-mel daripada Facebook berhubung pelaksanaan cukai digital di Malaysia. Kredit foto: Yahoo! Mail
SEDAR menambah, syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang banyak menggunakan platform iklan dalam talian seperti LinkedIn dan pelbagai platform lain untuk menjalankan perniagaan akan berdepan dengan peningkatan kos operasi.

"Semua ini akan secara tidak langsung menyebabkan harga barang dan perkhidmatan menjadi lebih tinggi dan ini akan membebankan rakyat marhaen," kata SEDAR.

Apa pula komen netizen yang menandatangani petisyen itu?
Kredit foto: change.org
Walaupun cukai digital telah diluluskan di Parlimen, adalah wajar bagi kerajaan untuk mempertimbangkan semula pelaksanaannya agar tidak semakin membebankan rakyat yang terpaksa menanggung peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung. - CARI

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote baghal_bortuqal 26-12-2019 01:26 PM
Diam lah kau Cari.

Bayar je cukai hasil pengiklanan tu.
Quote sarah82 26-12-2019 01:28 PM
Bagi link wei.. Aku nak bantah.. Jebon.. No... JEBON walaupun ganas tapi comel tak layak utk digelar pada PH.. Yg sesuai adalah KAWAQ.
Quote dino 26-12-2019 01:34 PM
baghal_bortuqal replied at 26-12-2019 01:26 PM
Diam lah kau Cari.

Bayar je cukai hasil pengiklanan tu.

digital ocean, aws dah start hantar notis..
dah try ubah billing address guna negara zimbabwe.. hrp berkesan.. haha
Quote dino 26-12-2019 01:41 PM
mahacai yg bengap kena ingat.. terutama si bodih knights tu.. cukai digital ni bukan stakat hiburan je yea.. hbis semua kena..

cth aku beli online courses mcm udemy ka.. coursera ka.. kena tax.. klau langgan adobe xd kena tax..  yg beli asset dr laman mcm evanto kena tax...

org2 bisnes akan pulangkan blk kos ni pd pelanggan...

takpe macai bengap tak faham... bkn nak hina tp mmg bengap pun
Quote JohnnySins 26-12-2019 01:42 PM
cukai gst tak boleh..cukai digital boleh....ahcai2 PeeH memang bowdow...wakakakakakakakakakakakakak
Quote CiliPadiSedap 26-12-2019 02:10 PM
cara nak elak cukai digital senang je, jadi bangla tapi duduk kt malaysia
Quote Ina8895 26-12-2019 02:35 PM
https://www.change.org/p/prime-minister-of-malaysia-bantah-cukai-digital

Link nak sign petisyen ye. I dah sign
Quote palmolive 26-12-2019 02:38 PM
dino replied at 26-12-2019 01:34 PM
digital ocean, aws dah start hantar notis..
dah try ubah billing address guna negara zimbabwe.. h ...

kesian negara zimbabwe kena caj di negara malaysia tercinta
Quote sarah82 26-12-2019 06:14 PM
dino replied at 26-12-2019 01:41 PM
mahacai yg bengap kena ingat.. terutama si bodih knights tu.. cukai digital ni bukan stakat hiburan  ...

Aku dah tanya seller shopee yg aku dok beli barang setiap bulan.. Dia diam x berani jawab.. Aku tau mmg depa akan serap cukai dgn menaikkan harga jualan.
Quote harizs 26-12-2019 06:18 PM
baru nak SEDAR??
Quote harizs 26-12-2019 06:19 PM
takpa.  M40 saja yg terkesan dgn cukai digital
Quote hayrin86 28-12-2019 08:26 AM
Cukai rokok dan minuman keras minimum 30% lagi bagus
Quote R2D2 28-12-2019 08:28 AM
Tunggu lakonan menteri
Jgn ke mana-mana selepas ini

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.078993 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top